Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hai.ran] | حيران

Definisi : 1. berasa pelik atau ganjil ketika melihat atau mendengar sesuatu, takjub, kagum: ~ saya melihat orang-orang buta di situ menganyam bakul dgn berbagai-bagai bentuk dan corak; 2. aneh, ajaib, pelik, ganjil: ~ sungguh, mesin itu dapat memberi jawaban kpd masalah itu dgn begitu pantas; ~ bin ajaib aneh sekali, sungguh aneh; menghairani berasa hairan terhadap, me­ngagumi: sekali lagi ia ~ segala apa yg hendak diajar oleh ayahanda saudaranya itu seolah-olah telah diketahuinya terlebih dahulu; menghairankan menimbulkan rasa hairan (pelik, aneh, ganjil): kepintaran perompak itu melepaskan diri di tengah-tengah orang ramai sangatlah ~; keganjilan kelakuan laki-laki itu sungguh-sungguh ~; terhairan-hairan berasa sungguh hairan, tercengang-cengang (kerana hairan): berdiri­lah dia di situ ~; kehairanan 1. = kehairan-hairanan dlm keadaan hairan, sangat hairan: dia ter­cengang-cengang ~ melihat kejadian yg tidak disangka-sangka itu; dia berdiri dlm ~ di hadapan mereka; 2. keanehan, kepelikan, keganjilan: ~ kelakuannya itu tidak dihirau­kan orang lagi apabila diketahui bahawa dia gila. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hai.ran] | حيران

Definisi : berasa pelik atau aneh kerana melihat atau mendengar sesuatu yg luar biasa; takjub: Saya ~ melihat orang-orang buta di situ menganyam bakul berbagai-bagai bentuk. menghairankan me­nimbulkan rasa hairan; menakjubkan: Kepintaran budak itu bermain senjata ~ para penonton. kehairanan 1 = kehairan-hairanan dlm keadaan hairan; sangat hairan: Dia tercengang ~ melihat kejadian yg tidak disangka-sangka itu. 2 keadaan atau rasa hairan: Keadaan pelik itu menimbulkan ~ di kalangan orang ramai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hairan
1. Bersinonim dengan aneh
( ganjil, pelik, luar biasa, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan kagum
( takjub, terpesona, terkejut, terperanjat, kaget, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : menghairankan, terhairan-hairan, kehairanan,

Puisi
 

Paya Sengeram batu berjari,
     Buah jering dalam petak;
Hairan sungguh hati kami,
     Lautan kering timbul katak.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Bagaimana tidak menggigit telunjuk,
     melihat air hujan turun keruh.

Bermaksud :

Hairan melihat orang yang berketurunan baik-baik berkelakuan tidak senonoh.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
ehdigunakan utk menunjukkan rasa hairan, terkejut, kagum dsbKamus Dewan Perdana
eehdigunakan utk menyatakan perasaan hairan atau terkejut, rasa geli dllKamus Dewan Perdana
eedigunakan utk menyatakan perasaan hairan atau terkejut, rasa geli dllKamus Dewan Perdana
engkuhdigunakan utk menyatakan rasa hairan ttg sso atau sst perkara yg tidak didugaKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas