Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[haj] | حج

Definisi : Ar rukun Islam yg kelima, yg wajib di­tunaikan sekali seumur hidup; pergi ~ naik haji; al-H~ gelaran bagi orang lelaki yg telah menunaikan fardu haji. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata haj


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SULTAN ISKANDAR AL-HAJ IBNI SULTAN ISMAILKapsyen          :           Sultan Iskandar al-Haj ibni Sultan Ismail

 

SULTAN ISKANDAR AL-HAJ IBNI SULTAN ISMAIL (1932-   ), Sultan Johor (1981-    ). Baginda diputerakan pada 8 April 1932 di Istana Persemayaman Johor Bahru. Baginda adalah putera sulung Almarhum Sultan Ismail dan Almarhumah Sultanah Aminah. Nama sebenar baginda ialah Tunku Mahmood Iskandar. Baginda memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Inggeris Ngee Heng, Johor Bahru dan English College Johor Bahru. Pada tahun 1948, baginda menyambung pelajaran di Trinity Grammar School, Australia dan seterusnya melanjutkan pelajaran tinggi di United Kingdom.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
JAWATANKUASA PERUNDINGAN PERPADUAN MALAYSIA

JAWATANKUASA PERUNDINGAN PERPADUAN MALAYSIA (Malaysian Solidarity Consultative Committee), badan perancangan untuk tindakan penubuhan Malaysia. Badan ini ditubuhkan pada 21 Ogos 1961 di Jesselton, Sabah, sebagai satu cawangan kepada Persatuan Parlimen Komenwel (Commonwealth Parliamentary Association). Jawatankuasa ini ditubuhkan berikutan pengumuman Perdana Mentari Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putera al-Haj, mengenai ‘satu kerjasama politik dan ekonomi’ antara Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
NORANORA (1927  -       ), penulis. Dia lahir pada 25 Jun 1927 di Kampung Sungai Mati, Muar, Johor. Nama sebenarnya ialah Haji Ali bin Haj Ahmad. Pendidikan awalnya bermula pada tahun 1937 di Sekolah Melayu Sungai Mati, Muar sehingga Darjah Lima pada tahun 1941. Nora berlajar di Sekolah malam secara sambilan di Johor Bahru pada tahun 1950-an. Dia juga belajar kelas agama sebelah petang di Sekolah Agama Sungai Mati sehingga Darjah Empat. Pembelajaran Nora terhenti ketika meletusnya Perang Dunia Kedua.

 

SASTERATokoh

Kembali ke atas