Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.jah] | حاجه

Definisi : Ar gelaran atau panggilan bagi orang perempuan yg telah menunaikan fardu haji. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.jah] | حاجه

Definisi : orang perempuan yg telah me­nunaikan fardu haji; haji perempuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hajah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
hajjah atau hajahhajahEjaan01.07.2013
Penggunaan salutasi Dalam ucapan bagi Perempuan org Kebanyakan yg telah mengerjakan haji, bolehkah menggunakan ' yang mulia pn hajah ... ' ? Yang berbahagia pula untuk siapa? Terima kasih.Yang Mulia ialah rujukan kehormat untuk mereka yang bergelar Tengku, Raja, Syed, Enku dan sebagainya. Gelaran yang betul ialah Puan Hajah seperti Puan Hajah Azizah Haji Ali. Yang Berbahagia ialah rujukan kehormat untuk mereka yang menerima gelaran daripada istana seperti Yang Berbahagia Dato' Aziz.Tatabahasa25.07.2012
MINTA KEPASTIAN EJAAN SEBENAR BAGI GELARAN PEREMPUAN YANG TELAH MENUNAIKAN HAJI . HAJAH ATAU HAJJAHEjaan yang betul ialah Hajah.Ejaan20.11.2007
Tuan Mohon bertanya, bagi perkataan Hajah @ Hajjah digunakan di dalam sesuatu surat jabatan, berapakah 'J' yang patut digunakan? Sekian, terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.Ejaan yang betul Hajah.  Terima kasih.Ejaan21.03.2014
Saya mencadangkan agar istilah GALLERY WALK diterjemahkan sebagai KEMBARA GALERI Cadangan oleh:CIK HAJAH HAMIDAH ABD HAMID MUNSYI DEWAN KOHORT 1 PENSYARAH KANAN, JABATAN BAHASA MELAYU IPG KAMPUS BAHASA MELAYU.Sila berikan maksud "Gallery Walk" supaya kami dapat memberikan padanan bahasa Melayu yang sesuai. Untuk makluman, padanan bahasa Melayu yang pernah dicadangkan ialah Galeri Susur Minda atau Galeri Jelajah Minda.Penyemakan dan penterjemahan04.09.2015
Salam. Saya ingin bertanya, kenapa ejaan e-mel adalah e-mel bukannya emel? Kenapa ejaan hajah hanya satu j sahaja? Kenapa ejaan nanas adalah nanas, bukannya nenas? Kenapa ejaan adilfitri adalah jarak, iaitu bukannya aidil fitri? Kenapa ejaan garpu bukannya garfu? Terima kasih.Untuk makluman tuan, antara kaedah peminjaman kata daripada bahasa asing adalah dengan menyerap masuk kata tersebut dan disesuaikan ejaannya mengikut sistem ejaan dan sebutan bahasa Melayu. Perkataan e-mel (bahasa sumber e-mail), nanas (bahasa sumber ananas) dan garpu (bahasa sumber garpo). Untuk makluman tuan juga, dalam peminjaman kata Arab bentuk visual diserap masuk dalam bahasa Melayu, bukan sebutannya. Oleh itu, bentuk tasydid diterjemahkan hurufnya sahaja (huruh jim kepada j), bukan bunyi. Perkataan Aidilfitri telah mantap ejaannya sebagai satu perkataan sedari awal penyerapannya dalam bahasa Melayu. 
Ejaan14.07.2021
1.Pangilan Tuan Haji / hajjah dikategorikan kurniaan,warisan atau iktisas? TQVMtuan haji atau hajah boleh dikategorikan sebagai gelaran.Tatabahasa18.09.2011
ingin mencari panduan untuk membuat surat rasmi untuk memohon sesuatu jawatan.

     Puan Hajah, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. 

Untuk makluman Puan, format surat rasmi mesti mempunyai bahagian kepala surat, badan (isi), dan penutup surat. Bahagian kepaala surat mengandungi nama, logo dan alamat penuh instutusi, diikuti nama penerima, nombor fail, tarikh dan sapaan. bahagian badan bermula dengan perkara, para pertama (penanda wacana), para dua (isi utama), para tiga (isi tambahan), para empat (penutup). bahagian penutup mengandungi slogan, saya yang menjalankan tugas, tandatangan, nama, jawatan (b.p. jika perlu), dan parapPenulisan surat rasmi hendaklah mengikuti garis panduan yang ditetapkan dalam Pekeling Perkhidmatan Bil.5. Sila rujuk laman Jabatan Perkhidmatan Awam.

Lain-lain08.04.2009
Bolehkah pihak DBP Sabah dijemput ke sekolah untuk memantapkan lagi tatabahasa murid - murid di sekolah menengahSila hubungi Pengarah DBP Cawangan Sabah, Puan Hajah Asmiah binti Haji Ajamain di talian 088439217 atau e-mel asmiah@dbp.gov.my.Lain-lain24.02.2015
Apakah yang dimaksudkan sebagai fungsi indeksial dalam bidang linguistik?Assalamualaikum w.b.t, Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP. Untuk makluman Puan Hajah Asmiah, pihak kami tidak mempunyai bahan yang tepat untuk pengertian fungsi indeksial dalam bidang linguistik. Namun demikian, bagi membantu puan, rujukan daripada Kamus Linguistik oleh Harimurti Kridalaksana, indeks membawa maksud perbandingan antara unsur-unsur tertentu dalam bahasa yang dapat dipakai untuk mengukur ciri-ciri tertentu, dan yang kemudian dapat dipakai untuk membandingkan dan mengklasifikasikan bahasa. Diharap puan dapat menerima definisi ini dan semoga dapat dikaitkan dengan fungsi indeks ini dalam bidang linguistik. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan dan mohon maaf atas segala kekurangan...Lain-lain22.02.2007
12345

Kembali ke atas