Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.jat] | حاجة

Definisi : 1. keinginan, kehendak, maksud, niat, tujuan: hampalah hatinya kerana ~ tak sampai; ~ Badri hendak memperisterinya ditolaknya dgn baik; 2. keperluan, sesuatu yg diperlukan; ada ~ Jk mengadakan kenduri utk men­doakan supaya selamat; doa (sem­bah­­yang, solat) ~ doa (sembahyang) khusus kerana memohon supaya Tuhan me­mak­bulkan se­suatu permintaan; qada ~ buang air besar; menyempurnakan (membayar, menu­nai­kan) ~ menyampaikan niat (biasa­nya mengadakan kenduri); ~ seni = ~ kecil buang air kecil; berhajat 1. bermaksud, berniat (akan), mem­punyai keinginan: saya ~ hendak menemui tuan; sudah lama dia ~ hendak datang; 2. = berhajatkan memerlukan: manusia se­lama-lamanya ~ kpd pertolongan Allah; mungkin ia ~ pertolongan kita; menghajati mengharapkan, mengingini: dia berharap apa yg dihajatinya akan berhasil; menghajatkan menghendaki, memerlukan: anak itu sudah dewasa tidak ~ perlindungan orang tuanya lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.jat] | حاجة

Definisi : sesuatu yg dikehendaki; kehendak; maksud; tujuan: ~ku ke sini hendak berjumpa dgn pengurus bank. berhajat mempunyai hajat; bermaksud; berniat; bertujuan: Dia ~ hendak berjumpa dgn ketua saya esok utk meminta kerja. menghajati 1 mempunyai hajat utk mendapatkan (memiliki) sesuatu; meng­ingini sesuatu; berhajat akan: Pengemis itu ~ sesuap nasi dan seteguk air. 2 memerlu­kan atau menghendaki sesuatu: Anak yg sudah besar itu tidak ~ bantuan orang tuanya lagi. Ketika itu manusia ~ seorang rasul utk membimbing mereka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hajat (kata nama)
Bersinonim dengan hasrat, keinginan, kehendak, cita-cita, niat, matlamat, maksud, tujuan, permintaan, doa;,
Kata Terbitan : berhajat, berhajatkan, menghajati, menghajatkan,

Puisi
 

Dari Pahang ke Kuala Lipis,
     Hajat hendak terus ke utara;
Masa bertentang mulutnya manis,
     Bila belakang lain bicara.


Lihat selanjutnya...(41)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ICerpen "Hajat Ibu"dihasilkan olehnya. IISurat perjanjian itu telah beliau tandatangani. IIIBerhati-hati mendaki Bukit Gerun adik bongsu saya. IVJambangan bunga ini akan kami hadiahkan kepada Cikgu Yeo bersempena dengan Hari Guru. Pilihkan ayat-ayat yang betul Jawapan ialah ?

Ayat yang betul ialah ayat I, II dan IV.

Sila rujuk guru bahasa Melayu di sekolah anda atau buku-buku yang berkaitan dengan tatabahasa seperti Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk mengetahui jawapan yang tepat.

Tatabahasa03.08.2022
Assalamualaikum wbt. Saya nak tanya untuk "solat hajat", "solat jenazah" dan jenis-jenis solat yang lain, adakah perlu ditulis dalam huruf besar pada permulaan kata seperti Solat Hajat, Solat Jenazah. Mohon pencerahan daripada pihak tuan tentang kekeliruan saya. Terima kasihSekiranya perkataan pada permulaan ayat perlu huruf besar seperti Solat hajat. Ejaan solat jenazah dan jenis-jenis solat lain dieja dengan huruf kecil. Tatabahasa01.02.2017
apakah perbezaan antara perlu dan hendaklahPerlu bermaksud keharusan (yang tidak dapat dielakkan), atau disebut juga kemestian: perlu juga membawa pelbagai makna lain termasuklah menjadi kemestian (untuk mendapat sesuatu ), harus ada (diperoleh),  sesuatu yang dikehendaki hajat, kepen­tingan, hajat, kehendak, maksud, tujuan dan sebagainya, manakala hendaklah bermaksud tidak dapat tidak; mesti; dan patut. Untuk maklumat lanjut puan boleh layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan lihat pelbagai maksud lain yang mendukung makna kata perlu.Makna11.01.2011
Boleh saya tahu penggunaan tanda petik (''....") yang betul untuk ayat dua perenggan? Contoh ayat seperti di bawah: "Dah bermacam ikhtiar saya lakukan, jumpa bomoh, sembahyang hajat, jumpa kaunselor... tapi semuanya tidak berhasil. Pada hal anak saya ini dulu sekolah agama dah..." "Tolonglah encik selesaikan masalah anak saya ni. Kalau boleh saya mahu masukkan dia ke Raudhatus Sakinah."Penggunaan tanda elipsis dalam ayat betul.Tatabahasa29.06.2013
Saya baru-baru ini menggunakan perkataan kelu untuk jari yang tak mampu meluahkan kata-kata melalui tulisan. Bagi saya, perkataan kelu sudah wajar diperluaskan untuk maksud hajat meluahkan kata-kata yang tertahan baik dari segi lisan mahupun penulisan. Memandangkan zaman sekarang media elektronik sudah semakin berpengaruh, penyampaian kata-kata dan perhubungan sudah semakin digital dan melebihkan tulisan berbanding lisan. Keadaan kelu tak mampu berkata sepatutnya turut boleh digunapakai untuk jari yang tak mampu menaip atas sebab hati yang tak yakin.Kami menerima pandangan tuan. Sehingga hari ini, kami masih memegang Kamus Dewan sebagai panduan iaitu kelu bermaksud . tidak dapat berkata-kata (kerana ketakutan, terkejut, dll): mendengar kata-katanya itu, ~lah lidah saya; 2. Kl sangat bodoh, bingung: jangan disuruh budak yang ~ itu; mengelukan menjadikan kelu, menyebab­kan tidak dapat berkata-kata; ~ diri men­diamkan diri (tidak berkata-kata); terkelu tidak terkata-kata, terdiam (tidak dapat berkata-kata); kekeluan perihal atau keadaan kelu: setiap kali mulutnya berkumat-kamit hendak berkata, setiap kali pula ~ timbul.

Tatabahasa20.07.2013
APAKAHM PERBEZAAN BAGI ISTILAH KONSEP, DEFINISI,MAKSUD DAN TAKRIF. TERIMA KASIHKonsep bermaksud pengertian am atau idea yang mendasari sesuatu. Definisi bermaksud kenyataan yang ringkas dan padat bagi menjelaskan konsep atau makna sesuatu kata. maksud bermakna tujuan, hajat,kehendak, niat takrif bermaksud huraian yang ringkas dan tepat, penjelasan, penentuan,pernyataan, definisi. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Makna27.09.2008
mana satu kah ejaan yang betul qadak atau qadaKedua-dua perkataan tersebut ada dalam bahasa Melayu. Qadak dan qada ialah kata serapan daripada bahasa Arab namun berbeza maknanya.
Qada bermaksud:  menggantikan (mencukupkan, membayar) fardu yg ketinggalan; ~ puasa berpuasa utk mencukupkan (membayar) puasa yg tertinggal;  ~ hajat (besar) buang air (besar). 

Qadak bermaksud: sesuatu yg berlaku ke atas makhluk semasa hidupnya; hukum atau takdir Allah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Makna06.08.2018
Salam Khidmat Nasihat DBP, Saya ingin mengetahui maksud yang setepat-tepatnya peribahasa "di mana ada kemahuan, di situ ada jalan' dan saya juga ingin mengetahui kegunaan 'maksud' dan 'makna' Adakah betul 'maksud' untuk frasa/ayat 'makna' untuk kata/perkataan? Terima kasih

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan bermaksud seseorang itu mesti berusaha dengan gigih semasa melakukan sesuatu dan segala kesukaran yang dihadapi perlu ditempuhi agar segala keinginan dapat diperoleh.

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna didefinisikan sebagai erti atau maksud (sesuatu perkataan dll).  Maksud didefinisikan sebagai 1. tujuan, hajat, kehendak, niat  2. erti yang tersimpul dalam sesuatu ayat (perbuatan dll).

Lain-lain27.10.2011
Salam sejahtera, bolehkah beritahu saya berapa jenis monolog yang terdapat dalam penulisan novel? Juga, bolehkah terangkan kepada saya perbezaan di antara monolog dan monolog dalaman?

Monolog ialah pertuturan kepada diri sendiri sama ada  boleh disuarakan atau diucapkan dalam hati. Tidak ditujukan kepada orang lain dan tidak memerlukan reaksi ataupun jawapan daripada orang lain. Monolog hanya dua sahaja iaitu monolog dan monolog dalaman.

Monolog (disuarakan) “ Sabarlah ayah, emak. Hajat ayah dan emak mahu nenek hendak naik haji pasti Aris tunaikan,” bisik Aris perlahan dengan wajah yang diseliputi awan kerisauan.

Monolog (dalaman/diucapkan dalam hati) “ Inilah agaknya erti kasih antara anak dan ibu,” detak hati kecil Rina. Tanpa disedarinya, air matanya mengalir di pipinya yang gebu.

Sastera26.07.2012

Kembali ke atas