Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.kam] | حکم

Definisi : Ar ark orang tengah, pendamai, wasit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hakam


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
السننsunanAgama IslamHadithKitab Ḥadīth yang disusun berdasarkan hukum-hakam yang didapati daripada Ḥadīth- ḥadīth berkenaan.
obsolute criticismkritikan mutlakKesusasteraanTiadaKaedah kritikan yang menginterpretasikan semua karya sastea berdasarkan prinsip luaran yang sudah diterima sebagai standard. Kritikan ini mengandaikan beberapa nilai atau hukum-hakam tertentu sebagai asas penilaian sastera, dan tidak boleh dipertikaikan.
entropic romanceroman entropiKesusasteraanTiadaNaratif futuristik dalam fiksyen sains dan fantasi yang bertemakan kemusnahan dunia dan cakerawala. Dunia secara beransur-ansur melalui proses kebinasaan semula jadi dan hukum-hakam termodinamik.
conditional joynikmat bersyaratKesusasteraanTiadaMotif biasa dalam cerita pari-pari. Motif ini menyentuh tentang penganugerahan atau suatu rahmat besar yang dijanjikan kepada protagonis dengan syarat tidak mencabuli sesuatu pantang larang. Penulis dan pengkritik Inggeris, G.K. Chesterton yang mencipta istilah ini berpendapat bahawa hukum-hakam alam pari-pari ditentukan oleh manusia dan bukannya sains.
sirahsirahKesusasteraanTiadaPerjalanan, sunah, keadaan atau hal sesuatu. Sirah juga bermaksud perjalanan atau riwayat hidup seseorang. Sirah pertama kali digunakan dalam perbincangan khusus sebuah buku karangan Ibn Hisham. Dalam penulisan awalnya, sirah digunakan untuk menceritakan riwayat hidup atau biografi Nabi Muhammad SAW, dan peristiwa penting yang ada hubung kait dengan Baginda. Namun lahirnya buku berjudul Sirah Muawiyah wa Bani Umayyah karya Awanah bin Abd al-Hakam memperlihatkan bahawa sirah tidak hanya dikhususkan kepada riwayat hidup Nabi Muhammad SAW, bahkan turut melibatkan riwayat hidup tokoh lain. Contoh karya sirah ialah Sirah Nabi Muhammad SAW oleh Mahayudin Haji Yahya. Dalam bahasa Arab, sirah bermaksud �perjalanan�.
pressure groupkumpulan pendesakSains PolitikPolitik PerbandinganPertubuhan sukarela yang dibentuk secara rasmi untuk mewakili kepentingan kelompok tertentu bagi mempengaruhi proses penggubalan dasar kerajaan. Kelompok ini tidak terlibat dalam proses pembentukan kerajaan tetapi mempunyai bidang kepentingannya sendiri dan bergerak untuk memelihara kepentingan tersebut. Secara keseluruhannya, pergerakan kelompok ini adalah untuk kepentingan awam namun secara khusus adalah untuk memelihara kepentingan tertentu seperti kebersihan alam sekitar, kebajikan buruh, pengguna, pelajar, bahasa, wanita, anak seni, kebebasan politik dan sebagainya. Mereka mendesak kerajaan melalui pelbagai cara seperti melobi, menulis surat kepada pihak berkuasa tertentu, berjumpa dan berunding dengan anggota pemerintah, mengadakan demonstrasi dan berbagai-bagai program kempen dan poster. Contoh kumpulan pendesak di Malaysia ialah Aliran, Suaram dan Hakam yang sensitif terhadap perkembangan politik dan hak asasi manusia.

Kembali ke atas