Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.kim] | حاکيم

Definisi : 1. pegawai yg dilantik utk mengadili sesuatu perbicaraan dlm mahkamah: ~ yg membicarakannya mendapati dia bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara; H~ Besar ketua hakim; menjadi ~ sendiri melakukan sekehendak hati terhadap orang yg dianggap bersalah; dihadapkan ke muka ~ dihadapkan ke mahkamah; 2. orang yg dilantik mengadili sesuatu pertandingan (permainan dsb), pengadil: tiga orang guru telah dilantik menjadi ~ dlm peraduan bahas antara sekolah-sekolah; berhakim menjadi hakim: apabila berjanji mungkir, apabila ~ durjana; ~ kpd minta pengadilan kpd: marilah kita ~ kpd ketua kampung utk menentukan siapa salah siapa benar; ~ kpd beruk (harta habis hajat tak sampai) prb minta pengadilan kpd orang yg tamak, sudah tentu dapat kerugian; berhakimkan menggunakan seseorang dsb sbg hakim: oleh sebab tidak ada tempat utk membuat pengaduan apabila berlaku per­selisihan, maka setiap keputusan akan hanya ~ diri sendiri; menghakimi, menghakimkan mengadili, mempertimbangkan (utk menentukan salah benar sesuatu atau seseorang): hakim mah­kamah tinggi ~ perkara-perkara besar spt perkara pembunuhan, penculikan, rompak­an besar, dll; kehakiman segala hal yg berkaitan dgn urusan hukum (undang-undang) dan pengadil­an: jabatan ~; soal-soal ~; ~ semu perihal fungsi yg menyerupai atau seakan-akan fungsi kehakiman yg dijalankan menurut budi bicara pentadbiran, mis tribunal; penghakiman perihal (perbuatan dsb) meng­hakimi: dapatkah kita menjamin keadilan sebenar sekiranya proses ~ masih meng­hadapi masalah kefahaman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.kim] | حاکيم

Definisi : Ar orang yg pandai-pandai, orang yg ahli (yg bijaksana). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.kim] | حاکيم

Definisi : 1 pegawai yg mengadili sesuatu perbicaraan di mahkamah: Tuan ~ yg membicarakannya mendapati ia tidak bersalah dan telah dibebaskan. ~ Besar ketua hakim. 2 orang yg dilantik utk mengadili sesuatu pertandingan atau permainan: Tiga orang guru telah dilantik menjadi ~ dlm peraduan bahas antara sekolah-sekolah. berhakim, = ~ kpd minta diadili oleh; minta pengadilan drpd: Marilah kita ~ kpd ketua kampung utk menentukan siapa yg bersalah dan siapa yg benar. menghakimi berlaku atau bertindak sbg hakim terhadap; mengadili: Serahkan perkara itu kpd dia, kamu jangan ~nya. kehakiman hal-hal mengenai urusan undang-undang dan pengadilan: jabatan ~. penghakiman perbuatan (tindakan) menghakimi sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hakim (kata nama)
Bersinonim dengan pengadil, wasit;,
Kata Terbitan : menghakimi,

Peribahasa

Neraca yang palingan,
     bungkal yang piawai.

Bermaksud :

Hakim yang sangat adil. piawai = pandai, cakap.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
circuitn 1. track for motor racing, litar; 2. regular round, perlitaran: judges who go on ~, hakim-hakim yg melakukan perlitaran; 3. sequence of sporting events, pertandingan litar: international golf ~, pertandingan litar golf antarabangsa; 4. (electr) litar; 5. round journey, pusingan: he managed to run five ~s of the track, dia dapat berlari lima pusingan balapan itu; make a ~ of, mengelilingi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
benchbe /appointed, raised/ to the ~, /dilantik, diangkat/ sbg hakim; /be, sit/ on the ~, memegang jawatan hakim; the ~, sometimes the B~, a. judge, magistrate sitting in court, /hakim, majistret/; b. judges, magistrates collectively, anggota kehakiman, para hakim.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
judgen 1. public officer with power to make decisions, hear cases in court of law, hakim: a Supreme Court ~, hakim Mahkamah Agung; appear before a ~, dihadapkan ke mahkamah; 2. person who decides, a. (in contest, competition) pengadil, hakim: a panel of ~s, jemaah pengadil; b. (in dispute) hakim; 3. person qualified to give valuable opinion, (orang yg) pandai menilai: a good ~ of horses, seorang yg pandai menilai kuda; he liked the film, but he was no ~, dia suka filem itu, tetapi dia tdk pandai menilai;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
judg (e)mentby a judge or court, keputusan (hakim, mahkamah): the ~ was in favour of the plaintiff, keputusan hakim itu memihak kpd plaintif; 4. criticism, kritikan; 5. (as sign of divine displeasure) balasan Tuhan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
assume5. accept, menerima: the organizers ~d responsibility for the error, pihak penganjur menerima tanggungjawab atas kesalahan itu; 6. pretend, berpura-pura: he ~d an air of indifference, dia berpura-pura acuh tak acuh; 7. use, menggunakan: to ~ a new surname, menggunakan nama keluarga yg baru; 8. put on, mengenakan: the judges ~d their robes,hakim-hakim itu mengenakan jubah merekaKamus Inggeris-Melayu Dewan
travelling judgen hakim litar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
judge advocaten hakim peguam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
Chief Justicen Hakim Besar.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
adjudicatevi menjadi hakim; (in competition ) menjadi pengadil;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
Judge Advocate Generaln Ketua Hakim Peguam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234567

Kembali ke atas