Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.ki.san] | هاکيسن

Definisi : perihal menjadi terhakis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.ki.san] | هاکيسن

Definisi : hasil menghakis; tindakan menghakis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hakis
Kata Terbitan : menghakis, terhakis, hakisan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
HAKISAN GLASIER

Hakisan glasier, hakisan yang dilakukan oleh glasier atau lembaran ais melalui proses-proses seperti lelasan, ragutan dan lain-lain yang mengakibatkan pemusnahan permukaan bumi.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
HAKISAN OMBAK

Hakisan ombak, proses hakisan yang berlaku akibat tindakan ombak di pinggir pantai.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
HAKISAN

Hakisan ialah proses semula jadi apabila batu

dan tanah pecah melerai dari permukaan bumi di

suatu tempat dan bergerak ke tempat lain

UMUM 
HAKISAN PANTAI

Hakisan pantai, hakisan yang berlaku di zon berhampiran dengan laut.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
HAKISAN AIR

Hakisan air, proses yang berlaku akibat tindakan air larian ke atas permukaan yang lembut.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
HAKISAN ANGIN

Hakisan angin, fenomena yang berlaku di kawasan kering dan gersang di dunia seperti di gurun panas dan separa gurun.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIFenomena
TANAH TANDUS

Tanah tandus ialah kawasan yang terdiri daripada

bukit kecil yang curam dan lurah yang dalam yang

terbentuk terutamanya oleh hakisan air. Banjir kilat

mengakibatkan hakisan paling banyak berlaku di

kawasan tanah tandus dan biasanya melibatkan

kawasan yang luas. Hakisan yang disebabkan oleh

alur sungai kecil dan percikan air hujan pada cerun

bukit juga memainkan peranan untuk membentuk

tanah tandus.

UMUM 
AIR TERJUN

Air terjun ialah air sungai atau air anak sungai

yang jatuh secara mendadak. Air terjun biasanya

terjadi apabila sebatang sungai merentasi batuan

pejal yang tahan terhadap hakisan (lihat Hakisan ).

UMUM 
TAWANAN SUNGAISungai yang mempunayi daya hakisan yang lebih kuat memotong sebatang sungai lain menarik masuk alirannya.GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
ALIRAN GELORASalah satu perkakas hambatan hakisan yang sering digunakan pada sesuatu rentetan tetiub. Gandingan aliran tetiub lazimnya dipasang pada bahagian sebelah atas dan sebelah bawah suatu komponen subpermukaan tambahan rentetan tetiub. Komponen subpermukaan tambahan rentetan tetiub yang perlu dipasang dengan gandingan aliran terdiri daripada beberapa bahagian, iaitu injap keselamatan subpermukaan, puting mendarat, dan sarung gelangsar......Rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANKonsep
12

Kembali ke atas