Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hal
1. Bersinonim dengan perkara
( hal ehwal, perihal, urusan, fasal, kes, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan kejadian
( peristiwa, keadaan, situasi, )
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan sebab
( alasan)
(kata nama:)

4. Bersinonim dengan tentang
( mengenai, perihal, darihal, soal, fasal, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berhal, mengehalkan,

Peribahasa

Bergantung tidak bertali.

Bermaksud :

Hal seorang yang menjadi gundik yang tidak sah atau yang telah ditinggalkan suaminya tetapi belum ditalak. (Peribahasa lain yang sama makna: Bergantung sehasta tali).

 

Lihat selanjutnya...(38)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ayat ini betul? Hal-hal yang dia katakan tidak betul. Adakah "yang dia katakan" harus dibetulkan menjadi: Hal-hal yang dikatakannya tidak betul. Apabila pembuat itu adalah orang ketiga, adakah kita harus menggunakan "dikatakannya"?

Ayat yang lebih gramatis ialah  “Hal-hal yang dikatakannya tidak betul.”

Tatabahasa10.05.2023
"Hal-hal lain" - betul "Lain-lain hal" - salah Bagaimanakah pula dengan "Hal lain-lain"? Betul atau salah dan apakah sebabnya?Frasa yang betul ialah "hal-hal lain", kata hal itu yang digandakan bukan lain-lain.Tatabahasa12.08.2014
SALAM. SAYA INGIN BERTANYA PENGGUNAAN MANA YANG BETUL 1. HAL LAIN-LAIN 2. LAIN-LAIN HAL 3. HAL-HAL LAIN TERIMA KASIH.Assalamualaikum,


Yang betul ialah hal-hal lain, tidak ada frasa lain-lain hal kerana ini menyalahi hukum D-M dalam tatabahasa bahasa Melayu. Sekian.
Pengembangan02.12.2019
frasa yang betul .... hal-hal lain atau lain-lain hal sekian, terima kasih.Frasa yang betul ialah hal-hal lain.Tatabahasa28.06.2021
Tuan DBP, bolehkah "hal" digandakan menjadi kata ganda, seperti "hal-hal"?Boleh.  Contoh: Pengerusi menyuarat membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan masalah tatatertib staf.Istilah11.05.2014
Saya cuma hendakkan kepastian. Mana satu yang betul lazimnya agenda terakhir dalam mesyuarat. LAIN-LAIN HAL atau HAL-HAL LAIN.Frasa yang betul ialah hal-hal lain.Tatabahasa08.04.2014
Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia tuan, Saya ingin memohon pencerahan berhubung penggunaan kata "hal" dalam penulisan minit mesyuarat. Ada makluman terkini yang disampaikan oleh jurulatih mata pelajaran mengatakan bahawa memadai dengan menulis agenda "Hal Lain" dan bukannya "Hal-hal Lain". Jika dirujuk pada carian dalam ruangan ini sehingga tahun berakhir 2014, semuanya menggunakan "Hal-hal Lain". Pada saya, "hal lain" merujuk kepada satu perkara sahaja yang dibincangkan dalam mesyuarat. Terima kasih atas bantuan tuan. Saya dahului dengan ucapan setinggi-tinggi penghargaan atas bantuan yang diberikan.Assalamualaikum,

Hal lain merujuk kepada satu perkara yang berbeza.

Hal-hal lain pula merujuk kepada lebih daripada satu perkara yang berbeza. Hal-hal merupakan penggandaan penuh kata nama tunggal yang melibatkan seluruh kata dasar jenis kata nama digandakan tanpa sebarang perubahan bentuk. Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, sekurang-kurangnya lima aspek makna penggandaan kata nama. Merujuk kepada perkataan "hal-hal", perkataan ini merupakan aspek makna pertama penggandaan kata nama sebagai penanda jamak, iaitu menandakan jumlah yang banyak.


Kesimpulannya, penggunaan kata "hal-hal lain" lebih tepat untuk penulisan minit mesyuarat.
Lain-lain11.03.2018
San Zarin Oct 8th, 7:59am Saya difahamkan ada pegawai DBP (En Karim) memberi penerangan di UiTM mengatakan "Hal-Hal Lain". Adakah ini benar?Frasa itu betul, ejaan itu perlu dibaiki menjadi "Hal-hal Lain".Ejaan08.10.2014
Oleh hal yang demikian Oleh hal yang demikian kerana Oleh hal sedemikian Hal ini dikatakan demikian kerana Hal ini kerana Oleh yang demikian Adakah semua penanda wacana di atas betul ?Betul:
1. Oleh hal yang demikian, 
2. Oleh hal sedemikian, 
3. Hal ini dikatakan demikian kerana
4. Oleh yang demikian, 


Salah:
1. Oleh hal yang demikian kerana   
2. Hal ini kerana 
Lain-lain28.09.2020
Dalam minit mesyuarat tajuk mana yang betul digunakan? Hal Lain-lain atau Lain-lain HalYang betul ialah hal-hal lain, tidak ada frasa lain-lain hal kerana ini menyalahi hukum D-M dalam tatabahasa bahasa Melayu.Tatabahasa18.02.2015
12345678910...

Kembali ke atas