Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ḥal.éḥ.wal] | حال احوال

Definisi : berbagai-bagai hal (keadaan, perkara, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ḥal.éḥ.wal] | حال احوال

Definisi : bermacam-macam hal (perkara dll): Jabatan itu ditubuhkan utk mengendali­kan ~ ehwal orang Asli. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hal
1. Bersinonim dengan perkara
( hal ehwal, perihal, urusan, fasal, kes, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan kejadian
( peristiwa, keadaan, situasi, )
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan sebab
( alasan)
(kata nama:)

4. Bersinonim dengan tentang
( mengenai, perihal, darihal, soal, fasal, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berhal, mengehalkan,

Peribahasa

Manis laksana gula Sarawak.

Bermaksud :

Persesuaian dalam segenap hal-ehwal. (Peribahasa lain yang sama makna: Manis bagai gula Jawa).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ejaan yang mana betul, hal ehwal atau hal-ehwal? Terima kasih.Ejaan yang betul ialah hal ehwal.Ejaan21.05.2012
Apakah penulisan yang betul, Persidangan Pengerusi-Pengerusi Hal Ehwal Islam Seluruh Malaysia atau Persidangan Pengerusi-pengerusi Hal Ehwal Islam Seluruh Malaysia? Terima kasih

Penulisan yang betul ialah Persidangan Pengerusi-pengerusi Hal Ehwal Islam Seluruh Malaysia.

Ejaan10.03.2023
Yang manakah betul ? (a) ' Gambar Ahli-ahli Jabatan Hal Ehwal Pelajar' ATAU ' Gambar Ahli Jabatan Hal Ehwal Pelajar'. (b) 'Gambar Ahli-ahli Majlis Profesional' ATAU ' Gambar Ahli Majlis Profesionali' . Terima kasih atas bantuan selama ini.

Encik Wong,

Yang betul ialah: i. Gambar Ahli Jabatan Hal Ehwal Pelajar  ii. Gambar Ahli Majlis Profesional 

Tatabahasa19.04.2010
Mana yang betul dan tepat? 1. Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Kakitangan ke-151 bertarikh 17 Julai 2014 telah membuat keputusan....atau Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Kakitangan Ke-151 pada 17 Julai 2014 telah membuat keputusan... 2. Setelah diteliti dan dipertimbangkan permohonan tuan... atau Setelah meneliti dan mempertimbangkan permohonan tuan...Klausa yang betul ialah:

1. Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Kakitangan ke-151 bertarikh 17 Julai 2014 telah membuat keputusan....



2.  Setelah meneliti dan mempertimbangkan permohonan tuan...
Tatabahasa01.10.2014
Apakah bentuk kata bagi kata ' hal ehwal' ? Terima kasih.

Saudara,

"Hal Ehwal" tergolong dalam bentuk kata nama.

Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami.

Tatabahasa05.09.2012
adahkah ayat berikut merujuk kepada hasrat saya untuk mengkaji tahap keperluan pengetahuan dan kemahiran guru besar dalam bidang pengurusan hal ehwal murid di sekolah? Mohon cadangan. terima kasih contoh ayat berikut: Tahap Keperluan Pengetahuan Dan Kemahiran Dalam Pengurusan Hal Ehwal Murid Di Sekolah Pulau Di Sabah. Satu Tinjauan Dalam Kalangan Pentadbir Sekolah Rendah.

Cadangan kami tajuk “Tahap Keperluan Pengetahuan dan Kemahiran dalam Pengurusan Hal Ehwal Murid Sekolah Pulau di Sabah:  Tinjauan dalam Kalangan Pentadbir Sekolah Rendah.”boleh digunakan.

Lain-lain27.11.2023
Bolehkah padanan ayat di bawah ditukar seperti yang berikut: Penerima atau pemberi suapan melakukan suatu kesalahan walaupun maksud itu tidak dilaksanakan atau perkara itu tidak berkaitan dengan hal ehwal atau perniagaan prinsipal Ayat yang asal adalah seperti yang berikut: Acceptor or giver of gratification to be guilty notwithstanding that purpose was not carried out or matter not in relation to principal’s affairs or business Penerima atau pemberi suapan melakukan suatu kesalahan tanpa mengambil kira maksud tidak dilaksanakan atau perkara tidak berkaitan dengan hal ehwal atau perniagaan prinsipal

Berikut adalah petikan daripada AKTA 694:AKTA SURUHANJAYA PENCENGAHAN RASUAH MALAYSIA 2009

 

Penerima atau pemberi suapan melakukan suatu kesalahan tanpa mengambil kira maksud tidak dilaksanakan atau perkara tidak berkaitan dengan hal ehwal atau perniagaan prinsipal (Sumber Akta 694: AKTA SURUHANJAYA PENCENGAHAN RASUAH MALAYSIA 2009)

dan tafsiran itu perlu dikekalkan seperti yang terdapat dalam akta.

 Kami mencadangkan perkataan “notwithstanding” dikekalkan terjemahannya sebagai “tanpa mengambil kira”, seperti yang terdapat dalam Akta 694: AKTA SURUHANJAYA PENCENGAHAN RASUAH MALAYSIA 2009

Lain-lain24.08.2021
1) Ingin tahu bahawa cara memastikan perkataan majmuk . Contohnya, kereta api / hal ehwal, adalah dalam dua perkataan, manakala ,contohnya ' titikberat' dalam satu perkataan. Bagaimana mengenalpastikan perkataan majmuk dalam satu atau dua perkataan? 2)Di manakah tempat buku tatabahasa keluaran DBP edisi terbaru dapat dibelikan ataupun edisi elektronik boleh didapatkan?1) Untuk mengetahuinya, puan boleh membuat rujukan melalui Kamus Dewan atau carian  http://prpm.dbp.gov.my/
2) Puan boleh menghubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP melalui talian 03-41012409 / 2476.
Lain-lain17.05.2018
Perkataan "LANGSAI" sering dikaitkan dengan hutang. Bolehkah 'LANGSAI" digunakan untuk urusan bukan hutang, contohnya seperti berikut: (1) melangsaikan (menyelesaikan) urusan peribadi (2) melangsaikan (menyelesaikan) perkara berbangkit (3) Hal ehwal belum langsai (unresolved matters) (4) Isu-isu belum langsai (oustanding issues)Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, langsai bermaksud 1. sudah habis dibayar (hutang dan lain-lain), jelas, lunas, selesai  2. (sastera lama) jelas (rupa, pandangan, dll), terang 3. melangsai - melayang (terbang) dengan cepat  4. tirai. Berdasarkan maksud yang diberikan, perkataan langsai tidak sesuai digunakan dalam konteks urusan peribadi, perkara berbangkit, hal ehwal dan isu.Makna16.04.2012
Mohon kerjasama meneliti terjemahan Bahasa Melayu bagi jabatan-jabatan ini :- (1) Corporate Affairs & Communications - Hal Ehwal Korporat & Komunikasi (2) Financial & Management Audit - Audit Kewangan & Pengurusan (3) Investment Analysis - Analisa Pelaburan (4) Equity Market Operations - Operasi Pasaran Ekuiti (5) Fixed Income - Pendapatan Tetap (6) Performance & Portfolio Assessment - Penilaian Portfolio & Prestasi (7)Public Equity - Ekuiti Awam (8) Private Investment - Pelaburan Swasta (9) Corporate Planning & Strategy - Strategi & Perancangan Korporat (10) Landbanking - Perbankan Tanah (11) Investment Property - Pelaburan Harta (12) Affordable Housing - Perumahan Mampu Milik (13) Marketing & Sales - Pemasaran & Jualan (14) Agent Management & Customer Relations - Pengurusan Ejen & Perhubungan Pelanggan (15) Unit Trust Strategy & Product Management - Strategi Unit Amanah & Pengurusan Produk (16) Business Solutions - Solusi Perniagaan (17) Branch Management & Supervision - Pengurusan & Penyeliaan Cawangan (18) Unit Trust Operations & Record Administration - Operasi Unit Amanah & Pentadbiran Rekod (19) Investment Processing - Pemprosesan Pelaburan (20) Management Information System - Sistem Maklumat Pengurusan Terima kasih.1. Simbol & perlu dieja penuh "dan".
2. Investment Analysis = Analisis Pelaburan
3. Pelaburan Harta atau Harta Pelaburan? Kerana padanan bahasa Inggeris ialah Harta Perlaburan
4. Business Solutions = Penyelesaian Perniagaan
Penyemakan dan penterjemahan26.01.2017
1234

Kembali ke atas