Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.la.ju] | هالاجو

Definisi : kecepatan gerakan, kadar kecepatan; ~ pusingan wang kadar kecepatan wang bertukar tangan (dlm sesuatu masyarakat atau negara). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.la.ju] | هالاجو

Definisi : 1 kadar pergerakan sesuatu; kelajuan; kecepatan: Kereta itu dipandu dgn ~ 60 km satu jam. 2 kadar kelajuan pergerakan sesuatu yg menunjukkan kadar perubahan tempatnya mengikut arah tertentu (diberi dlm meter per saat, batu per jam dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
halaju (kata nama)
Bersinonim dengan kecepatan gerakan, kadar kecepatan.,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
halajuvelocityKadar perubahan sesaran.Menengah Atas
zarah betabeta particleZarah elektron yang terpancar keluar dari nukleus radioaktif. Zarah ini mempunyai halaju yang sangat tinggi, iaitu hampir menyamai halaju cahaya.Menengah Atas
pecutanaccelerationPerubahan halaju per unit masa.Menengah Atas
pecutanaccelerationKadar perubahan halaju. Pecutan objek bergantung pada daya luar yang bertindak ke atas objek tersebut yang mempunyai jisim malar. Semakin besar daya yang dikenakan terhadap objek tersebut, semakin tinggi pecutan objek itu.Menengah Rendah
nyahpecutandecelerationKadar pengurangan halaju sesuatu gerakan.Menengah Atas
anginwindUdara yang bergerak dengan halaju tertentu yang boleh dirasai melalui deria kulit tetapi tidak boleh dilihat.Menengah Rendah
momentummomentumHasil darab jisim dengan halaju sesuatu jasad.Menengah Atas
hentamanimpactKesan perlanggaran dua jasad, dengan halaju satu jasad atau kedua-duanya berubah.Menengah Atas
pembiasanrefractionProses perambatan cahaya melalui dua medium yang berbeza ketumpatan optiknya. Proses ini menyebabkan berlakunya perubahan arah dan halaju cahaya.Menengah Rendah
lohong hitamblack holeObjek di cakerawala yang terbentuk daripada letupan supernova, dan mempunyai medan graviti yang terlalu kuat sehingga halaju lepasan berhampiran lohong hitam melebihi kelajuan cahaya. Hal ini membayangkan bahawa tiada sesuatu pun termasuk cahaya mampu melepasi gravitinya.Menengah Rendah
12

Kembali ke atas