Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.la.ju] | هالاجو

Definisi : kecepatan gerakan, kadar kecepatan; ~ pusingan wang kadar kecepatan wang bertukar tangan (dlm sesuatu masyarakat atau negara). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.la.ju] | هالاجو

Definisi : 1 kadar pergerakan sesuatu; kelajuan; kecepatan: Kereta itu dipandu dgn ~ 60 km satu jam. 2 kadar kelajuan pergerakan sesuatu yg menunjukkan kadar perubahan tempatnya mengikut arah tertentu (diberi dlm meter per saat, batu per jam dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
halaju (kata nama)
Bersinonim dengan kecepatan gerakan, kadar kecepatan.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
eddy velocityhalaju pusarSainsHidrometeorologiPerbezaan antara halaju min aliran bendalir dan halaju seketika pada suatu titik. Misalnya:- u1 = u - ?, dengan u1 ialah halaju pusar; u halaju seketika; dan ? halaju min. Dalam selang waktu yang sama untuk menentukan halaju min, purat halaju pusar seharusnya sifar. Halaju pusar juga disebut halaju pembuaian.
rest massjisim rehatKejuruteraanTiadabagi zarah pada halaju sifar atau halaju-halaju rendah.
rest massjisim rehatKejuruteraanTiadabagi zarah pada halaju sifar atau halaju-halaju rendah.
deviating velocityhalaju sisihanKejuruteraanKejuruteraan KimiaHalaju aliran gelora yang menurut bentuk ulangan tertentu dengan masa dan kedudukan zarah bendalir yang dipecahkan kepada dua komponen sebagai, , dengan u = halaju tempatan bagi aliran gelora, = halaju purata, = halaju sisihan. Halaju sisihan ialah nilai halaju pengaliran yang turun naik daripada nilai halaju purata pengaliran.
diffusion velocityhalaju resapanKejuruteraanKejuruteraan KimiaHalaju komponen di dalam campuran berbilang komponen relatif kepada halaju resapan jisim atau halaju resapan molar. Terdapat dua jenis halaju resapan bagi pemindahan jisim yang dijelaskan sebagai = halaju resapan komponen j (uj) relatif kepada halaju resapan molar purata (). = halaju resapan komponen j (uj) relatif kepada halaju resapan jisim purata ().
friction velocityhalaju geseranKejuruteraanKejuruteraan KimiaHalaju bagi aliran gelora yang mengambil kira turun naik nilai halaju yang ditakrifkan sebagai (rujuk m/s 88) dengan u* = halaju geseran, = halaju purata, � = faktor geseran, tw = tegasan ricih dinding, r = ketumpatan, gc = 1 kg m/s2N. Halaju geseran ialah profil halaju yang dijelaskan dalam ungkapan tegasan ricih pada permukaan dinding saluran.
friction velocityhalaju geseranSainsHidrometeorologiHalaju angin rujukan yang ditakrif sebagai hubungan berikut: u* = , dengan t ialah tegasan Reynolds; p kepadatan; dan u* halaju geseran. Halaju ini biasanya digunakan untuk gerakan yang berhampiran dengan permukaan bumi yang tegasan ricihannya selalu dianggap bebas daripada pengaruh ketinggian dan hampir berkadaran dengan kuasa dua halaju min. Oleh itu, halaju geseran ialah halaju yang menepati hukum kuasa dua ini.
sound velocityhalaju bunyiFizikAkustikHalaju fasa bagi gelombang bunyi. halaju sonik, halaju akustik.
mean normal velocityhalaju normal purataKejuruteraanKejuruteraan KimiaHalaju sebenar bagi aliran bendalir melalui bahan atau medium berongga dan dihubungkan dengan halaju superfisial sebagai, dengan = halaju normal purata, u0 = halaju superfisial, e = keliangan.
universal velocity distribution lawhukum profil halaju semestaKejuruteraanKejuruteraan KimiaHukum bagi halaju pengaliran gelora yang menghubungkan parameter tak bermatra berikut: u+ = u / u* y+ = u* py / m, dengan u* = halaju geseran, u = halaju, u+ = nisbah halaju, y = jarak dari permukaan dinding, y+ = nisbah jarak, r = ketumpatan, m = kelikatan.
12345678910...

Kembali ke atas