Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.lal]/[ha.lal] | حلال

Definisi : 1. hukum membenarkan sesuatu perbuat­an dilakukan (dlm Islam), diperbolehkan (tidak ditegah oleh syarak), diizinkan, di­benar­kan, lwn haram: makanlah makanan yg ~ dan minumlah minuman yg ~; daging lembu ~ dimakan oleh orang-orang Islam; ~ nikah dibenarkan menikahi seseorang; 2. ki (yg diperdapat, diperoleh atau diperbuat) dgn jalan yg sah: anak ~; wang ~; 3. ark ampun, maaf, (me)relakan: yg hutang tuan hamba sekati emas itu ~lah dunia akhirat; 4. ark izin: menyembah minta ~lah segala pengajarannya; menghalalkan 1. membenarkan (mem­boleh­kan, memperkenankan, mengizinkan), memandang atau menganggap halal: adalah salah besar ~ sesuatu yg haram; ada kemungkinan besar bahawa kegiatan ter­sebut yg selama ini diharamkan di negeri itu akan dihalalkan; 2. menganggap selesai atau jelas (hutang dll): baki hutangnya itu sudah dihalalkan; kehalalan perihal (sifat, taraf, dsb) halal: kalau hati masih waswas tentang ~nya, apa yg kita makan itu akan menjadi haram; penghalalan perbuatan dsb menghalalkan, perihal menjadikan halal atau sah: Marx meng­ambil ideologi borjuis sbg satu gambar­an sistem, idea, despotisme moden mencari ketaakulan dan ~ menjalankan kuasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.lal]/[ha.lal] | حلال

Definisi : 1 dibolehkan (melakukan sesuatu) oleh undang-undang Islam; tidak ditegah oleh syarak; tidak haram: Da­ging lembu ~ dimakan oleh orang-orang Islam. 2 diperoleh atau dibuat dgn jalan yg sah atau jujur: harta ~ harta yg diperoleh secara jujur; anak ~ anak yg sah. 3 direlakan (diberikan dgn suka hati); telah jelas atau lunas (hutang dll): Segala pemberiannya kpd mangsa-mangsa itu adalah ~. Saya harap hutang itu ~lah dunia akhirat. menghalalkan membolehkan (membenarkan) se­suatu mengikut undang-undang Islam; dibenarkan oleh syarak: Allah ~ jual beli dan mengharamkan riba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
halal (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan dibenarkan, diizinkan, dibolehkan, diperkenan;,
Kata Terbitan : menghalalkan, kehalalan, penghalalan,

Peribahasa

Jangan memangku ayam jantan,
     baik memangku ayam betina.

Bermaksud :

Rezeki yang halal itu lebih baik daripada rezeki yang haram.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
halal logologo halalHerbaPeraturan dan PemasaranSimbol yang mengesahkan sesuatu produk tidak haram penggunaannya menurut undang-undang Islam. Di Malaysia logo ini dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama Islam. Menurut Dokumen Panduan Pendaftaran Produk (DRDG), logo halal boleh digunakan secara sukarela pada label produk berdaftar bagi kategori penokok/penambah kesihatan, produk herba dan kosmetik, sama ada untuk pasaran tempatan dan eksport.
حل الإستمتاعhalal bercumbuanAgama IslamFiqhDihalalkan suami isteri untuk bercumbu-cumbuan dan melakukan persetubuhan.
حل البضعhalal jimak (persetubuhan)Agama IslamFiqhDihalalkan suami menyetubuhi isterinya selepas akad yang sah.
assetasetEkonomiEkonomi IslamBenda halal dan bernilai yang dimiliki serta boleh dipindah milik oleh individu, firma dan ejen lain dalam ekonomi. Aset terbahagi kepada dua jenis, iaitu aset benar seperti rumah, tanah dan bangunan, dan aset kewangan seperti wang dan sukuk. Benda yang diharamkan oleh syariah seperti arak, bangkai dan wang riba tidak dianggap aset dalam Islam tetapi masih dianggap sebagai aset bagi orang bukan Islam.
work ethicsetika kerjaEkonomiTiadaNilai-nilai baik dalam menjalankan kerja seharian antara satu sama lain untuk mendapatkan pendapatan yang halal dan meningkatkan pengeluaran.
syariah noncompliance companysyarikat tak patuh syariahEkonomiEkonomi IslamSyarikat yang aktivitinya tidak mematuhi kriteria syariah sebagaimana yang ditetapkan oleh Majilis Penasihat Syariah (MPS). Syarikat berkenaan terlibat dengan unsur yang haram seperti perkhidmatan kewangan yang berteraskan riba, perjudian, penjualan barang yang tidak halal, insurans konvensional dan hiburan yang tidak selaras dengan syarak. Sekiranya terdapat urusan yang bercampur antara aktiviti halal dengan aktiviti haram, maka penentuan status tidak patuh syariah akan berdasarkan kepada ukur rujuk percampuran. Keadaan ini menyebabkan syarikat tak patuh syariah dikeluarkan daripada senarai syarikat dalam Indeks Syariah Kuala Lumpur (KLSI).
25% based measurementukur rujuk 25 peratusEkonomiEkonomi IslamSumbangan pendapatan syarikat sebanyak 25% yang dijana daripada aktiviti yang boleh menjejaskan status syariah. Aktiviti utama syarikat adalah jelas halal tetapi terlibat dengan aktiviti sampingan yang haram. Kedua-dua aktiviti sukar dipisahkan. Contohnya, aktiviti pengendalian hotel yang menyediakan minuman keras dan perniagaan saham yang mengurusniagakan saham syaikat yang tidak patuh syariah.
Islamic interbank cheque clearing systemsistem penjelasan cek antara bank secara IslamEkonomiEkonomi IslamSistem yang membolehkan pelunasan cek antara institusi kewangan dan cek tersebut mestilah bersumberkan daripada kegiatan yang halal. Kegiatan ini akan mewujudkan bank penghubung. Amaun bagi cek yang telah dilunaskan akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima, manakala akaun bank pengeluar akan didebitkan. Kedua-dua akaun ini wujud di Bank Negara Malaysia. Akaun ini akan digunakan oleh bank untuk melakukan aktiviti pasaran wang Islam antara Bank.
overlapping marketkhalayak bertindanKomunikasiKorporatKhalayak atau pengguna sasaran yang terdedah kepada pasaran atau mesej mengenai sesuatu barangan atau perkhidmatan secara bertindih atau berulang-ulang. Mesej atau pasaran perkhidmatan boleh disampaikan melalui media atau syarikat yang sama, atau media dan syarikat yang pelbagai. Contohnya, penyampaian mesej mengenai krisis kepercayaan terhadap barangan berlabel halal. Mesej ini disampaikan oleh syarikat pengeluar barangan halal untuk khalayak Islam yang disalurkan melalui media cetak. Kemudian mesej ini juga turut disalurkan oleh media elektronik kepada khalayak yang sama. Contoh seterusnya, suatu kawasan khalayak yang telah mendapat liputan perkhidmatan sebuah syarikat telekomunikasi, kemudian turun mendapat liputan perkhidmatan yang sama daripada syarikat telekomunikasi lain.
pawned item/pawned goodsbarang gadaianEkonomiEkonomi IslamBarang yang dijadikan cagaran untuk mendapatkan hutang. Barang ini merupakan jaminan pelunasan bagi hutang yang tidak dapat dibayar setelah tamat tempoh. Menurut syarak, barang gadaian mestilah terdiri daripada jenis harta bernilai, bermanfaat, halal, boleh dipegang, boleh disampaikan dan tahan lama. Barang gadaian akan dipegang oleh pegadai dan penggadai pula akan membayar upah simpan barang gadaian. Nilai barang gadaian akan menentukan jumlah hutang yang layak diperoleh dan nilainya mestilah melebihi nilai hutang untuk memastikan penggadai mampu melunaskan hutang tersebut. Contoh barang gadaian yang digunakan di Malaysia ialah emas.
12

Kembali ke atas