Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.la.ngan] | هالڠن

Definisi : 1. aral, gangguan, rintangan, te­gah­an: biasanya yg menjadi ~ dlm menjalan­kan pekerjaan tangan ialah kekurangan perkakas; 2. baluk (batang kayu dll) yg merintangi jalan, sungai dll, beting pasir yg melintang di kuala sungai: segala ~ di jalan telah dimusnahkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.la.ngan] | هالڠن

Definisi : 1 batang kayu dll yg melintang di jalan dll; beting pasir yg melintang di kuala sungai. 2 aral; gangguan; rintangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
halang
Kata Terbitan : menghalang, terhalang, halangan, berhalangan, penghalang,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
plungerpelocokKejuruteraanTiada1. Rod panjang atau omboh bagi menarik dan menolak pam salingan.,2. Aci kayu yang mempunyai mangkuk sedutan di hujungnya, digunakan untuk membersihkan halangan-halangan perpaipan dan alur keluar sisa.
barrier reefterumbu sawarBiologiEkologiTerumbu karang yang terasing daripada pantai oleh lagun yang terlalu dalam untuk tumbesaran karang. Biasanya terumbu sawar mengikuti pantai dengan jarak yang sangat panjang dengan halangan-halangan yang pendek dinamai genting. Misalnya, Terumbu Sawar Besar di Australia.
halanganhalangan (Sepak Takraw)SukanTiadaTiada
mental blockhalangan metal/ halangan pemikiranPsikologiTiadaTiada
airway clearanceklearans saluran udaraPerubatanTiadaPembersihan saluran udara yang bebas daripada sebarang halangan,contohnya halangan oleh benda asing dan mukus.
exit barrierhalangan keluarPengurusanPerancanganHalangan dalam persekitaran perniagaan yang menyekat sesebuah syarikat untuk keluar daripada industri atau pasaran yang telah diceburinya. Faktor halangan tersebut lazimnya akan menyebabkan kerugian kepada syarikat jika syarikat tersebut bertindak untuk tidak lagi bersaing dalam pasaran berkenaan. Antara faktor halangan keluar ialah pelaburan modal yang tinggi dan tanggungjawab sosial terhadap pekerja dan masyarakat. Contohnya, syarikat yang bersaing dalam industri petroleum akan menghadapi kerugian yang besar jika syarikat itu berhenti bersaing dalam industri sebelum mencapai pulangan keuntungan yang tinggi kerana pelaburan kewangan yang terlibat semasa syarikat memulakan operasi adalah sangat tinggi. Lihat juga halangan kemasukan.
entry barrierhalangan kemasukanPengurusanPerancanganHalangan dalam persekitaran perniagaan yang menyekat kemasukan pesaing baharu ke dalam sesuatu industri atau bidang perniagaan. Halangan ini termasuklah sekatan yang wujud kesan daripada peraturan kerajaan, kos permulaan perniagaan yang tinggi, teknologi termaju, ekonomi skala dalam kalangan pemain industri, pembezaan produk, dan sekatan capaian kepada saluran pembekal dan pengedar. Contohnya, kesukaran pesaing baharu untuk memasuki industri pembuatan kereta kerana industri tersebut memerlukan kos permulaan perniagaan yang tinggi. Lihat juga halangan keluar.
perfect marketpasaran sempurnaPentadbiran PerniagaanTiadaPasaran sekuriti yang tidak mempunyai sebarang halangan untuk melabur. Halangan ini seperti pembahagian sekuriti yang terhad, cukai, kos urus niaga, dan kos maklumat yang tinggi.
barrierhalanganKesenianSeni BinaSekatan yang dibina untuk mengubah arah sesuatu aliran pergerakan seperti pergerakan manusia dan pergerakan angin. Halangan boleh dibuat dalam bentuk struktur penghadang daripada lantai atau lekukan pada permukaan lantai atau tanah. Halangan juga boleh dibuat dengan menggunakan tumbuh-tumbuhan melalui pendekatan landskap lembut seperti pokok-pokok renek yang ditanam secara berderetan yang berfungsi seperti pagar.
queuing theoryteori baris gilirKejuruteraanTiadaTeori yang mengubungkaitkan bilangan kenderaan yang menunggu giliran untuk melepasi kawasan halangan dengan ciri-ciri halangan seperti persimpangan, pergentingan dan plaza tol.
12345678910...

Kembali ke atas