Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.luan] | هلوان

Definisi : 1. bahagian depan perahu (kapal, bot dsb), lwn buritan: ia berdiri di ~ perahu; angin ~ angin yg datang dr depan (perahu dll); 2. yg terdahulu atau terdepan; ~ kata kata pendahuluan; 3. arah, hala, jurusan: mereka lari lintang-pukang tiada tentu ~nya; mengambil ~ mengarah ke; mengubah ~ mengubah arah; 4. cita-cita, maksud, tujuan: engkau datang ke negeriku ini apatah ada ~mu; berpaling ~ mengubah sikap dll; menukar ~ a) mengubah arah; b) menukar cita-cita (maksud, tujuan); 5. bahagian sebelah hadapan tubuh manusia, bahagian tubuh binatang dekat dgn kepalanya; ~ dempak = ~ pepat = ~ tegak haluan yg pepat; ~ hidup cita-cita hidup; ~ politik arah tujuan politik; ~ sembah NS pegawai yg menjadi perantaraan bagi orang yg hendak menghadap raja (undang); sehaluan searah, secita-cita, setujuan: mereka nampaknya ~ dan sefahaman; berhaluan mempunyai haluan: parti politik yg ~ kanan; menghaluankan mengarahkan, mencita-citakan, menujukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.luan] | هلوان

Definisi : 1 bahagian depan perahu dll: Dia berdiri di ~ perahu. 2 hala perjalanan dll; arah; jurusan: Mereka lari lintang-pukang tidak tentu ~nya. 3 sesuatu yg dihajati; maksud; cita-cita; tujuan. sehaluan satu atau sama hala; sehala; searah; setujuan (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
haluan (kata nama)
1. Bersinonim dengan arah: hala, tuju, hadap, jurusan,

2. Bersinonim dengan tujuan: matlamat, maksud, cita-cita,

3. Dalam konteks perahu
bersinonim dengan bahagian depan
Berantonim dengan buritan

Kata Terbitan : sehaluan, berhaluan, menghaluankan,

Puisi
 

Haluan sarat banyak muatan,
     Nampak cahaya batu karang;
Tuan ibarat permata intan,
     Di mana tercampak di situ terang.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Kemudi di haluan,
     bergilir ke rusuk.

Bermaksud :

Orang yang menurut nasihat atau perintah anaknya (isterinya, orang sebawahannya dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: Berkemudi di haluan, bergilir ke buritan).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
disappearing streamsungai menghilangGeografiTiadaSebuah sungai yang haluan permukaannya bertukar kepada haluan bawah tanah bila ia mengalir di sebuah kawasan batu kapur.
fire headhaluan apiPerhutananPengurusan HutanPembakaran yang berlaku tidak selari dengan arah haluan angin dan seterusnya merebak di kawasan yang bertentangan dengan arah haluan angin tersebut. Selalunya digunakan sebagai pembakaran berjalur dengan jarak garisan antara 20 � 60 m dan ia merupakan sebahagian daripada langkah berjaga-jaga terhadap perubahan arah pergerakan angin ke kawasan yang bertentangan.
coursehaluanMatematikTiadaArah perjalanan khususnya pelayaran yang dirancang, yang diungkapkan sebagai sudut pada satah mengufuk di antara garis rujukan dengan garis haluan, lazimnya diukur mengikut arah ikut jam dari garis rujukan.
soft-nose plateplat tiang haluanKejuruteraanTiadaPlat yang melengkung di atas garis air yang membentuk bahagian atas tiang haluan kapal.
coursehaluan;balapan (P.JAS), hala pelayaranFizikTiadaTiada
coursehaluan;balapan (P.JAS)MatematikTiadaTiada
coursehaluan;balapan (P.JAS), arah panduSukanTiadaTiada
coursehaluan;balapan (P.JAS), kursusPendidikanTiadaTiada
coursehaluan;balapan (P.JAS)PendidikanTiadaTiada
coursehaluan;balapan (P.JAS)PerikananTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas