Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
halus (adjektif)
1. Bersinonim dengan kecil: seni, renik,
Berantonim dengan kasar

2. Dalam konteks kulit
bersinonim dengan licin, gebu, lembut, rapi, elok,
Berantonim dengan kesat

3. Dalam konteks kelakuan
bersinonim dengan bersopan, bersantun, bersopan santun, beradab, bertertib, elok, baik, lemah lembut, halim,
Berantonim dengan kasar

4. Dalam konteks kerja
bersinonim dengan rapi, sempurna, kemas, cermat, teliti, elok, bagus,
Berantonim dengan gabas

5. Dalam konteks sindiran
bersinonim dengan tidak langsung, tidak terus terang, berlapik, beralas,

6. Dalam konteks suara
bersinonim dengan lembut, lunak, merdu, gemersik, indah, sedap,
Berantonim dengan garau

Kata Terbitan : halus-halus, berhalus, menghalusi, menghaluskan, kehalusan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
abrasivepelelasBiologiPatologiBahan halus dan keras yang dicampurkan dengan inokulum (biasanya virus), dan disembur atau digosok pada perumah untuk membantu pemindahan dan penjangkitan inokulum tersebut. Contohnya ialah arang, karborundum, tanah diatom, dan pasir.
loessloesBiologiEkologiEndapan yang homogen, tidak berlapis, tidak keras, dan terdiri, terutamanya daripada kelodak dengan sedikit pasir halus dan/atau selut.
gritstonebatu gritGeologiTiadaBatu pasir bersilika yang keras dan berbutir halus.
gannisterganisterGeologiTiada1. Kuarzit atau batu pasir berkuarza yang keras dan berbutir halus, terdiri daripada zarah kuarza subsudut yang tersimen dengan silika sekunder, dan digunakan dalam pembuatan bata silika.,2. Lapisan batuan yang terdapat di bawah lapisan batu arang di Kepulauan British.
gannisterganisterKimiaTiada1. Kuarzit atau batu pasir berkuarza yang keras dan berbutir halus, terdiri daripada zarah kuarza subsudut yang tersimen dengan silika sekunder, dan digunakan dalam pembuatan bata silika.,2. Lapisan batuan yang terdapat di bawah lapisan batu arang di Kepulauan British.
flagstonebatu ubinGeologiTiadaBatu pasir keras dan berlapis tipis biasanya bermika dan berbutir halus, yang membelah secara sekata di sepanjang satah perlapisan, dan bersaiz hingga 25 cm.
flagstonebatu ubinPertanianTiadaBatu pasir keras dan berlapis tipis biasanya bermika dan berbutir halus, yang membelah secara sekata di sepanjang satah perlapisan, dan bersaiz hingga 25 cm.
rind of lemonkulit lemon parutPentadbiran PerniagaanTiadaKulit luar lemon yang tebal dan keras yang diparut halus untuk digunakan dalam masakan.
china-stonebatu tembikarGeologiTiada1. Granit terkaolin secara separa yang mengandungi kuarza, kaolin, dan kadang kala mika dan fluorit, dan lebih keras daripada batuan lempung cina.,2. Batu lumpur atau batu kapur berusia karbon yang padat dan berbutir halus, ditemui di England dan Wales.
kepayangkepayangPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Pangium edule daripada famili Flacourtiaceae. Gubal kayu kepayang sukar dibezakan, dan biasanya berwarna kuning pucat atau kuning coklat. Tekstur kayunya halus dan sekata dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 415 hingga 705 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang lembut hingga sederhana keras dan ringan sederhana berat.
12345678910...

Kembali ke atas