Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hamba (kata nama)
1. Dalam konteks ganti nama diri
bersinonim dengan pacal, patik, beta, saya, aku, ana, hamba tuanku,

2. Bersinonim dengan orang suruhan: sahaya, abdi, khadam, orang gaji, orang bawahan, kuli, babu, budak belian, pengikut, penolong, pacal, pecacal, ulum, dayang, budak tebusan, beti-beti,
Berantonim dengan tuan

Kata Terbitan : berhamba, menghamba, menghambakan, perhambaan, perhambaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Soalan "Izinkan ___________ menghadap, ____________," sembah Laksamana Hassan. Ingin bertanya tentang jawapan bagi tempat kosong di atas. Mana kata ganti nama diri yang betul? A. patik, tuanku B. patik, baginda C. hamba, tuanku D. hamba, baginda Mohon jelaskan jawapan.Jawapan yang tepat ialah A. patik, tuankuLain-lain09.04.2021
Minta tuan betulkan jika pernyataan di bawah ini ada kesalahan penggunaan kata ganti nama orang . Jika sesama pembesar , Penggunaan kata ganti nama (hamba..tuan hamba) . Jika pembesar dengan sultan/raja ( patik...tuanku). Jika rakyat jelata/biasa dengan sultan/raja (hamba atau patik ...tuanku). Terima kasih

Sila rujuk penggunaan kata ganti nama yang berikut:

hamba dan tuan hamba - Tuan hamba merupakan kata sapaan yang banyak dipakai dalam sastera lama yang merujuk tuan, digunakan dalam situasi komunikasi antara dua orang. Orang yang dilawan berbicara disapa sebagai tuan hamba dan orang yang berbicara dikenali sebagai hamba.

patik, hamba, tuanku - Patik juga merujuk hamba/saya (dipakai semasa bercakap dengan raja) dan tidak dijelaskan taraf yang orang yang berbicara itu sama ada pembesar atau rakyat jelata.

Tatabahasa10.05.2010
1. "Mengapakah _______ bertitah demikian?" tanya Datuk Penghulu kepada Putera Aziz. Jawapannya Tuanku atau Baginda?? 2. Siapakah yang boleh menggunakan "bertitah" ? Raja & Sultan sahaja? 3. Apakah perbezaan antara hamba & tuan hamba? Bolehkah beri contoh? TQ1.  Baginda - kata ganti nama diri ketiga bagi raja atau sultan
 Tuanku - yg mulia (digunakan apabila bercakap dgn raja); kata ganti nama diri kedua bagi raja atau sultan.
jawapan tepat ialah Tuanku.

2. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, bertitah bermaksud berkata, memberi perintah yang merupakan bahasa dalam, bahasa istana. Hanya digunakan oleh Sultan atau Raja.

3. hamba dan tuan hamba - Tuan hamba merupakan kata sapaan yang banyak dipakai dalam sastera lama yang merujuk tuan, digunakan dalam situasi komunikasi antara dua orang. Orang yang dilawan berbicara disapa sebagai tuan hamba dan orang yang berbicara dikenali sebagai hamba.Contoh: " Tuan hamba tinggal di mana?"

patik, hamba, tuanku - Patik juga merujuk hamba/saya (dipakai semasa bercakap dengan raja) dan tidak dijelaskan taraf yang orang yang berbicara itu sama ada pembesar atau rakyat jelata.

Tatabahasa03.08.2012
Adakah kata ganti diri "hamba " terutamanya golongan yang hina dina boleh digunakan ketika menghadap Sultan atau raja ? contohnya: "Ampun tuanku, hamba yang hina dina ini menjunjung duli," kata nelayan tua itu kepada Sultan Alaudin Shah.Kata ganti nama yang digunakan semasa menghadap sultan ialah patik. Kata hamba dina biasanya digunakan dalam hikayat-hikayat lama. Tatabahasa23.03.2008
Kepada yang arif, Pertanyaan saya ialah: Bolehkah "tuanku" dirujukkan sebagai "tuan aku"? Aku sebatang pen, tuanku sayang akan aku. Betulkah penggunaan tuanku dalam ayat ini? Jika tuanku digunakan sebagai gelaran kepada raja, perlukah ditulis dengan huruf besar "Tuanku"? Terima kasih Yang benar, LauPerkataan tuanku boleh bermaksud tuan aku atau dipendekkan menjadi tuanku (tuan + ku). Tuanku dalam percakapan rakyat/hamba dengan raja ditulis dengan huruf besar.Tatabahasa03.04.2012
"Ampun tuanku, patik/hamba tidak berniat berbuat begitu," sembah penyamun kepada Sultan Azizah. Perkataan 'patik' atau 'hamba' yang manakah tepat untuk orang seperti pencuri/penyamun/perompak bergelar diri apabila menghadap sultan/kerabat diraja?Untuk makluman, kata ganti nama 'patik' digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja, manakala kata ganti nama 'hamba' untuk merendah diri yang bermaksud saya. Oleh itu, orang biasa dan orang yang berjawatan menggunakan kata ganti nama diri 'patik' apabila bercakap dengan raja. Kata ganti nama diri pertama `hamba' pula sering digunakan oleh masyarakat atau rakyat biasa pada zaman dahulu yang bermaksud `saya. Sehubungan dengan itu, dalam konteks ayat yang diberikan, tuan/puan hanya perlu menggunakan konsep yang sama sebagai rujukan.Tatabahasa27.10.2015
Salam sejahtera. Apakah jawapan yang paling tepat bagi ayat ini? "Beta tidak akan memberikan keampunan kepada ( )!" sabda Sultan Muadzam kepada Bendahara dengan murka. A kamu B tuanku C tuan hamba D hamba E awak/engkau/anda Ribuan terima kasih !Ayat yang betul ialah “Beta tidak akan memberikan keampunan kepada tuan hamba”.Lain-lain22.01.2022
"Mengapakah ______________ bertitah demikian?" tanya Datuk Penghulu kepada Putera Zaid. A patik B tuanku C hamba D baginda Jawapan : D diberi Saya rasa B juga betul sekiranya Datuk Penghulu ingin tahu apa yang yang dititahkan oleh Putera Zaid. Sultan berkata kita guna bertitah, bagaimana pula putera, puteri, permaisuri berkata guna bertitah atau tidak.Jawapan yang paling tepat ialah baginda kerana kata ganti nama tuanku digunakan apabila berkata-kata dengan raja sahaja. Titah khusus kepada raja atau sultan sahaja.Tatabahasa25.07.2012
"Jika tuanku izinkan, () mohon turut serta dalam rombongan tersebut," sembah Tun Ali kepada Sultan Mansuh Atuan hamba Bhamba Cbeta Dberlepak-lepak Mana satu yang betul Terima kasihJawapan:

"Jika tuanku izinkan, hamba mohon turut serta dalam rombongan tersebut," sembah Tun Ali kepada Sultan Mansuh.
Lain-lain22.03.2022
Yg mana satu betul? "------- akan segera mengadap sultan apabila tiba di Melaka nanti," kata Laksamana Hang Tuah kepada sahabat-sahabatnya. A. Patik B. Hamba C. Tuanku D. Beta Dlm penerangan encik...hamba digunakan utk merendahkan diri... Manakala patik dgunakan ketika brckap dgn raja...Jd knapa jwpannya 'patik' ....sdangkan laksamana hang tuah bckap dgn sahabatnya...Kami memohon maaf atas kesilapan jawapan yang diberikan. Pihak kami telah menghantar e-mel  kepada saudara pada tarikh yang sama jawapan diberikan (5/2/2013) untuk pemberitahuan kesilapan kesalahan jawapan KNDBP.

Jawapan yang tepat ialah hamba. Kami memohon maaf atas kesilapan yang diberikan tempoh hari.
Tatabahasa06.02.2013
123

Kembali ke atas