Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; berhamburan 1. bertaburan me­rata-rata (ke sana sini): padi ~ dr guni yg bocor; 2. berselerak, berserak-serak, ber­sepah-sepah; 3. ki bercucuran, berderai-derai (air mata): ia tidak berkata apa-apa pun hanya air matanya sahaja yg ~; menghamburi menaburi, menyebar pd: se­telah mayat dimakamkan kubur pun di­hamburi bunga; menghamburkan 1. menaburkan, mene­bar­kan, menyebar(kan): ia ~ pasir dlm lori ke atas tanah yg sedang ditambak; ~ jala; 2. membuang-buang, memboroskan (wang dll): kerjanya ~ wang sahaja; 3. mencurah­kan, mengeluarkan (dgn banyak): ~ air mata; ~ kata-kata mengeluarkan kata-kata dgn banyak (memarahi dll); terhambur tertabur, tersebar, terselerak: apabila ruangan debunga pecah, debu­nganya pun ~ keluar; hamburan sesuatu yg dihamburkan; penghamburan perihal (perbuatan dsb) menghamburkan: ~ perasaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; berhamburan 1 keluar bertabur-tabur ke sana ke sini: Beras ~ dr guni yg bocor. 2 bersepah-sepah; bersele­rak; berserak-serak: Dia memungut kertas yg ~ di lantai. 3 ki keluar bertitik-titik (bkn air mata); bercucuran; berderai-derai: ~lah air matanya apabila mendengar berita yg menyedihkan itu. menghamburi membuang-buang atau menaburkan sesuatu (bunga dll) pd; menaburi: Kedua-dua mempelai itu dihamburi bunga rampai. menghamburkan 1 membuang sesuatu (bunga dll) merata-rata; menyebarkan; menaburkan: Orang ramai telah ~ bunga ke kereta rombongan baginda. 2 mengeluarkan banyak-banyak; mencurahkan: Dia ~ air mata kerana sedih mengenangkan anaknya yg telah tiada. Semasa berlaku ledakan gubung berapi, magma dihamburkan ke atas bersama benda-benda lain. terhambur tertabur; tersebar; terselerak. hamburan sesuatu yg dihamburkan atau yg terhambur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hambur
Kata Terbitan : berhamburan, menghamburi, menghamburkan, terhambur, hamburan, penghamburan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
round-offhambur hadapSukanTiadaHambur hadap: Pergerakan akrobatik yang menukar hala hadap. Sinonim : arab spring
handspring vaultlombol hambur terbangSukanTiadaHambur terbang yang dilakukan atas kekuda lombol.
free walkover forwardhambur tangan layangSukanTiadaHambur tangan tanpa sokongan tangan. Sinonim : aerial walkover forward
free round-offhambur arab layangSukanTiadaHambur arab tanpa sokongan tangan.
aerial walkover forwardhambur tangan layangSukanTiadaHambur tangan tanpa sokongan tangan.
handspringhambur tanganPendidikanTiadaTiada
handspringhambur tanganPendidikanTiadaTiada
catspringhambur kucing (Gimnastik)SukanTiadaTiada
castspringhambur kucing (Gimnastik)SukanTiadaTiada
handspringhambur tanganSukanTiadaTiada
1234

Kembali ke atas