Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.mil] | حاميل

Definisi : 1. mengandung, bunting: maka raja perempuan pun ~lah, setelah genap bulan­nya maka beranak seorang laki-laki; 2. kandungan: ~ perempuan itu terlalu besar; menghamili menyebabkan seseorang me­ngan­dung: selepas ia ~ isterinya ia pun tak pulang-pulang; Khun Rea menyebar fitnah menyatakan Tok Raja ~ Sucinda; menghamilkan 1. membuntingkan, me­ngan­dungkan (dlm keadaan pd ketika bayi dalam kandungan): perempuan itu sangat sihat ketika ~ anak sulung; 2. menghamili; kehamilan keadaan hamil, masa sedang hamil: bilangan wanita yg berjumpa dgn doktor dan bidan pd awal ~ sedang bertam­bah di Malaysia; ~ ektopik (Ubat) kehamilan di luar rahim; ~ palsu keadaan wujudnya tanda-tanda ke­hamilan spt tidak datang haid dan perut yg membesar tetapi tidak ada janin akibat adanya tumor atau ketidakseimbangan hormon; penghamilan perihal menghamilkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.mil] | حاميل

Definisi : mempunyai anak dlm kandung­an; mengandung; bunting (bkn orang perempuan): Isterinya sedang ~. menghamili menyebabkan hamil; membuntingi: Selepas dia ~ isterinya, dia tidak pulang-pulang. menghamilkan sedang mengandung (anak); membuntingkan: Suaminya meninggal ketika ia ~ anaknya yg sulung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hamil (adjektif)
Bersinonim dengan mengandung, bunting, sarat, berbadan dua, bertian, besar perut;,
Kata Terbitan : menghamilkan, kehamilan,

Peribahasa

Berputik dulu baru berbunga,
     buahnya jarang dimakan beruk (= monyet).

Bermaksud :

Perempuan yang hamil sebelum kahwin.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Potret Hamil Seorang IsteriHaron A. HMingguan Malaysia (Sudut Sastera)30.07.2000
6 remaja hamil semingguSiti Fatimah HassanHarian Metro03.05.2007
Puteri Intan HamilMarzuki Nyak AbdullahMingguan Wanita01.05.1987
Panduan untuk wanita hamilKhatijah Abdul RahimUtusan Malaysia16.09.1995
Wanita berjihad ketika hamilRadzuan GhazaliUtusan Malaysia14.07.1998
Bagaimana kalau lelaki hamil?Abd. Wahab HamzahUtusan Malaysia14.01.1995
DI Sisi Malam Yang HamilMohd. Nasir HassanBerita Minggu (Sastera dan Budaya)10.02.2002
Kedah wujudkan TSBKHamil AsadiBerita Harian07.07.1994
Cerpen yang baik seperti wanita hamil cukup bulanAyub YassinBerita Harian21.07.1974
Cerpen yang baik saperti wanita hamil cukup bulanAyub YassinBerita Harian04.07.1974
12

Kembali ke atas