Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.mis] | هاميس

Definisi : busuk spt bau kambing (terutama dagingnya) atau bau lembu (peluh dsb); kehamisan perihal hamis, bau hamis: ~ daging kambing dapat dihilangkan dgn mencucinya dgn tepung gandum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.mis] | هاميس

Definisi : berbau busuk spt bau kambing dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hamis (adjektif)
Bersinonim dengan busuk, bau peluh, bau kambing, bau lembu.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bau hamis boleh digunakan untuk manusia?

Kata 'hamis' selalunya digunakan untuk menerangkan bau pada binatang atau haiwan. Kata ini kurang  sesuai digunakan untuk manusia.

Lain-lain07.07.2008
Ahmad hampir termuntah apabila tercium bau darah yang .............. itu. A. hamis B. hanyir Mohon diberi penjelasan.Ahmad hampir termuntah apabila tercium bau darah yang hanyir itu. darah lazimnya dikaitkan dengan bau hanyir seperti bauk ikan, manakala hamis ialah bau kambing.Tatabahasa10.07.2015
Askm... Ingin bertanya berkenaan perkataan HAMIS, adakah boleh digunakan untuk bau ikan? Terima kasihBagi bau ikan, perkataan yang paling sesuai ialah hanyir.Tatabahasa24.07.2013
Apakah perkataan untuk menerangkan santan yang sudah busuk? Bau hamis atau tengik?

Puan Shela terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Kebiasaannya santan yang telah busuk dikatakan santan yang dah basi. Terima kasih

Istilah15.07.2009
Apakah kata adjektif yang sesuai untuk bau peluh dan bau darah?Kata adjektif untuk bau peluh ialah hamis, darah pula ialah busuk.Tatabahasa19.08.2010
apakah kata adj. untuk menyebut bau binatang sperti kuda . lembu , kambing dll. Sekian terima kasih

Cadangan kami ialah hamis.

Makna27.04.2010

Kembali ke atas