Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ham.pa] | همڤا

Definisi : 1. kosong, tidak berisi: ketika pagi hari dilihatnya lukahnya ~; padi yg ~ itu dibuangkan; 2. = ~ hati ki kecewa: alangkah ~ hatinya apabila orang yg ditunggunya tidak kunjung tiba; 3. ki tidak ada hasil, sia-sia, gagal: rombongan peminangan itu pulang dgn ~ kerana peminangan mereka ditolak; dgn tangan ~ tidak berhasil, tidak mendapat apa-apa; 4. ki tidak berilmu, bodoh, dungu: tidak ada gunanya bertanya pd orang yg ~; ~ beras butir-butir padi yg tidak berisi; ~ berat padi yg tidak cukup penuh isinya (hujung padi); ~ hati gagal, kecewa; ~ udara Id tidak berisi udara; yg ~ biar terbang yg bernas biar tinggal prb yg tidak berguna itu biarlah hilang tetapi yg baik biarlah tinggal; berhampa; ~ tangan tidak mendapat apa-apa (hasil); menghampakan 1. mengosongkan: perahu­nya itu dihampakannya dan diperbaikinya; 2. membiarkan (pulang dll) dgn tangan hampa, mengecewakan; 3. menimbulkan rasa hampa: mati yg ~; kehampaan 1. perasaan kecewa (kerana tidak mendapat, menemui, mencapai dsb se­suatu yg dihajati atau dicita-citakan), keke­cewaan: kebanyakan para orientalis me­nyatakan ~ mereka terhadap kekurangan tradisi kesusasteraan Islam; ia pergi dlm ~; 2. ki ketiadaan pengetahuan, kebodohan, kedunguan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ham.pa] | همڤا

Definisi : 1 tidak berisi (bkn padi); kosong: Padi yg ~ itu dibuangnya. 2 tidak berjaya mencapai cita-cita; kecewa; gagal; sia-sia: Akhirnya, pd 17 Januari 1912, pasukan Kapten Scott itu pun sampailah di Kutub Selatan dan alangkah ~nya mereka kerana bendera Norway telah sedia berkibar di situ. menghampakan 1 membuat menjadi hampa; mengosongkan. 2 menyebabkan berasa hampa atau kecewa; membiarkan pulang dll dgn tangan kosong (tidak berhasil dll); mengecewa­kan: Dia meminta maaf kerana telah ~ harapan ayahnya. kehampaan keadaan atau perasaan hampa; kekosongan; kekecewaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hampa (adverba)
1. Bersinonim dengan kosong: tidak berisi, lompong, keropong, gerohong,
Berantonim dengan berisi

2. Bersinonim dengan kecewa: putus asa, putus harap, patah hati, tercanggung,

3. Bersinonim dengan sia-sia: gagal, tidak berhasil, tidak berjaya,
Berantonim dengan berjaya

4. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan bodoh, dungu, tidak berilmu,

Kata Terbitan : menghampakan, kehampaan,

Puisi
 

Apa guna padi hampa,
     Padi hampa dimakan ulat;
Apa kurang kepada hamba,
     Kapal di laut gedung di darat.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Menjual petai hampa.

Bermaksud :

Membual; omong kosong.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
empty6. vacant, not expressive, hampa: he was disturbed to see her ~ gaze, dia terganggu melihat renungannya yg hampa; 7. (colloq) hungry, lapar: I’m feeling rather ~, let’s have lunch, saya berasa lapar sedikit, mari kita makan tengah hari; on an ~ stomach, /semasa, ketika/ perut kosong; 8. devoid, tanpa: a life ~ of happiness, kehidupan tanpa kebahagiaan; 9. without sense or knowledge, foolish, tdk /berakal, berotak/: an ~ head, kepala tdk berakal; 10. (colloq) drained of emotion, hampa: the experience has left him with an ~ heart, pengalaman itu menjadikan hatinya hampa; 11. (math) kosong;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tailhave o’s ~ between o’s legs, berasa hampa dan kecewa: he came back after the interview with his ~ between his legs, dia pulang dgn berasa hampa dan kecewa selepas temu duga itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
disillusionedadj kecewa, hampa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
disappointedadj 1. unhappy because expectation is not fulfilled, kecewa, hampa: he’s ~ that you turned down the offer, dia kecewa krn kamu menolak tawaran itu; 2. frustrated, hancur: ~ hopes, harapan yg hancur.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
let 1 ~ so. down, (act.), /mengecewakan, menghampakan/ sso; (pass.) sso /kecewa, hampa/: he can be depended on never to ~ anyone down, dia boleh diharapkan krn dia tdk pernah mengecewakan sesiapa pun; they felt they had been badly ~ down by the management, mereka berasa mereka telah dikecewakan oleh pihak pengurusan; ~ st down, a. lower st, menurunkan sst, membawa sst turun: he ~ the ladder down into the basement, dia menurunkan tangga itu ke tingkat bawah tanah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
let 1 ~ so. down, (act.), /mengecewakan, menghampakan/ sso; (pass.) sso /kecewa, hampa/: he can be depended on never to ~ anyone down, dia boleh diharapkan krn dia tdk pernah mengecewakan sesiapa pun; they felt they had been badly ~ down by the management, mereka berasa mereka telah dikecewakan oleh pihak pengurusan; ~ st down, a. lower st, menurunkan sst, membawa sst turun: he ~ the ladder down into the basement, dia menurunkan tangga itu ke tingkat bawah tanah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dashedadj (euphem) see DAMNED (senses 2. & 3.); be ~, berasa /hampa, kecewa/: he was somewhat ~ by the news, dia berasa agak kecewa mendengar berita itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
disappointvt 1. fail to fulfil hope, expectation of, (act.) mengecewakan, menghampakan; (pass.) kecewa, hampa: they ~ed us by not coming as planned, mereka mengecewakan kami krn tdk datang spt yg dirancang; she is unreliable and will ~ you, dia tdk boleh diharapkan dan akan mengecewakan kamu; 2. frustrate, (act.) menghancurkan; (pass.) hancur: to ~ a person’s plans, menghancurkan rancangan sso;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
let-downn (colloq) mengecewakan, menghampakan: after all the publicity the show was a real ~, selepas diberi publisiti yg meluas, pertunjukan itu sungguh mengecewakan; be in for a ~, akan (berasa) /kecewa, hampa/: I fear they’re in for a big ~, saya khuatir mereka akan berasa sangat kecewa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
let-downn (colloq) mengecewakan, menghampakan: after all the publicity the show was a real ~, selepas diberi publisiti yg meluas, pertunjukan itu sungguh mengecewakan; be in for a ~, akan (berasa) /kecewa, hampa/: I fear they’re in for a big ~, saya khuatir mereka akan berasa sangat kecewa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas