Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hampir (adverba)
1. Dalam konteks jarak
bersinonim dengan dekat, rapat,
Berantonim dengan jauh

2. Dalam konteks masa
bersinonim dengan tidak lama lagi, sedikit masa lagi, sekejap lagi, sebentar lagi,

Kata Terbitan : hampir-hampir, berhampiran, menghampiri, menghampirkan, kehampiran,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Cold resistanceResistans sejukPertanianAgronomi

Keupayaan tumbuhan untuk bertahan dalam keadaan suhu yang terlalu sejuk, iaitu pada aras hampir beku atau di bawah beku. Contohnya, tanaman hem yang digunakan untuk menghasilkan serat ditanam di kawasan latitud 61o hingga 65o utara, yang mengalami suhu rendah walaupun pada musim bunga atau musim panas. Biji benih hem dapat bercambah pada suhu 1oC hingga 2oC dan anak benih mampu menahan suhu serendah -5oC tanpa sebarang kecederaan.

freezing pointtakat bekuSainsHidrometeorologiTakat suhu yang padanya cecair akan membeku dalam sebarang keadaan yang ditemui. Ia mungkin sama atau tidak dengan takat lebur atau takat yang ditakrif dengan lebih tegar, iaitu titik beku sebenar atau (bagi air) takat ais. Ia bukannya suatu sifat keseimbangan sesuatu bahan; ia digunakan hanya untuk fasa bendalir. Takat beku bergantung pada: kemurnian cecair; isipadu dan bentuk jisim cecair; keterdapatan nukleus pembeku; dan tekanan yang bertindak ke atas cecair berkenaan. Takat beku ialah suatu sifat kebergantungan larutan dan menjadi rendah berkadaran dengan penambahan jumlah jisim terlarut. Oleh sebab air semula jadi hampir pasti mengandungi sedikit larutan, takat bekunya biasanya rendah sedikit daripada 0oC. Contohnya, sampel pukal air laut biasa membeku pada lebih kurang �1.9oC. Istilah juga disebut takat beku ketara.
snow flakeemping saljiSainsHidrometeorologiAgregat hablur ais yang terdapat dalam pelbagai bentuk yang tak terhingga. Pada suhu yang sangat rendah kepingannya kecil dan mempunyai struktur yang mudah. Pada suhu hampir takat beku, setiap kepingan boleh mengandungi hablur ais yang besar, kebanyakan berbentuk bintang, dan kepingan salji boleh mencapai garis pusat sehingga beberapa inci. Dalam udara tenang, kepingan yang bergaris pusat antara 3 � 10 inci pernah dilaporkan.
freezing levelaras bekuSainsHidrometeorologiDalam peristilahan penerbangan, altitud terendah dalam atmosfera yang udaranya bersuhu 0�C. Konsep mudah ini menjadi rumit sedikit dengan adanya satu lapisan atau lebih yang melebihi takat beku yang terbentuk oleh pembalikan suhu di altitud lebih tinggi daripada aras beku seperti yang ditakrifkan di atas. Dalam peristilahan fizik awan, konsep ini lebih tepat diistilahkan sebagai aras lebur kerana peleburan ais selalunya berlaku pada suhu hampir sekali dengan 0�C, tetapi titis cecair awan mungkin berkeadaan adisejuk pada suhu yang jauh lebih rendah.
thawing/dilutionpencairanMakanan dan PemakananTeknologi Makanan1. Proses mencairkan ais dalam sesuatu makanan sejuk beku. Secara komersial, makanan sering dicairkan pada suhu hampir di bawah takat sejuk beku dengan menggunakan air suam, udara lembap atau pemasanan gelombang mikro. 2. Proses menjadikan sesuatu bahan kurang pekat daripada asal dengan memindahkan sejumlah kecil bahan ke dalam pencair seperti air suling. Contohnya 1/10 atau 10-1 atau 10 kali lebih cair daripada sampel asal. Dari segi ujian mikrobiologi kehadiran mikroorganisma dalam pencairan yang tinggi menunjukkan banyaknya bilangan mikroorganisma.
nitrogennitrogenKimiaTiadaUnsur bukan logam dalam kumpulan VA (atau 15) jadual berkala, simbol N, nombor atom 7, berat atom 14.0, nombor pengoksidaan -3, +2, +3, +4, dan +5, takat beku -210°C, takat didih ‑195.5°C, berbentuk gas dwiatom, tidak berwarna, tidak berbau, tidak terbakar dan tidak membantu pembakaran, tidak reaktif, dan terdapat dua isotop, iaitu N-14 dan N-15. Hampir 78% kandungan udara terdiri daripada gas nitrogen. Nitrogen diperoleh secara penyulingan berperingkat udara cecair atau secara penguraian terma azida. Gas ini digunakan dalam penyediaan asid nitrik, ammonia, bahan letupan dan digunakan juga sebagai bahan penyejuk dan pengantioksida.

Kembali ke atas