Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hampir (adverba)
1. Dalam konteks jarak
bersinonim dengan dekat, rapat,
Berantonim dengan jauh

2. Dalam konteks masa
bersinonim dengan tidak lama lagi, sedikit masa lagi, sekejap lagi, sebentar lagi,

Kata Terbitan : hampir-hampir, berhampiran, menghampiri, menghampirkan, kehampiran,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
peritomyperitomiPerubatanTiadaInsisi hampir keseluruhan tisu konjunktiva dan subkonjunktiva di sekeliling kornea, yang biasanya digunakan sebagai suatu kaedah untuk mengeluarkan biji mata.
parallel extinctionpemadaman selariGeologiTiadaPenyerapan hampir keseluruhan cahaya yang merambat dalam hablur anisotrop pada arah yang selari dengan garis bentuk hablur atau surihan satah ira.
skimmed milksusu skimMakanan dan PemakananMakananSusu yang diperoleh dengan mengeluarkan hampir keseluruhan lemak yang terkandung dalam susu segar. Susu skim hendaklah tidak mengandungi lebih daripada 0.5% lemak susu dan hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 8.5% pepejal susu bukan lemak.
atomic nucleusnukleus atomKejuruteraanTiadaBahagian tengah atom yang bercas positif dan mempunyai hampir keseluruhan jisim atom tetapi mewakili isi padu yang kecil.
voluntary muscleotot voluntariPerubatanTiadaSebarang otot yang dapat dikawal oleh kemahuan atau akal. Hampir keseluruhan otot ini terdiri daripada otot jalur.
atomic nucleusnukleus atomKimiaTiadaPusat atom yang bercas positif dan terdiri daripada proton dan neutron (kecuali hidrogen yang hanya mempunyai satu proton). Hampir keseluruhan jisim atom tertumpu pada nukleus walaupun jisim ini Cuma memenuhi isi padu yang kecil. Kewujudan nukleus atom mula dicadangkan oleh Rutherford daripada keputusan uji kaji penyerakan zarah alfa.
enzymeenzimMakanan dan PemakananTeknologi MakananProtein yang dihasilkan oleh tisu hidup dalam tumbuhan dan haiwan, yang memangkinkan tindak balas biokimia. Enzim diperlukan untuk hampir keseluruhan aktiviti sel dan memerlukan koenzim untuk berfungsi. Enzim lazimnya dinamakan dengan menambah �ase� di bahagian hujung nama sebatian yang bertindak balas dengannya.
Microcos tomentosaCenderaiPertanianTiadaPokok daripada famili Tiliaceae, jenis kecil hingga sederhana tinggi yang hidup liar di belukar dan hutan sekunder. Kanopinya padat berbentuk bulat. Batangnya berwarna kelabu keperangan. Hampir keseluruhan pokok berbulu halus. Pucuk mudanya berwarna merah jambu keperangan. Daunnya bujur panjang atau obovat. Permukaan bawah daun berwarna hijau keputihan. Bunganya kecil, berwarna kuning dan berbau harum. Buahnya kecil dan berbiji satu. Buah muda hijau dan yang masak berwarna hitam. Buah yang masak rasanya manis dan boleh dimakan. Air rebusan akar daun cenderai diminum untuk mengubati demam dan sakit perut. Daunnya dibuat ubat pupuk untuk meredakan gatal-gatal kulit. Daun dan kulit batang digunakan sebagai ubat sapu untuk meredakan cirit-birit dan sakit perut. Buih yang terhasil daripada ranting yang dibakar digunakan untuk menghilangkan parut kudis.
Microcos tomentosacenderaiHerbaBotani dan BioteknologiPokok daripada famili Tiliaceae, jenis kecil hingga sederhana tinggi yang hidup liar di belukar dan hutan sekunder. Kanopinya padat berbentuk bulat. Batangnya berwarna kelabu keperang-perangan. Hampir keseluruhan pokok berbulu halus. Pucuk mudanya berwarna merah jambu keperang-perangan. Daunnya bujur panjang atau obovat. Permukaan bawah daun berwarna hijau keputih-putihan. Bunganya kecil, berwarna kuning dan berbau harum. Buahnya kecil dan berbiji satu. Buah muda berwarna hijau dan buah masak berwarna hitam. Buah yang masak rasanya manis dan boleh dimakan. Air rebusan akar daun cenderai diminum untuk mengubati demam dan sakit perut. Daunnya dibuat ubat pupuk untuk meredakan gatal-gatal kulit. Daun dan kulit batang digunakan sebagai ubat sapu untuk meredakan cirit-birit dan sakit perut. Buih yang terhasil daripada ranting yang dibakar digunakan untuk menghilangkan parut kudis.
aqd tawthiqakad bertulisPerniagaan IslamTiadaAkad secara bertulis oleh dua pihak berakad sebagai bukti urusan akad. Contohnya, akad hutang yang dilakukan secara bertulis untuk menjamin pemiutang supaya mendapat bayaran balik hutang yang diberi kepada penghutang. Hampir keseluruhan akad semasa dibuat secara bertulis seperti akad kafalah, hiwalah dan gadaian.
12

Kembali ke atas