Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hampir (adverba)
1. Dalam konteks jarak
bersinonim dengan dekat, rapat,
Berantonim dengan jauh

2. Dalam konteks masa
bersinonim dengan tidak lama lagi, sedikit masa lagi, sekejap lagi, sebentar lagi,

Kata Terbitan : hampir-hampir, berhampiran, menghampiri, menghampirkan, kehampiran,

Puisi
 

Siti Zubaidah menjadi raja,
     Menjadi raja negeri China;
Malam sudah berpandang mata,
     Jika tak hampir menjadi gila.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cirrostratussirostratusMeteorologiMeteorologi PerhubunganGenus awan, tampak seperti kerudung putih, biasanya berserabut, tetapi kadang-kadang rata dan mungkin menutupi langit keseluruhannya; sering menghasilkan fenomena 'halo', sebahagian ataupun sepenuhnya. Kadang-kadang tampak berpita-pita tetapi di antara pita terdapat kerudung awan yang lebih nipis. Tepi kerudung sirotratus sering berbentuk tidk teratur dan bertepi tirus, tetapi juga mungkin lurus dan jelas. Terdapat hablur ais dalam awan yang cukup besar untuk jatuh sehingga kelihatan seperti serabut. Sirostratus kadang-kadang nipis dan lut cahaya hingga hampir-hampir tak dapat dikenali, terutama apabila melalui kabut atau pada waktu malam. Sirostratus dihasilkan daripada penggabungan unsur-unsur sirus; atau sirokumulus; atau altostratus. Singkatan Cs.
harvest moonbulan panen/bulan tuaiMatematikTiadaBulan penuh yang berlaku paling hampir dengan ekuinoks musim luruh, 23 September. Secara purata, bulan naik kira-kira 501/2 minit lewat daripada malam yang sebelumnya. Bulan penuh naik pada waktu matahari terbenam.
objective forecastramalan objektifMeteorologiMeteorologi PerhubunganRamalan cuaca yang keseluruhannya berdasarkan penerapan peraturan atau persamaan termodinamik, hidrodinamik atau statistik kepada unsur-unsur meteorologi terpilih tanpa mengambil kira pertimbangan peribadi peramal. Ramalan cuaca berangka merupakan contoh ramalan yang hampir keseluruhannya objektif. Contoh yang lebih mudah termasuklah ramalan suhu malam minimum atau ramalan kabut sinaran dengan menggunakan kebanyakannya peraturan empirik berdasarkan nilai cerapan unsur seperti suhu, takat embun, kelajuan angin, dan banyaknya awan.
objective forecastramalan objektifSainsHidrometeorologiRamalan cuaca yang keseluruhannya berdasarkan penerapan peraturan atau persamaan tunggal, atau gabungan peraturan atau persamaan kepada cerapan unsur-unsur meteorologi tercerap dan terpilih; oleh itu pertimbangan peribadi peramal lenyap sama sekali. Ramalan cuaca berangka merupakan contoh ramalan yang hampir keseluruhannya objektif. Contoh yang lebih mudah termasuklah ramalan suhu malam minimum atau ramalan kabut sinaran dengan menggunakan kebanyakannya peraturan empiris berdasarkan nilai cerapan unsur seperti suhu, takat embun, kelajuan angin, dan banyaknya awan.
shamalshamalMeteorologiMeteorologi PerhubunganAngin barat laut yang panas, kering, dan berdebu lajunya jarang melebihi 50 kmsj yang bertiup di lembah rendah Iraq dan Teluk Parsi. Angin ini datang secara tiba-tiba pada sebarang masa dan selalunya berlaku selama satu hingga lima hari, lemah pada waktu malam dan kuat pada waktu siang. Pada bulan Jun dan awal Julai, angin ini bertiup secara berterusan hampir tanpa henti (shamal 40 hari atau shamal besar). Ketika angin ini bertiup, langit biasanya tidak berawan tetapi selalunya berjerubu tebal yang akan menghalang penglihatan dan membahayakan pengemudian.

Kembali ke atas