Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hampir (adverba)
1. Dalam konteks jarak
bersinonim dengan dekat, rapat,
Berantonim dengan jauh

2. Dalam konteks masa
bersinonim dengan tidak lama lagi, sedikit masa lagi, sekejap lagi, sebentar lagi,

Kata Terbitan : hampir-hampir, berhampiran, menghampiri, menghampirkan, kehampiran,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kaki tiungpadi yg hampir masak;Kamus Dewan Edisi Keempat
galu-galuMn padi yg hampir masak (baik utk dibuat emping).Kamus Dewan Edisi Keempat
sering VIKl kering (air dlm nasi yg hampir akan masak).Kamus Dewan Edisi Keempat
lasuKd terlalu masak (buah-buahan), hampir layu (sayur-sayuran).Kamus Dewan Edisi Keempat
pinang Isj tumbuhan (palma yg buahnya di­makan dgn sirih), Areca catechu; ~ kotai = ~ kosi a) buah pinang tua yg dikeringkan; b) sj binatang spt halipan, gong­gok; c) Kl orang bodoh yg mempunyai sifat­-sifat kekerasan; ~ masak a) warna kuning kemerah-merahan; b) buah pinang yg sudah masak; ~ muda a) buah pinang yg masih muda; b) alku, muncikari; ~ raja sj tumbuhan (palma), Cyrtostachya lakka; ~ sebatang a) tidak mempunyai sanak saudara; b) ki kurus dan tinggi; spt ~ dibelah dua prb dua orang (suami isteri, teman dll) yg hampir-hampir serupa (sama cantik dan sama padan); ~ pulang ke tampuk prb sudah cocok benar (sudah pd tempatnya); ~ tua merah ekor prb, Mn perempuan yg sudah berumur tetapi berkelakuan spt perem­puan muda; bak ~ dianduh, putus tali dia berdiri prb, Mn melakukan sesuatu pekerjaan kerana dipaksa; darah baru setampuk ~ prb masih muda benar; kasihkan ~ sebatang drpd aur serumpun prb, Mn lebih sayang kpd orang lain drpd kaum keluarga sendiri.Kamus Dewan Edisi Keempat
tua I1. sudah lama hidup, sudah lanjut usia (tidak muda lagi), sudah berumur: ibunya sudah ~, sudah berumur 60 tahun; anak dara ~ anak dara yg agak lanjut umurnya; bujang ~ teruna yg agak lanjut umurnya; hari (masa) ~ masa ketika umur sudah lanjut; orang ~ a) orang yg sudah lanjut usianya; b) ayah; c) ibu bapa; d) kepala keluarga; orang ~-~ orang yg dianggap sudah lanjut usianya dan luas pengetahuannya; 2. lebih umur (drpd): ia ~ tiga tahun drpd adiknya; kakak ~ kakak sulung; mak ~ saudara perempuan ibu atau bapa kita yg tua sekali; pak ~ saudara laki-laki ibu atau bapa kita yg tua sekali; saudara ~ saudara yg umurnya lebih drpd umur kita; 3. sudah lama (lwn baru), sudah ada sejak masa lampau (dahulukala), kuno: saya sudah ~ di dlm kesatuan ini; Bandar Melaka sebuah bandar yg ~; barang-barang ~ lama (sudah dipakai); besi ~ a) besi yg sudah lama (sisa barang-barang; b) besi yg mempunyai tuah atau khasiat; faham ~ faham lama (lwn faham baru atau moden); harta ~ harta pusaka (warisan); 4. = tua-tua ki kepala, pemimpin, penghulu (orang yg tua yg dianggap ber-pengetahuan dan berpengalaman): ~ kam-pung ini menjalankan undang-undang adat sbg seorang pengadil mahkamah; ~ dagang Id kepala pedagang; ~ kampung penghulu kampung; ~ rumah kepala keluarga (isi rumah); 5. ki sudah larut (malam): malam sudah ~ dan keadaan di bandar makin sunyi; 6. bertuah, berkhasiat (bkn senjata lama dll): wali ~nya masih kukuh terselit di pinggang; 7. sudah hampir masak dan boleh dipetik (buah-buahan dll): jangan dipetik buah itu kerana belum cukup ~; 8. sudah mendidih atau masak (air, minyak, dll): biarkan minyak itu ~ dahulu baru dimasuk­kan ikan ke dlm kuali; 9. agak kehitam-hitaman (lwn cerah), pekat (warna): biru ~; merah ~; warna ~ warna yg tidak cerah; 10. baik mutunya, hampir tulen (emas): emas ~; ~ bangka = ~ bengkok bk (orang yg) sangat tua (tetapi buruk perangainya); ~ cendawan orang yg berumur tetapi tidak bijak; ~ ganyut sangat tua; ~ kejemur Jk, bk (orang yg) sudah tua (tetapi bodoh atau berperangai buruk); ~ keladi a) orang yg tua tetapi tidak sedarkan diri (berperangai buruk, gila perempuan, dll); b) Kl orang tua yg mempunyai banyak anak; ~ kotai (orang yg) sangat tua; ~ kutuk bk = ~ lara orang tua yg buruk perangainya; ~ leler = ~ lontok = ~ renta (orang yg) sangat tua dan lemah; ~ nipah Kl (orang yg) tua dan bodoh; ~ nyanyuk sudah tua dan bercakap yg bukan-bukan; ~ teberau Kl (orang yg) sangat tua dan lemah otaknya; ~ tebu (orang yg) semakin tua semakin cergas; bandar terbuka dagangan murah, badan sudah ~ prb sudah terlambat; berdengking si ~ memekik, mustahil akan menggigit jema prb orang yg terlalu marah yg hanya meme­kik-mekik sahaja (tidak berani memukul dll); sudah ~ dr kakak, sudah cerdik dr mamak prb anak muda yg takbur (tidak mahu ber­muafakat lagi dgn keluarganya dlm sesuatu pekerjaan); orang ~ diajar makan pisang prb sia-sia mengajar orang yg sudah pandai; tua-tua 1. tua (kepala, pemimpin, pembesar, penasihat, dll): siapa nama ~ mereka? 2. = tetua bintik-bintik hitam pd muka atau pipi; 3. sungguhpun sudah tua, tetapi...: ~ masih sihat; ~ keladi = ~ kelapa makin tua makin baik; bertua-tua Mn 1. = bertua-tuaan meng­ikut umur (yg tua dahulu, yg muda kemudian); 2. bersuami isteri sampai tua; menua menjadi tua: hanya ada pd orang-orang yg telah ~; menuakan 1. menjadikan tua: ~ buah di pokok; ~ diri; ~ emas; ~ warna; 2. menge­palai, memimpin; 3. memilih (mengangkat, melantik) sbg tua-tua (kepala dll); 4. menyifatkan (memandang) lebih tua (drpd), mengakui sbg orang tua (yg perlu dihormati dsb): yg tua kita tuakan, yg muda pula haruslah menga-lah; 5. mengahwinkan; tertua 1. yg paling tua: bentuk puisi bertulis yg ~ sekali dlm bahasa Melayu terdapat pd batu nisan yg dijumpai di Minye Tujuh, Acheh; 2. lebih tua (berumur): Abdul Rahim ~ dua tahun drpd Amin; ketua pemimpin, kepala; ketuaan 1. sudah terlalu tua (sangat lanjut umurnya); 2. perihal tua (sudah berumur): tidak ketara ~ usianya, malah ia masih gagah dan kukuh; ketua-tuaan spt seorang tua-tua (ketua): dia bercakap dgn gaya ~ menasihati mereka; pengetua 1. tua-tua (pemimpin, kepala, dll): hambalah ~nya sekalian mereka itu; ~ Maktab Perguruan; 2. Mn penghulu yg paling tua; penuaan proses menjadi (atau menjadikan) tua.Kamus Dewan Edisi Keempat
merata1. (menjadi) rata: matanya terpaku ke permukaan laut yg sekali-kali tersebak dan ~; buah padi yg sedang masak, kuning, dan ~; 2. = merata-rata tersebar (menular) ke mana-mana, pergi ke mana-mana, mere­bak: sebentar saja berita kejadian itu ~lah ke seluruh kampung; beberapa lamanya ia ~ di Eropah; 3. = merata-rata serata, segenap, seluruh, seantero: makanan utk pokok-pokok memang ada sedia hampir-hampir di ~ tempat; lipas didapati di ~ tempat di negeri panas;Kamus Dewan Edisi Keempat
kaki I1. anggota badan (mulai dr paha ke bawah) utk berjalan (berdiri, melompat, dsb): sebelah ~nya dilunjurkan; ~ kewet Kl kaki tempang; (ber)jalan ~ berjalan dgn tidak menggunakan kenderaan; mesin (jahit) ~ mesin jahit yg dijalankan dgn kaki; 2. bahagian kaki (anggota badan) yg di sebelah bawah (dr buku lali ke bawah): ~nya terlalu besar utk kasut itu; tapak ~ permukaan kaki yg di bawah se­kali (dr tumit hingga ke jari); 3. bahagian (sbg penyangga atau penopang) tempat se­suatu benda berdiri: ~ kerusi; ~ meja; 4. bahagian yg di sebelah bawah sesuatu; ~ gunung bahagian bawah gunung; ~ kain bahagian kain sarung yg di sebelah bawah; ~ langit bahagian langit yg kelihatan spt ber­temu dgn permukaan laut atau bumi; ~ seluar bahagian seluar yg menyelubungi kaki (apabila dipakai); 5. penjodoh bilangan bagi beberapa jenis benda: se~ bunga; se~ payung; se~ kunyit; 6. ukuran panjang yg sama dgn 12 inci atau 30 sentimeter: kira-kira satu ~ setengah tingginya; 7. ki (orang yg) suka melakukan sesuatu: ~ arak; ~ pancing; ~ arak orang yg suka minum arak; ~ bajang tiang yg beralaskan batu dll yg lebar; ~ bangkang orang yg sering menentang atau tidak bersetuju dgn pandangan, pendapat dsb orang lain; ~ bangku (orang yg) tidak pandai ber­main (menyepak) bola; ~ botol orang yg suka minum minuman keras; ~ buli orang yg suka menyakiti, menganiayai atau menakuti orang yg lemah (utk membuat sesuatu); ~ butang benang penjahit yg dililitkan di bawah butang yg dikenakan pd baju dll; ~ gaduh (orang yg) suka bergaduh; ~ hutan tepi (pinggir) hutan; ~ judi (orang yg) suka berjudi; ~ lima a) lantai di antara depan (deretan) kedai atau rumah dgn tepi jalan; b) lantai yg beratap yg meng­hubungkan dua buah rumah; ~ (meng)umpat orang yg suka mengumpat; ~ pancing orang yg suka dan biasanya pandai memancing; ~ papan unit ukuran papan gergaji (dgn dimensi satu kaki panjang, satu kaki lebar, dan satu inci tebal); ~ perempuan orang yg suka main perempuan; ~ seribu lari kerana ketakutan, langkah seribu; ~ telanjang kaki yg tidak berkasut; ~ tengkar orang yg suka bertengkar; ~ tiga penopang kamera dll, tripod; ~ tiung padi yg hampir masak; ~ tunggang kaki botol; ~ naik, kepala turun prb tidak berhenti-henti bekerja utk mencari rezeki; ~ pekuk lenggang ke perut prb orang yg hodoh; ~ sudah ter-langkahkan, tangan sudah terjembakan Mn, prb sudah melakukan kesalahan; berjalan peliharakan ~, berkata peliharakan lidah prb berhati-hati apabila melakukan atau mem­perkatakan sesuatu; cepat ~ ringan tangan prb sangat cekap dan suka menolong; naik basuh ~ sahaja prb mendapat sesuatu dgn mudah sahaja; terikat ~ tangan prb tidak bebas atau tidak berkuasa (lagi); berkaki mempunyai (memakai) kaki; ~ seribu lari kerana ketakutan, membuka langkah seribu; ~ kpd (pd) bergantung pd; mengaki 1. turut bekerja dgn tidak mendapat bayaran (upah); 2. menurut segala perintah, mengabdi, patuh: betapa garangnya ia, tunduk ~ juga kpd anggota polis; ~ langit rata (lurus) sbg kaki langit; ~ meja bp tidak naik darjah; pekaki; ~ layar galah besar di sebelah bawah layar.Kamus Dewan Edisi Keempat
separuh1. setengah, seperdua: pantun yg saya nyanyikan itu ~ saya dapat drpd orang Kelantan dan ~ drpd Orang Laut; 2. tidak sepenuhnya, tidak seratus peratus (kira-kira 50%): pertandingan ~ profesional; ~ akhir pusingan atau perlawanan paling hampir sebelum ke peringkat akhir (bkn bola sepak dsb); ~ hati tidak sungguh-sungguh; ~ jalan sekerat jalan; ~ mahir belum cukup mahir atau terlatih sepenuhnya utk melakukan sesuatu pekerjaan khusus: pekerja ~ mahir; ~ masak setengah masak, belum masak betul; ~ mati setengah mati; ~ sedar tidak sedar sepenuhnya; ~ umur setengah umur;Kamus Dewan Edisi Keempat
paruh II; separuh 1. setengah, seperdua: pantun yg saya nyanyikan itu ~ saya dapat drpd orang Kelantan dan ~ drpd Orang Laut; 2. tidak sepenuhnya, tidak seratus peratus (kira-kira 50%): pertandingan ~ profesional; ~ akhir pusingan atau perlawanan paling hampir sebelum ke peringkat akhir (bkn bola sepak dsb); ~ hati tidak sungguh-sungguh; ~ jalan sekerat jalan; ~ mahir belum cukup mahir atau terlatih sepenuhnya utk melakukan sesuatu pekerjaan khusus: pekerja ~ mahir; ~ masak setengah masak, belum masak betul; ~ mati setengah mati; ~ sedar tidak sedar sepenuhnya; ~ umur setengah umur; memaruh membahagi (membelah) dua.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas