Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hampir (adverba)
1. Dalam konteks jarak
bersinonim dengan dekat, rapat,
Berantonim dengan jauh

2. Dalam konteks masa
bersinonim dengan tidak lama lagi, sedikit masa lagi, sekejap lagi, sebentar lagi,

Kata Terbitan : hampir-hampir, berhampiran, menghampiri, menghampirkan, kehampiran,

Peribahasa

Seperti birah dengan keladi.

Bermaksud :

Tidak ada bezanya; hampir sama saja.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SOFBOL

Sofbol ialah permainan yang popular yang

dimainkan oleh lebih daripada 30 juta orang di

seluruh dunia. Sofbol hampir sama dengan besbol,

tetapi peraturan bagi kedua-dua sukan itu berbeza

dalam beberapa aspek. Pembalingan untuk sofbol

mestilah dibuat secara underhand (bawah), dan

pelari garisan belakang mesti menanti di garisan

belakang sehingga pembaling melepaskan bola.

Sofbol hanya memerlukan ruang dan peralatan

yang sedikit, dan setiap perlawanan kawalan cuma

memerlukan tujuh ining dan tidak sembilan seperti

besbol.

UMUM 
SYAIR BIDASARISYAIR BIDASARI, puisi Melayu tradisional. Syair ini tergolong sebagai syair romantik. Syair ini berbentuk cerita dan memperlihatkan ciri yang hampir sama dengan cerita lipur lara. Penjalinan unsur-unsur Hindu dan Islam meletakkan syair ini sebagai hasil sastera zaman peralihan.SASTERAKonsep
SINAR KOSMIK

Sinar kosmik ialah zarah bertenaga tinggi

yang berasal dari angkasa lepas. Ahli sains

berpendapat sinar ini memenuhi Bima Sakti dan

juga galaksi lain. Sinar kosmik terdiri daripada

zarah subatom yang membawa satu cas elektrik,

seperti proton, elektron, dan nukleus atom.

Di angkasa lepas, sinar ini bergerak pada

kelajuan yang hampir sama dengan kelajuan

cahaya, iaitu 299 792 kilometer per saat.

UMUM 
ENAKMEN TANAH PADI 1917

ENAKMEN TANAH PADI 1917,  undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Negeri-negeri Melayu Bersekutu di Kuala Kangsar pada 24 Julai 1917 dengan tujuan untuk menyekat penanaman getah di tanah bendang. Enakmen No. 2 Tahun 1917 ini berkuat kuasa ke atas tanah yang didaftarkan bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu, iaitu Perak, Selangor dan Pahang. Bagi Negeri Sembilan, terdapat perbezaan dalam pentadbiran undang-undang tanah. Tang demikian suatu undang-undang yang hampir sama dengan enakmen ini diluluskan kemudiannya.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
SAPSUCKER

Sapsucker adalah satu daripada sekumpulan

burung dalam famili belatuk. Ia hanya tinggal di

Amerika Utara. Burung ini dinamakan sapsucker

kerana sebahagian daripada dietnya ialah

sap daripada pokok. Ia memperoleh sap ini

dengan membuat lubang kecil yang dinamakan

perigi pada kulit pokok. Ia juga memakan serangga

yang tertarik kepada sap, memakan semut dan buah

liar. Sapsucker yang biasa didapati di timur Amerika

Syarikat ialah sapsucker perut kuning . Burung

jantannya mempunyai jambul dan leher berwarna

merah marak (skarlet) dan bahagian atas berwarna

hitam dengan tanda-tanda putih. Pada musim sejuk

sapsucker terbang ke selatan sejauh Amerika Tengah.

Ia bertelur dalam lubang di pokok. Burung betina

bertelur tiga hingga tujuh biji telur berwarna putih bersih.

Sapsucker dada merah barat tinggal di Pantai Pasifik. Burung

dewasa kedua-dua jantina mempunyai jambul, leher

dan dadanya, berwarna merah. Sapsucker

mempunyai tabiat yang hampir sama dengan burung

belatuk tetapi kadangkala ia merosakkan pokok.

UMUM 
PESAWAT PELUNCUR

Pesawat peluncur ialah motobot laju yang

melayap di permukaan air, hampir-hampir sama

seperti batu pipih yang meloncat di permukaan air

apabila dilontar. Dasar pesawat peluncur dibentuk

supaya badannya boleh terangkat apabila pesawat

ini memecut, sehingga ia ‘melayang’ di atas

permukaan air. Bentuk dasarnya membenarkan

tekanan air mengangkat motobot itu dan

mengawalnya supaya sentiasa berada di

permukaan air selagi ia bergerak laju. Dengan

alasan ini, dasarnya mestilah rata atau melengkung

sedikit. Sesetengah pesawat peluncur hanya

mempunyai dasar permukaan tunggal.

Sesetengahnya pula mempunyai dua atau lebih

bahagian dasar yang terpisah.

UMUM 
SINONIM

Sinonim ialah kata yang sama maknanya atau

hampir sama maknanya dengan kata lain. Sinonim

berasal daripada dua kata Yunani, yang bermakna

berkaitan dan nama. Terdapat banyak kes apabila

satu kata boleh digunakan untuk maksud yang

sama seperti kata lain. Walaupun kedua-dua kata

itu mungkin bersinonim (digunakan dengan cara

yang sama) dalam satu pengertian, tetapi ia

mungkin tidak bersinonim dalam pengertian yang

lain. Umpamanya, dull dan stupid mungkin

kedua-duanya boleh digunakan untuk

menerangkan seseorang. Tetapi kita tidak

menggunakan kata stupid untuk menerangkan

mata pisau yang dull. Sinonim memperkaya

bahasa dengan membantu penutur, atau penulis

menggunakan kata dengan makna dan kaitan yang

tepat, dan untuk mengelakkan perulangan yang

membosankan.

UMUM 
ANTBIRD

Antbird, nama sejenis burung yang hampir sama

rupa dengan burung murai. Jenis sekeluarganya

yang paling rapat ialah burung ovenbirds dan

antpipits . Burung antbird tinggal di Amerika Selatan

dan Amerika Tengah. Biasanya burung ini hidup di

dalam hutan dan tinggal dekat atau di atas tanah.

Makanan burung ini semut dan anai-anai. Burung

antbird akan mengganggu sarang seranggga ini,

kemudian akan mengikut barisan serangga yang

keluar dari sarang akibat gangguan. Sarang burung

ini biasanya berbentuk cawan dan terbuka.

UMUM 
MUON

Muon ialah sejenis zarah asas yang hampir sama

dengan elektron tetapi mempunyai jisim yang

lebih berat. Sesuatu zarah asas tidak terdiri

daripada unit yang lebih kecil. Muon tergolong

dalam famili zarah asas yang dinamakan lepton,

yang juga termasuk elektron. Seperti elektron,

muon kira-kira 207 kali lebih berat daripada

elektron. Muon adalah tidak stabil dan ia mereput

(mengurai) membentuk elektron dan lain-lain zarah

yang lebih ringan.

UMUM 
SIRIUS

Sirius, yang juga dikenali sebagai Bintang Anjing,

ialah bintang yang paling terang yang dapat dilihat

dari bumi pada waktu malam. Saiz Sirius lebih

kurang sama dengan saiz matahari, tetapi

memancarkan hampir-hampir 30 kali ganda cahaya. Bintang ini merupakan bintang magnitud pertama

(lihat Bintang [Mengukur kecerahan]).

UMUM 
123

Kembali ke atas