Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[han.dai] | هنداي

Definisi : kawan, rakan, sahabat, teman: ~ taulan = sahabat ~ teman-teman, kawan-kawan, rakan-rakan; berhandai-handai berkawan-kawan, ber­gaul: Ali dan adiknya yg perempuan sudah dibiarkannya ~, bersenda-senda, dan ber­cengkerama; kalau sudah penat, barulah mereka duduk di pelantar sambil ~ dgn riang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[han.dai] | هنداي

Definisi : kawan; sahabat; rakan. ~ taulan sekalian sahabat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
handai (kata nama)
Bersinonim dengan kawan, rakan, sahabat, teman, kenalan, taulan, sekutu, konco, geng, member;,
Kata Terbitan : berhandai-handai,

Peribahasa

Senduk dengan belanga lagi berlaga.

Bermaksud :

Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk, b. Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi, c. Senduk dan periuk lagi berantuk).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
baby showerrai bayiUmumTiadaMajlis untuk meraikan bakal ibu yang dihadiri oleh ahli keluarga dan sahabat handai dengan membawa hadiah.
bridal showerrai pengantinUmumTiadaMajlis untuk meraikan bakal pengantin perempuan menjelang hari perkahwinan yang dihadiri oleh keluarga dan sahabat handai dengan membawa hadiah.
schizophreniaskizofreniaPerubatanTiadaGangguan psikosis yang dicirikan dengan pemikiran yang bercelaru dan tidak benar, dan diiringi dengan delusi serta halusinasi. Pesakit biasanya cenderung untuk memencilkan diri dan hilang perasaan kasih sayang terhadap keluarga dan sahabat handai. Penyakit ini mungkin merupakan penyakit keturunan dan puncanya belum diketahui lagi.

Kembali ke atas