Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.ngat] | هاڠت

Definisi : 1. panas api (bukan panas matahari): air ~; besi ~; 2. terlebih timbangan drpd yg sebenarnya: timbangannya biar ~ jangan kurang; 3. meriah, seronok: ia mendapat sambutan ~; 4. tidak tenang atau tenteram, genting, tegang (suasana politik dll): kedu­dukan politik negara kembali ~; perdebatan yg ~; 5. masih baru lagi berlaku dsb (berita, peristiwa, dll), panas: berita yg ~; buku yg masih ~; 6. berapi-api, penuh semangat: pidato yg ~; ~ dingin kegembiraan dan kesusahan; ~ hati a) sangat marah; b) girang hati; hangat-hangat 1. bp sementara masih hangat (panas): nasi itu elok dimakan ~; 2. hangat (panas) spt yg dapat dirasai pd (oleh) sesuatu: ~ kuku tidak berapa hangat (panas), suam-suam kuku; ~ tahi ayam prb tidak tetap kemahuan (tidak bersungguh-sungguh secara berterusan); berhangat membiarkan badan kena panas, berpanas: di halaman gedung, orang yg tidak kebagian tempat dlm ruangan, ~ dlm panas matahari; menghangat menjadi hangat (tegang); rapat ~ perjumpaan menjadi tegang; tidak ~ mendingin tidak menggembirakan atau me­nyusahkan; menghangati ark 1. memanaskan (nasi yg sudah dingin dll); 2. menggembirakan: Buenos Aires yg sejuk sentiasa dihangati oleh irama rumba dan tango; menghangatkan 1. = memperhangat me­n­­- ­­jadikan hangat (panas), memanaskan: ~ nasi dan lauk-lauk; berdiang utk ~ badan; 2. menjadikan hangat (meriah, seronok), me­meriahkan, menyeronokkan: tepuk sorak dan nyanyian orang ramai ~ lagi suasana pesta pd malam itu; 3. ki menjadikan hangat (tegang, genting), menegangkan, meng­gen­tingkan: isu-isu yg sensitif telah ~ per­debatan pd hari itu; memperhangat menjadikan lebih hangat; kehangatan 1. perihal hangat (panas), kepanasan; 2. kena hangat (panas); 3. terlalu hangat; 4. perihal hangat (meriah), keme­riahan; 5. perihal hangat (tegang, genting), ketegangan, kegentingan: ~ per­debatan itu meresahkan orang ramai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.ngat] | هاڠت

Definisi : 1 tinggi suhunya kerana dibakar, direbus dll (bukan panas matahari); panas: air ~; besi ~. 2 masih baru berlaku dan menarik perhatian orang (ttg berita dll): Berita itu masih ~. 3 penuh bersemangat; berapi-api (ttg ucapan dll): pidato yg ~. 4 meriah: Lawatan menteri itu telah mendapat sambutan ~ drpd penduduk kampung. 5 tegang atau genting (bkn keadaan politik, perdebatan dll): Per­golakan politik di negara itu kian ~. ~ hati a. terlalu marah. b. sangat girang hati; gembira. hangat-hangat 1 ketika atau sementara masih hangat; panas-panas: Makanan itu lebih sedap jika dimakan ~. 2 hangat spt yg dpt dirasa. ~ kuku tidak terlalu hangat. menghangatkan 1 menyebabkan atau menjadikan hangat; menaikkan (meninggikan) suhu sesuatu; memanaskan: ~ kuah. 2 menjadikan meriah; memeriahkan: Acara-acara menarik telah disediakan utk ~ perayaan Hari Kebangsaan. 3 menjadikan tegang atau genting; menegangkan; menggentingkan: Hal-hal keagamaan telah ~ perdebatan itu. memperhangat menjadikan lebih hangat. kehangatan keadaan atau sifat hangat; kepanasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hangat (adjektif)
1. Rujuk panas 1

2. Dalam konteks sambutan
bersinonim dengan meriah, baik,

3. Dalam konteks perdebatan
bersinonim dengan berkobar-kobar, berapi-api, bersemangat, hebat, genting, tegang, sengit, meruncing,

Kata Terbitan : hangat-hangat, berhangat, menghangat, menghangatkan, kehangatan,

Puisi
 

Air hangat telaga mendidih,
     Banyak orang hilang keramat;
Hemat-hemat lagu nak boleh,
     Tengok adik jinak sangat.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Hangat tiada berapi,
     sejuk tiada berair.

Bermaksud :

Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis, b. Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih, c. Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya).

 

Lihat selanjutnya...(12)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
blow1~ hot and cold, hangat-hangat tahi ayam; ~ /me, me down/, I’ll be ~ed, (colloq), (expressing surprise) aduh; ~ to /blazes, glory, kingdom come/, (act.) menyebabkan hancur berkecai; (pass.) hancur berkecai; st ~ wide open, membongkar sst: an incident which blew the scandal wide open, peristiwa yg telah membongkar skandal itu; ~ the whistle on st, put an end to st, menghentikan sst;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
livedadj jangka: a short~ project, projek jangka pendek; short ~ interest, hangat-hangat tahi ayam.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hotadv 1. at a high temperature, panas: glowing ~ coal, arang yg panas membara; 2. while hot, panas-panas, hangat-hangat: to serve the rice ~, menghidangkan nasi itu panas-panas;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
warmadj 1. moderately hot, panas, (agak) hangat; (of water) suam, hangat: bathe the wound in ~ water, cuci luka itu dgn air suam; when the weather gets ~er we’ll go swimming, apabila cuaca beransur panas, kita akan pergi berenang; the soup is still ~, sup itu masih hangat; a fur coat kept her ~, kot bulu binatang membuat dia sentiasa hangat; it was cold outside, but inside the house was ~, sejuk di luar tetapi hangat di dlm rumah; 2. that preserves heat, panas: she dressed the children in their ~ clothes, dia memakaikan budak-budak itu pakaian panas mereka; 3. (of colour) rich, cerah: red and yellow are ~ colours, merah dan kuning ialah warna cerah; the ~ colours of the autumn leaves, warna cerah daun-daun pd musim luruh; 4. giving a pleasant feeling of cheerfulness or friendliness, mesra: he has a ~ voice, suaranya mesra;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
haranguevt berucap dgn hangat kpd: the headmaster ~d the boys on the subject of drugs, guru besar berucap dgn hangat kpd murid-murid ttg dadah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
warm~ up, a. become warmer, menjadi /hangat, panas/: the weather ~ed up a little in the afternoon, cuaca menjadi hangat sedikit pd waktu tengah hari; b. prepare for athletic exercise etc, memanaskan badan: the players ~ed up before the match began, pemain-pemain itu memanaskan badan sebelum perlawanan bermula; c. become ready to work, panas: my car engine takes a long time to ~ up, enjin kereta saya mengambil masa yg lama utk panas; ~ so. up, make so. warm,/memanaskan, menghangatkan/ (badan) sso: gradually the fire ~ed us up, perlahan-lahan api pendiang itu menghangatkan kami; ~ st up, reheat st, memanaskan sst: the coffee is cold, I can ~ it up for you, kopi itu sejuk, saya boleh memanaskannya utk kamu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hotvi; ~ up, (colloq) become more exciting, bertambah /hangat, hebat/: the election campaign is ~ting up, kempen pilihan raya bertambah hangat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hotadj 1. of, having relatively high temperature, panas, hangat: ~ day, hari yg panas; ~ water, air panas; ~ iron, besi hangat; the oven is not ~ enough, ketuhar itu tdk cukup panas; her forehead was ~, dahinya panas; ~ and tired, she lagged behind the other runners, oleh sebab panas dan letih, dia ketinggalan di belakang pelari-pelari lain; 2. producing burning sensation on tongue, pedas: ~ curries, kari yg pedas;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
heatedadj 1. become warm or hot, menjadi panas; 2. excited, impassioned, hangat; (of person) panas: a ~ argument, pertengkaran hangat; she gets very ~ whenever the subject is brought up, dia naik panas setiap kali perkara itu di timbulkan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hotin ~ pursuit, diburu dgn hebat: the fugitives ran helter-skelter with the police in ~ pursuit, orang buruan itu lari lintang-pukang apabila diburu dgn hebat oleh pihak polis; 7. controversial, hangat, panas: the awarding of government contracts became a ~ political issue, pemberian kontrak kerajaan menjadi isu politik yg hangat; 8. new, recent, hangat, panas; (of scent) masih kuat: ~ news, berita hangat; 9. (of tears) terasa /panas, hangat/: ~ tears ran down her cheeks, air mata yg terasa panas mengalir di pipinya; 10. (of words) pedas; 11. (of stolen goods) panas; 12. (of player) handal: a ~ golfer, pemain golf yg handal;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345

Kembali ke atas