Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hangat (adjektif)
1. Rujuk panas 1

2. Dalam konteks sambutan
bersinonim dengan meriah, baik,

3. Dalam konteks perdebatan
bersinonim dengan berkobar-kobar, berapi-api, bersemangat, hebat, genting, tegang, sengit, meruncing,

Kata Terbitan : hangat-hangat, berhangat, menghangat, menghangatkan, kehangatan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa bezanya dari segi penggunaan perkataan hangat dan panas? Contoh ayat: Sudah berjam-jam dia berdiang namun badannya masih tidak menjadi hangat/panas? Terima KasihUntuk ayat ini perkataan yang sesuai ialah hangat.  Sila lihat Kamus Dewan Edisi Keempat.

panas 1 bersuhu tinggi; hangat: Makanan itu masih ~; air ~ air yg dimasak dan masih tinggi suhunya. 2 cahaya matahari yg terik: Jangan suka bermain di tengah ~. hujan ~ hujan yg turun ketika matahari bersinar. 3 (sesuatu) yg bersuhu tinggi; (sesuatu) yg terasa hangat: ~ badannya tidak boleh dibiarkan. 4 ki sangat marah atau meradang: Mendengar makian itu, hatinya menjadi ~. 5 ki masih baru; belum lama berlakunya: Apa berita ~ hari ini? ~ baran (darah) lekas meradang. ~ hati sangat marah atau sangat benci. ~ rezeki susah mendapat rezeki. ~ terik panas benar (bkn cuaca). panas-panas masih panas; masih baru. berpanas berada dlm panas matahari; berjemur: Setiap hari mereka terpaksa ~ dan berhujan utk mencari rezeki. memanasi menjadikan panas: Bahang unggun api ~ badannya. memanaskan 1 menyebabkan menjadi panas: Utk ~ badan, mereka terpaksa memakai pakaian yg tebal-tebal. 2 ki menyebabkan menjadi marah atau meradang: Kedegilannya itulah yg ~ hati saya. kepanasan 1 keadaan panas: ~ seterika itu dpt diubah-ubah dgn memutarkan alat penetap suhunya. 2 kena panas; menderita panas: Dia ~ kerana duduk berhampiran dgn unggun api. pemanasan proses atau perbuatan memanaskan: Kandungan air ialah faktor penting dlm proses penyimpanan, ~ dan percambahan biji benih. pemanas alat utk memanaskan sesuatu: ~ elektrik pemanas yg menggunakan kuasa elektrik.

hangat 1. panas api (bukan panas matahari): air ~; besi ~; 2. terlebih timbangan drpd yg sebenarnya: timbangannya biar ~ jangan kurang; 3. meriah, seronok: ia mendapat sambutan ~; 4. tidak tenang atau tenteram, genting, tegang (suasana politik dll): kedu­dukan politik negara kembali ~; perdebatan yg ~; 5. masih baru lagi berlaku dsb (berita, peristiwa, dll), panas: berita yg ~; buku yg masih ~; 6. berapi-api, penuh semangat: pidato yg ~; ~ dingin kegembiraan dan kesusahan; ~ hati a) sangat marah; b) girang hati; hangat-hangat 1. bp sementara masih hangat (panas): nasi itu elok dimakan ~; 2. hangat (panas) spt yg dapat dirasai pd (oleh) sesuatu: ~ kuku tidak berapa hangat (panas), suam-suam kuku; ~ tahi ayam prb tidak tetap kemahuan (tidak bersungguh-sungguh secara berterusan); berhangat membiarkan badan kena panas, berpanas: di halaman gedung, orang yg tidak kebagian tempat dlm ruangan, ~ dlm panas matahari; menghangat menjadi hangat (tegang); rapat ~ perjumpaan menjadi tegang; tidak ~ mendingin tidak menggembirakan atau me­nyusahkan; menghangati ark 1. memanaskan (nasi yg sudah dingin dll); 2. menggembirakan: Buenos Aires yg sejuk sentiasa dihangati oleh irama rumba dan tango; menghangatkan 1. = memperhangat me­n­­- ­­jadikan hangat (panas), memanaskan: ~ nasi dan lauk-lauk; berdiang utk ~ badan; 2. menjadikan hangat (meriah, seronok), me­meriahkan, menyeronokkan: tepuk sorak dan nyanyian orang ramai ~ lagi suasana pesta pd malam itu; 3. ki menjadikan hangat (tegang, genting), menegangkan, meng­gen­tingkan: isu-isu yg sensitif telah ~ per­debatan pd hari itu; memperhangat menjadikan lebih hangat; kehangatan 1. perihal hangat (panas), kepanasan; 2. kena hangat (panas); 3. terlalu hangat; 4. perihal hangat (meriah), keme­riahan; 5. perihal hangat (tegang, genting), ketegangan, kegentingan: ~ per­debatan itu meresahkan orang ramai.
Makna21.06.2014
Tuan, A. Ayat manakah di bawah adalah betul? 1. Isu buli hangat diperdebatkan di media massa. 2. Isu buli hangat diperdebatkan dalam media massa. B. Apakah penjodoh bilangan untuk 'jam tangan'? seutas jam tangan atau sebuah jam tangan. Terima kasih. Cik Ong1. Isu buli hangat diperdebatkan dalam media massa.

2. Seutas jam tangan. 
Tatabahasa10.04.2017
Apakah terjemahan yang sesuai untuk perkataan-perkataan berikut: 1. Warm light 2. Warm glow 3. Cool light (dalam konteks lampu/cahaya) 4. Warm feeling (dalam konteks menikmati alam semula jadi) 5. Light warm (dalam konteks selimut/gebar) 6. Governing law 7. Eventual tax debt Terima kasih.Cadangan terjemahan yang sesuai bagi perkataan berikut ialah: 
1. Warm light - Cahaya Hangat/Panas
2. Warm glow  - Sinaran Hangat/Panas
3. Cool light (dalam konteks lampu/cahaya) - Cahaya Dingin
4. Warm feeling (dalam konteks menikmati alam semula jadi) - Rasa Hangat
5. Light warm (dalam konteks selimut/gebar) - Sederhana Hangat
6. Governing law -  Undang-Undang Pemerintah
7. Eventual tax debt - Hutang Cukai Akhir
Terima kasih.
Makna04.09.2020
Adakah ayat ini betul. 1. Tetamu jemputan yang menghadiri majlis itu berasa amat berpuas hati. 2. Banyak orang datang berkunjung ke pameran seni itu. 3. Buku rujukan itu mendapat sambutan hangat kerana ditulis dalam dwibahasa.Ketiga-tiga ayat di atsa adalah betul.
Sekian, terima kasih.
Tatabahasa19.08.2013
Tuan, 1. Apakah jawapan untuk ayat di bawah. Masalah buli sering hangat diperdebatkan ____________ media massa. a) di b) dalam 2. Apakah kesalahan istilah bagi ayat-ayat di bawah ini? a) Seseorang itu tidak harus ditegur dengan gelaran yang tidak menyenangkan mereka, lagipun gelaran itu bercanggah dengan keperibadian dan latar belakang individu berkenaan. b) Sesetengah orang akan mengalami histeria apabila menaiki kenderaan lebih-lebih lagi yang pernah terlibat dalam kemalangan. c) Perancangan awal penting untuk menghitung perbelanjaan keluarga agar dapay mewujudkan perbelanjaan secara berhemat. Terima kasih.Soalan 1, jawapannya (b) dalam
Soalan 2, jawapan untuk (a) dan (b) - Istilah yang digunakan adalah betul daripada segi pengunaannya.
 Jawapan untuk (c) lebih tepat disebut sebagai "merancang perbelanjaan"
Tatabahasa17.05.2018
Thiqa El Nur Nov 2nd, 1:23am Salam sejahtera.. Saya ingin minta pandangan drpd DBP mengenai soalan peperiksaan sekolah rendah tahun 3. Seperti dibawah ini: Ibu mandikan adik dengan ________ pada waktu pagi. A. Air Sejuk B. Air Panas C. Air Suam Soalan saya, adakah soalan ini relevan? Adik menunjukkan umur berapa tahun? Waktu pagi itu pukul berapa? Diharap respon soalan saya secepat mungkin . Terima kasih.Jawapan "air suam" betul kerana air suam bermaksud air yang tidak berapa panas/hangat. Pada pendapat DBP soalan ini relavan untuk menilai perbendaharaan kata pelajar.Makna02.11.2014
Assalamualaikum saudara Disini saya ingin membuat sedikit pertanyaan berkenaan kontroversi yang hangat ketika ini iaitu berkenaan 2 peribahasa yang agak terkenal iaitu "Harapkan pagar,pagar makan padi" yang didakwa "harapkan pegar,pegar makan padi" dan "melepaskan batuk ditangga" yang didakwa "melepaskan batok ditangga". Harapkan DBP dapat memberi maklumbalas berkenaan hal ini supaya saya dapat sebarkan kepada rakan-rakan yang lain melalui blog.Penjelasan yang sejelas jelasnya..

Pendapat baharu tentang peribahasa “Harapkan pegar, pegar makan padi” (Harapkan pagar, pagar makan padi) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa  ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan. Begitu juga dengan peribahasa “Melepaskan batuk di tangga”. Walaupun pendapat yang mengatakan bahawa yang benarnya ialah “Melepaskan batok di tangga” semakin digemari, buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada. Peribahasa ialah perumpamaan atau ibarat dan kita boleh menerangkan maksud peribahasa berdasarkan bandingan objek-objek dalam ungkapan berkenaan. Wallahua’lam.

1">
Lain-lain13.01.2012
Sukacita sekiranya pihak DBP dapat menjelaskan perkara-parkara berikut: Sila beritahu sama ada atau tidak ayat-ayat yang berikut betul: 1. Kabus itu menghadkan / mengehadkan darjah penglihatan. (Saya mendapati Kamus Oxford Fajar (Prof Asmah Haji Omar), Kamus Utusan dan Kamus Lengkap (Drs. Awang Sudjai) menggunakan perkataan 'menghadkan' (restrict/limit) manakala Kamus Dewan menggunakan 'mengehadkan'. Ini menimbulkan kekeliruan di kalangan pelajar dan orang awam. Peerkara ini perlu diperjelaskan dari segi tatabahasa Melayu). 2. Berita hangat /menarik itu adalah daripada BBC/CNN/Radio Malaysia. 3. Isu /perkara mengenai /tentang rasuah perlu diteliti secara halus dan mendalam. 4. Makalah yang berguna/bermanfaat/berfaedah itu adalah daripada majalah 'Dewan Masyarakat', terbitan DBP. 5. Apakah perbezaan antara perkataan-perkataan berikut: kesahihan; keesahan; sah dan sahih 6. Maklumat ini telah diperolehi daripada sumber yang boleh dipercayai. 7. Saya telah memperoleh maklumat ini daripada Kementrian Kewangan. 8. Untuk menambahbaikkan khidmat nasihat yang berkesan dan jitu mengenai tatabahasa (nahu) Melayu, respons pihak DBP perlu tepat pada masa. Sekian , terima kasih. Peter Johnson DurairajSoalan 1: Perkataan yang betul ialah mengehadkan, bukan menghadkanPeng- menjadi penge- apabila bergabung dengan kata dasar yang mempunyai satu suku kata sahaja, baik perkataan Melayu ataupun perkataan pinjaman. Contoh lain: cat - pengecat, bom - pengebom, pam - pengepam. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 111.  Soalan 2: Kedua-dua perkataan iaitu, hangat atau menarik boleh digunakan dalam ayat yang tuan kemukakan bergantung pada maksud yang ingin disampaikan. Soalan 3: Ayat yang betul ialah (i) Isu rasuah perlu diteliti secara halus dan mendalam. Soalan 4: Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:  4(i) Makalah yang berguna itu merupakan majalah Dewan Masyarakat, terbitan DBP. 4(ii) Makalah yang bermanfaat itu merupakan majalah Dewan Masyarakat, terbitan DBP. 4(i) Makalah yang berfaedah itu merupakan majalah Dewan Masyarakat, terbitan DBP. Soalan 5: Bagi mengetahui maksud dan mengenal pasti perbezaan maksud perkataan, tuan boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, dan Dewan Pelajar.  Perkataan sahih bermaksud pasti, benar, sah, dapat diakui maka kata nama yang diterbitkan daripada sahih ialah kesahihan perihal sahih (benar, pasti sah). Perkataan sah membawa dua maksud iaitu, 1. lulus pd sisi undang-undang 2. benar, pasti, nyata, manakala kesahan pula bermaksud  perihal sah, sah tidaknya sesuatu. Soalan 6:  Ayat yang betul ialah 6(i) Maklumat ini diperoleh daripada sumber yang boleh dipercayai. Soalan 7: Ayat yang betul ialah 7(i) Saya memperoleh maklumat ini daripada Kementerian Kewangan.
Tatabahasa15.11.2017
Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang betul dan tepat. (a) Tumbukan peninju itu kena (betul) pada muka lawannya. (b) Negara itu (diam) sahaja setelah perang saudara tamat. (c) Di pantai itu, air laut (kecut) pada waktu pagi. (d) Air bah (kecut) setelah hujan berhenti. (e) Mereka (hidup) di kawasan setinggan itu. (f) Penduduk kampung mendapat (kesan) daripada projek pembangunan itu. (g) Cahaya matanari bersinar dengan (hangat). (h) Mereka tidak berupaya untuk menyelesaikan masalah yang (hangat) itu. (i) Ruang tamu rumah itu luas dan (longgar). (j) Di dalam dulang itu ada tiga (bekas) gulai.Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula.1">Lain-lain08.12.2015

Kembali ke atas