Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hangat (adjektif)
1. Rujuk panas 1

2. Dalam konteks sambutan
bersinonim dengan meriah, baik,

3. Dalam konteks perdebatan
bersinonim dengan berkobar-kobar, berapi-api, bersemangat, hebat, genting, tegang, sengit, meruncing,

Kata Terbitan : hangat-hangat, berhangat, menghangat, menghangatkan, kehangatan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
hangat1 tinggi suhunya kerana dibakar, direbus dll (bukan panas matahari); panas: air ~; besi ~. 2 masih baru berlaku dan menarik perhatian orang (ttg berita dll): Berita itu masih ~. 3 penuh bersemangat; berapi-api (ttg ucapan dll): pidato yg ~. 4 meriah: Lawatan menteri itu telah mendapat sambutan ~ drpd penduduk kampung. 5 tegang atau genting (bkn keadaan politik, perdebatan dll): Per­golakan politik di negara itu kian ~. ~ hati a. terlalu marah. b. sangat girang hati; gembira. hangat-hangat 1 ketika atau sementara masih hangat; panas-panas: Makanan itu lebih sedap jika dimakan ~. 2 hangat spt yg dpt dirasa. ~ kuku tidak terlalu hangat. menghangatkan 1 menyebabkan atau menjadikan hangat; menaikkan (meninggikan) suhu sesuatu; memanaskan: ~ kuah. 2 menjadikan meriah; memeriahkan: Acara-acara menarik telah disediakan utk ~ perayaan Hari Kebangsaan. 3 menjadikan tegang atau genting; menegangkan; menggentingkan: Hal-hal keagamaan telah ~ perdebatan itu. memperhangat menjadikan lebih hangat. kehangatan keadaan atau sifat hangat; kepanasan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
hangat1. panas api (bukan panas matahari): air ~; besi ~; 2. terlebih timbangan drpd yg sebenarnya: timbangannya biar ~ jangan kurang; 3. meriah, seronok: ia mendapat sambutan ~; 4. tidak tenang atau tenteram, genting, tegang (suasana politik dll): kedu­dukan politik negara kembali ~; perdebatan yg ~; 5. masih baru lagi berlaku dsb (berita, peristiwa, dll), panas: berita yg ~; buku yg masih ~; 6. berapi-api, penuh semangat: pidato yg ~; ~ dingin kegembiraan dan kesusahan; ~ hati a) sangat marah; b) girang hati; hangat-hangat 1. bp sementara masih hangat (panas): nasi itu elok dimakan ~; 2. hangat (panas) spt yg dapat dirasai pd (oleh) sesuatu: ~ kuku tidak berapa hangat (panas), suam-suam kuku; ~ tahi ayam prb tidak tetap kemahuan (tidak bersungguh-sungguh secara berterusan); berhangat membiarkan badan kena panas, berpanas: di halaman gedung, orang yg tidak kebagian tempat dlm ruangan, ~ dlm panas matahari; menghangat menjadi hangat (tegang); rapat ~ perjumpaan menjadi tegang; tidak ~ mendingin tidak menggembirakan atau me­nyusahkan; menghangati ark 1. memanaskan (nasi yg sudah dingin dll); 2. menggembirakan: Buenos Aires yg sejuk sentiasa dihangati oleh irama rumba dan tango; menghangatkan 1. = memperhangat me­n­­- ­­jadikan hangat (panas), memanaskan: ~ nasi dan lauk-lauk; berdiang utk ~ badan; 2. menjadikan hangat (meriah, seronok), me­meriahkan, menyeronokkan: tepuk sorak dan nyanyian orang ramai ~ lagi suasana pesta pd malam itu; 3. ki menjadikan hangat (tegang, genting), menegangkan, meng­gen­tingkan: isu-isu yg sensitif telah ~ per­debatan pd hari itu; memperhangat menjadikan lebih hangat; kehangatan 1. perihal hangat (panas), kepanasan; 2. kena hangat (panas); 3. terlalu hangat; 4. perihal hangat (meriah), keme­riahan; 5. perihal hangat (tegang, genting), ketegangan, kegentingan: ~ per­debatan itu meresahkan orang ramai.Kamus Dewan Edisi Keempat
hangat-hangat1. bp sementara masih hangat (panas): nasi itu elok dimakan ~; 2. hangat (panas) spt yg dapat dirasai pd (oleh) sesuatu: ~ kuku tidak berapa hangat (panas), suam-suam kuku; ~ tahi ayam prb tidak tetap kemahuan (tidak bersungguh-sungguh secara berterusan);Kamus Dewan Edisi Keempat
hangat-hangat1 ketika atau sementara masih hangat; panas-panas: Makanan itu lebih sedap jika dimakan ~. 2 hangat spt yg dpt dirasa.Kamus Pelajar Edisi Kedua
hangat-hangat1. ketika atau sementara masih hangat; panas-panas: Makanan itu lebih sedap jika dimakan ~. 2. hangat spt yg dpt dirasa. 3. tidak terlalu hangat.Kamus Pelajar
kehangatan1. perihal hangat (panas), kepanasan; 2. kena hangat (panas); 3. terlalu hangat; 4. perihal hangat (meriah), keme­riahan; 5. perihal hangat (tegang, genting), ketegangan, kegentingan: ~ per­debatan itu meresahkan orang ramai.Kamus Dewan Edisi Keempat
hangat1. tinggi suhunya kerana dibakar, direbus dll (bukan panas matahari); panas: air ~; besi ~. 2. masih baru berlaku dan menarik perhatian orang (ttg berita dll): Berita itu masih ~. 3. penuh bersemangat; berapi-api (ttg ucapan dll): pidato yg ~. 4. meriah: Lawatan menteri itu telah mendapat sambutan ~ drpd penduduk kampung. 5. tegang atau genting (bkn keadaan politik, perdebatan dll): Pergolakan politik di negara itu kian ~. ~ hati a. terlalu marah. b. sangat girang hati; gembira. hangat-hangat 1. ketika atau sementara masih hangat; panas-panas: Makanan itu lebih sedap jika dimakan ~. 2. hangat spt yg dpt dirasa. ~ kuku tidak terlalu hangat. menghangatkan 1. menyebabkan atau menjadikan hangat; menaikkan (meninggikan) suhu sesuatu; memanaskan: ~ kuah. 2. menjadikan meriah; memeriahkan: Acara-acara menarik telah disediakan utk ~ perayaan Hari Kebangsaan. 3. menjadikan tegang atau genting; menegangkan; menggentingkan: Hal-hal keagamaan telah ~ perdebatan itu. memperhangat menjadikan lebih hangat. kehangatan keadaan atau sifat hangat; kepanasan.Kamus Pelajar
pesam1. hangat, panas (air dll): pakaian yg sudah dicuci itu hendaklah dibilas dgn air ~ dan kemudian dgn air sejuk; 2. = ~ kuku = panas ~ tidak berapa panas, suam-suam kuku; memesamkan menghangatkan, memanas­kan.Kamus Dewan Edisi Keempat
menghangatkan1. = memperhangat me­n­­- ­­jadikan hangat (panas), memanaskan: ~ nasi dan lauk-lauk; berdiang utk ~ badan; 2. menjadikan hangat (meriah, seronok), me­meriahkan, menyeronokkan: tepuk sorak dan nyanyian orang ramai ~ lagi suasana pesta pd malam itu; 3. ki menjadikan hangat (tegang, genting), menegangkan, meng­gen­tingkan: isu-isu yg sensitif telah ~ per­debatan pd hari itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
panas1. lwn sejuk (dingin), hangat; air ~ air yg dimasak (dihangatkan); 2. demam, gerah, palak; demam ~ penyakit demam dgn suhu badan yg sangat panas (tinggi); sakit ~ demam; 3. sinar atau cahaya (matahari): apabila kena ~ matahari, bernyala rupanya; matanya itu selalu pula terkejip-kejip, terutama apabila menentang ~; hujan ~ hujan pd waktu mata­hari bersinar; 4. ki sangat marah, sangat sakit hati: dgn perasaan hati yg ~, ia bangun segera; bagaimana hendak menyudahkannya kerana hati terlampau ~; 5. ki hebat, genting, tegang: pertentangan semakin ~; 6. masih baharu (peristiwa dll): semalam ia mendapat berita ~ utk akhbarnya; 7. tidak kurang tetapi lebih pula sedikit (timbangan): timbang ~; 8. tidak memberi keuntungan, mendatangkan bala, sial; ilmu ~ ilmu yg membuat orang yg memakainya susah (mahal rezeki dll); ~ baran (bara, darah) cepat marah, sangat pemarah; ~ hati sangat marah (benci); ~ kering panas dan kering; ~ pedih tidak tetap (senang) duduk; ~ radang panas badan (kerana berpeluh dll), palak; ~ rezeki mahal rezeki; ~ sengangar sangat panas (hawa); ~ terik = ~ jantan Pr = ~ ngetek Kl sangat panas (matahari); ~ setahun hujan sehari, liput tanjung dgn pulau = ~ setahun dihapuskan oleh hujan sehari prb jasa atau kebaikan yg banyak boleh hilang oleh kesalahan yg sedikit; bagai ~ mengandungi hujan prb walaupun dibawa ketawa, nampak juga kesusahannya (orang dlm kesusahan); disangka ~ sampai petang, kiranya hujan tengah hari prb disangka senang (baik dll) selama-lamanya, tiba-tiba ditimpa kesusahan (bahaya dll); memegang besi ~ prb melakukan sesuatu dgn kebim­bangan (kekhuatiran dll); menyeladang bagai ~ di padang prb sesuatu hal (perbuatan dll) yg mengenai semuanya; redup atau ~ keras prb hidup atau mati, untung atau rugi, beradu nasib sahaja; sudah ~ berbaju pula prb sudah susah ditambah lagi dgn kesusahan; tak ~ punggung Kl prb sebentar sahaja; tidak lekang dek (oleh) ~; tidak lapuk dek (oleh) hujan prb tiada berubah-ubah, tetap selama­lamanya (bkn adat); panas-panas masih baharu, hangat-hangat; berpanas berada dlm panas matahari, berjemur: nelayan yg ~ dan berhujan di laut; berpanas-panasan berjemur dlm panas matahari utk bersuka-suka: mereka yg sedang ~ di pantai itu; memanasi 1. menghangatkan: periuk yg masih dipanasi bara; 2. menambah panas; memanaskan menyebabkan (menjadikan) panas, menghangatkan: makanan-makanan itu adalah utk ~ tubuh badan kita; ~ hati menimbulkan (membangkitkan) marah (benci); ~ kerusi memegang sesuatu jawatan (kedudukan dsb) tanpa melakukan atau men­capai sesuatu; memperpanas menjadikan lebih panas: matahari semakin ~ dirinya; kepanasan 1. perihal panas, kehangatan: ada alat penetap suhu yg mengawal ~; ~ hati kemarahan hati; 2. tersangat panas; 3. kena panas; pemanasan perihal memanasi (memanas­kan): tindakan kimia bertambah cepat dgn ~; pemanas 1. yg memanasi (memanaskan): kuasa ~ ; alat ~ ; 2. alat utk memanaskan: ~ elektrik; 3. (orang yg) lekas panas atau marah, pemarah, tidak penyabar: bapanya ~ dan pembengis.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345

Kembali ke atas