Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.ngit] | هاڠيت

Definisi : 1. (berbau) spt bau kain terbakar; 2. rosak atau terbakar dan berbau (bkn makanan spt nasi, lauk, kuih, dsb yg dimasak atau dibakar terlalu lama): dia asyik berbual sehingga ~ nasi di atas dapur; 3. berbau busuk spt bau peluh, hapak (badan kerana tidak mandi atau berpeluh): badannya ~ kerana sudah beberapa hari dia tidak mandi; memberi ~ ki memberi malu; ~-pengit a) terlalu hangit; b) Pr, Kl hangus rentung; menghangitkan menyebabkan hangit (masak­an, kuih yg dibakar); kehangitan 1. perihal hangit (masakan, kuih yg dibakar); 2. perihal hangit (hapak), bau hangit, kehapakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.ngit] | هاڠيت

Definisi : 1 berbau spt bau nasi, kuih dll yg dimasak terlalu lama dan hangus. 2 rosak atau terbakar dan berbau (bkn makanan dll): Dia ditegur kerana kuih yg dibakarnya habis ~. 3 berbau busuk spt bau ketiak, peluh dsb. menghangitkan menjadikan atau menyebabkan hangit. kehangitan keadaan hangit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hangit (adjektif)
1. Bersinonim dengan hapak: pengit, tengik, tengit, sangit, masam,

2. Bersinonim dengan hangus: rentung, hitam,

Kata Terbitan : menghangitkan, kehangitan,

Puisi
 

Tinggallah bukit besi hangit,
     Tidaklah jauh dari pekan;
Walaupun tinggi terbang melangit,
     Ke bumilah juga cari makan.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Hendak tinggi terlalu,
     jatuh.

Bermaksud :

Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak harum terlalu hangit, b. Hendak masak langsung hangus, c. Hendak panjang terlalu, patah).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Hendak harum terlalu hangit.Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak masak langsung hangus, b. Terlampau panggang jadi hangus).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hendak tinggi terlalu, jatuh.Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak harum terlalu hangit, b. Hendak masak langsung hangus, c. Hendak panjang terlalu, patah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Hendak panjang terlalu, patah.Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak harum terlalu hangit, b. Hendak masak langsung hangus).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Terlampau panggang jadi hangus.Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak harum terlalu hangit, b. Hendak masak langsung hangus).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas