Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hangit (adjektif)
1. Bersinonim dengan hapak: pengit, tengik, tengit, sangit, masam,

2. Bersinonim dengan hangus: rentung, hitam,

Kata Terbitan : menghangitkan, kehangitan,

Peribahasa

Terlampau panggang jadi hangus.

Bermaksud :

Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak harum terlalu hangit, b. Hendak masak langsung hangus).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ayam goreng itu hangus/hangit kerana api terlalu besar. mana yang lebih sesuai? apakah perbezaan di antaranya? adakah hangit hanya boleh digunakan untuk makanan?Ayat yang tepat ialah "Ayam goreng itu hangus kerana api terlalu besar".

Hangus bermaksud menjadi binasa kerana dimakan api atau terbakar hingga menjadi hitam; manakala hangit ialah bau yang dapat dihidu akibat rosak atau terbakar (berkenaan makanan seperti nasi, lauk, kuih, dan sebagainya yang dimasak atau dibakar terlalu lama).
Tatabahasa18.07.2013
Apakah perbezaan antara hangus, hangit dan rentung? Terima kasihHangus bermaksud menjadi binasa kerana dimakan api atau terbakar hingga menjadi hitam; manakala hangit ialah bau yang dapat dihidu akibat rosak atau terbakar (berkenaan makanan seperti nasi, lauk, kuih, dan sebagainya yang dimasak atau dibakar terlalu lama). Rentung pula ialah terbakar hingga jadi abu (hangus): rumah dan harta benda habis ~; .Tatabahasa12.12.2013
Soalan : Nasi yang dimasak oleh kakak _______ kerana apinya kuat. Yang mana satukan jawapan yang paling tepat untuk soalan di atas. a) Hangit b) HangusNasi yang dimasak oleh kakak hangus kerana apinya kuat. Sila rujuk makna perkataan hangit dan hangus dalam kamus untuk membezakan makna antara kedua-duanya.Tatabahasa20.07.2012
Apakah jawapan untuk soalan yang berikut: Ayam yang digoreng oleh kakak telah________kerana api terlalu besar. A. Hangus B. Hangit C. Rentung D. Lemau Harap tuan dapat memberi penjelasan. Terima kasih.Ayat yang tepat ialah "Ayam goreng itu hangus kerana api terlalu besar".

Hangus bermaksud menjadi binasa kerana dimakan api atau terbakar hingga menjadi hitam; manakala hangit ialah bau yang dapat dihidu akibat rosak atau terbakar (berkenaan makanan seperti nasi, lauk, kuih, dan sebagainya yang dimasak atau dibakar terlalu lama).
Tatabahasa12.12.2013
Ikan yang dimasak oleh kakak hangit kerana dia terleka. Ikan yang dimasak oleh kakak hangus kerana dia terleka. ayat yang mana betul? terima kasih.Ayat yang tepat ialah 'Ikan yang dimasak oleh kakak hangus kerana dia terleka', hangus bermaksud menjadi binasa kerana dimakan api atau terbakar hingga menjadi hitam; manakala hangit ialah bau yang dapat dihidu akibat rosak atau terbakar (berkenaann makanan seperti nasi, lauk, kuih, dan sebagainya yang dimasak atau dibakar terlalu lama).Tatabahasa08.03.2011
Nasi yang ditanak hangus kerana dia leka menyiang ikan. (munsyi,apakah kesalahanayat ini? TK)Ayat yang betul ialah "Nasi yang ditanak telah hangit kerana dia leka menyiang ikan."Tatabahasa07.03.2013

Kembali ke atas