Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.ngus] | هاڠوس

Definisi : menjadi binasa kerana dimakan api, terbakar hingga menjadi hitam: maka mahligai itu pun habis ~; ikan itu tidak dapat dimakan lagi kerana ~ sewaktu dipanggang; ~(-hangus) hati a) panas hati, marah; b) terlalu rindu (ingin); belanja (perbelanjaan, wang) ~ wang hantaran pengantin lelaki kpd pihak perempuan utk belanja kahwin (lain drpd mas kahwin); ~ tiada berapi, karam tiada berair prb menderita kesusahan yg amat sangat; menghanguskan membakar sampai han­gus; ~ hati (dada) memanaskan hati, men­jadikan sangat marah; kehangusan 1. keadaan hangus; 2. terbakar hangus; ~ hati a) panas hati, sangat marah; b) kerinduan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.ngus] | هاڠوس

Definisi : sj ikan darat, arang ekor, Balan­tio­cheilus melanopterus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.ngus] | هاڠوس

Definisi : ; kayu ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), Dichapetalum (Chaillettia) spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.ngus] | هاڠوس

Definisi : menjadi rosak atau binasa kerana dimakan api; menjadi hitam kerana dimakan api: Rumahnya ~ dlm kebakaran itu. menghanguskan membakar se­suatu sampai hangus (menjadi hitam). kehangusan 1 keadaan hangus. 2 habis dimakan api; terbakar: Segala barang keperluannya ~ dlm kebakaran itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hangus
Rujuk :hangit

Puisi
 

Masak udang dalam perahu,
     Ubi rebus terletak di padang;
Zaman sekarang kalau nak tahu,
     Budi hangus menjadi arang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Angus (hangus) tiada berapi,
     karam tiada berair.

Bermaksud :

Menderita kesusahan kerana kematian atau kehilangan kekasih. (Peribahasa lain yang sama makna: Hanya tiada berapi, sejuk tiada berair).

 

Lihat selanjutnya...(12)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
clinkerbatu hangusKejuruteraanKejuruteraan BangunanBebola simen yang terlakur semasa proses membakar batu kapur tanah liat, atau syal di dalam relau. Batu hangus diperlukan dalam pengeluaran simen.
scorchhangusKejuruteraanTiadaTiada
charhangusPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
burnthangus; hangitPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
empyreumatichangus; hangitPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
clinkerbatu hangusGeologiTiada1. Batu arang yang berubah oleh rejahan igneus.,2. Jisim abu batu arang yang merupakan hasil sampingan daripada pembakaran.
clinkerbatu hangusKejuruteraanTiadaTiada
leaf scorchhangus daunPerhutananTiadaTiada
clinkerbatu hangusKesenianTiadaTiada
charred documentdokumen hangusKomunikasi MassaTiadaTiada
12345

Kembali ke atas