Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : menjadi binasa kerana dimakan api, terbakar hingga menjadi hitam: maka mahligai itu pun habis ~; ikan itu tidak dapat dimakan lagi kerana ~ sewaktu dipanggang; ~(-hangus) hati a) panas hati, marah; b) terlalu rindu (ingin); belanja (perbelanjaan, wang) ~ wang hantaran pengantin lelaki kpd pihak perempuan utk belanja kahwin (lain drpd mas kahwin); ~ tiada berapi, karam tiada berair prb menderita kesusahan yg amat sangat; menghanguskan membakar sampai hanĀ­gus; ~ hati (dada) memanaskan hati, menĀ­jadikan sangat marah; kehangusan 1. keadaan hangus; 2. terbakar hangus; ~ hati a) panas hati, sangat marah; b) kerinduan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hangus
Rujuk :hangit

Puisi
 

Masak udang dalam perahu,
     Ubi rebus terletak di padang;
Zaman sekarang kalau nak tahu,
     Budi hangus menjadi arang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Terlampau panggang jadi hangus.

Bermaksud :

Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak harum terlalu hangit, b. Hendak masak langsung hangus).

 

Lihat selanjutnya...(12)


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
clinkerbatu hangusbatu hangusbatu hangusKejuruteraan
charring ablatorablator hangusablator rentung; ablator hangusablator rentung; ablator hangusAeroangkasa
inhalation burnhangus/lecur inhalasihangus/lecur inhalasilecur inhalasiPerubatan
full thickness burnsluka bakar lengkaphangus/lecur penuh tebal lengkaphangus penuh tebalPerubatan
3rd degree burnsluka bakar derajat IIIlecur/luka bakar/darjah ketigahangus darjah ketigaPerubatan
2nd degree burnsluka bakar derajat IIlecur/luka bakar/darjah keduahangus darjah keduaPerubatan
1st degree burnsluka bakar derajat Ilecur/luka bakar/darjah pertamahangus darjah pertamaPerubatan
flash burnkebakaran pancaranhangus pancarankebakaran pancaranPerubatan
eclipse burnkebakaran gerhanahangus gerhanakebakaran gerhanaPerubatan
foliar burnbakar daunhangus daunbakar daunPertanian
12

Kembali ke atas