Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[han.ta.ran] | هانترن

Definisi : 1. sesuatu yg dihantar (dikirim), kiriman: petani-petani sambilan ini mungkin mendapat ~ drpd anak dan ahli keluarga yg melakukan migrasi; 2. = ~ kahwin = wang ~ wang yg dihantar oleh pihak lelaki kpd bakal mentua utk perbelanjaan perkahwinan, belan­ja hangus; 3. (dlm majlis perkahwinan orang Melayu) hadiah (berupa makanan, pakaian, dsb) yg dibawa bersama wang hantaran: pihak pengantin lelaki membawa tujuh dulang ~; 4. (dlm permainan bola sepak dll) tendangan (balingan dsb) bola ke sesuatu tempat atau kpd pemain lain: ~nya tidak sampai kpd kawannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[han.ta.ran] | هانترن

Definisi : 1 sesuatu yg dihantar; kiriman. 2 = wang ~ wang yg dihantar oleh pihak pengantin lelaki kpd pihak pengantin perempuan. 3 barang-barang spt pa­kaian, makanan yg berupa hadiah yg dibawa bersama wang hantaran oleh pihak pengantin lelaki utk pengantin perempuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hantar
Kata Terbitan : berhantar, menghantar, hantar-menghantar, hantaran, penghantaran, penghantar,


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
rolek[č.le/]kata namakebiasaan yang selalu dilakukan mengikut budaya setempat, kelaziman.Rolek kito ore klate, pitih blanjo nikoh buleh ko hok tino semo.[č.le/ ki.t .ÄE klA.tE pi.tih blAn.dZ n:i.kh bu.leh k h/ t:i.n s:«.m]Mengikut kebiasaan orang Kelantan, wang hantaran perkahwinan akan jadi milik pengantin perempuan keseluruhannya.

Kembali ke atas