Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[han.ta.ran] | هانترن

Definisi : 1. sesuatu yg dihantar (dikirim), kiriman: petani-petani sambilan ini mungkin mendapat ~ drpd anak dan ahli keluarga yg melakukan migrasi; 2. = ~ kahwin = wang ~ wang yg dihantar oleh pihak lelaki kpd bakal mentua utk perbelanjaan perkahwinan, belan­ja hangus; 3. (dlm majlis perkahwinan orang Melayu) hadiah (berupa makanan, pakaian, dsb) yg dibawa bersama wang hantaran: pihak pengantin lelaki membawa tujuh dulang ~; 4. (dlm permainan bola sepak dll) tendangan (balingan dsb) bola ke sesuatu tempat atau kpd pemain lain: ~nya tidak sampai kpd kawannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[han.ta.ran] | هانترن

Definisi : 1 sesuatu yg dihantar; kiriman. 2 = wang ~ wang yg dihantar oleh pihak pengantin lelaki kpd pihak pengantin perempuan. 3 barang-barang spt pa­kaian, makanan yg berupa hadiah yg dibawa bersama wang hantaran oleh pihak pengantin lelaki utk pengantin perempuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hantar
Kata Terbitan : berhantar, menghantar, hantar-menghantar, hantaran, penghantaran, penghantar,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamu'alaikum dan selamat sejahteta. Saya ingin bertanya apakah penjodoh bilangan untuk SMS, e-mel, mesej WhatsApp, hantaran Facebook, hantaran Instagram, "tweet" Twitter dan yang sejenis dengannya? Terima kasih.Untuk makluman puan, tidak semua perkataan menerima penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan lazimnya mengikut bentuk atau konsep sesuatu benda. Dalam konteks ini,  penjodoh bilangan yang sesuai digunakan ialah satu.Lain-lain28.05.2018
Apakah padanan bahasa inggeris yang sesuai bagi menerjemah ayat/istilah ini: 1. Hantaran Kahwin 2. Mas Kahwin 3. Belanja Kahwin 5. Berbalas Hantaran 6. Wang Hantaran 7. Akad Nikah 8. Nafkah 9. Nafkah Zahir dan Batin 10.Duduk bersimpuh 11. Pernikahan Kali ke? 12. Isteri ke? tema istilah, perkahwinan dan pernikah sekian terima kasih.Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.Penyemakan dan penterjemahan28.03.2022
Assalamualaikum, Saya ingin mendapatkan perbezaan terjemahan Bahasa Inggeris bagi mas kahwin (mahar) dan belanja hantaran. Mengikut pemahaman saya, kedua-duanya adalah 'dowry'. Sila jelaskan. Terima kasih.Dalam pangkalan data kami, istilah bahasa Melayu untuk "dowry" ialah mahar, hantaran kahwin atau mas kahwin. Istilah "belanja hantaran" tidak ada dalam pangkalan data kami.Istilah11.07.2013
Apakah terjemahan untuk “social media post?” Adakah “hantaran media sosial” atau “siaran media sosial”?Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah social media post ialah hantaran media sosial. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah23.03.2023
Apakah istilah yang sesuai bagi "Instagram posts" dan "I posted a picture on Instagram"?Maksud Instagram posts ialah Hantaran di Instagram. Terjemahan yang sesuai bagi I posted a picture on Instagram ialah Saya membuat hantaran gambar di InstagramMakna11.08.2019
Apakah terjemahan yang paling tepat bagi istilah "social media post"? Adakah perkataan pos sesuai untuk digunakan dalam konteks ini?Dalam konteks media sosial, "post" diterjemahkan kepada "Hantaran". Oleh itu, terjemahan yang sesuai ialah "Hantaran Media Sosial". Penyemakan dan penterjemahan23.04.2018
Assalamualaikum, Saya tertarik dengan hantaran Twitter DBP di mana salah satu daripada intinya adalah kecelaruan ejaan burung legenda iaitu geroda (garuda salah). Mengapakah DBP, apabila menyusun dan menerbitkan Kamus Dewan menggunakan geroda sebagai ejaan baku (Indonesia menggunakan garuda sebagai yang ejaan baku) walhal secara lazimnya dalam percakapan dan penulisan, garuda lebih banyak digunakan. Apakah pewajaran tersebut? Mungkin boleh berkongsi supaya dapat diberi penjelasan kepada mereka yang seakan-akan 'marah' dan 'maki hamun' apabila dibetulkan ejaan garuda ke geroda.Soalan saudara akan dipanjangkan ke bahagian Perkamusan.  Jawapan mungkin mengambil masa dan akan dijawab melalui e-mel.Lain-lain09.03.2018
Tab permohonan tiada pilihan untuk "hantaran permohonan"bagi pengguna kali pertama, hanya ada senarai permohonan. Bagaimankah dalam keadaan ini?Kami tidak dapat menghubungi pihak tuan kerana tiada maklumat yang dilampirkan. Untuk bantuan teknikal, hubungi kami melalui talian 03-21479400/9691.Lain-lain13.06.2017
Adakah terdapat istilah 'ciapan'? Kerana rujukan kepada akhbar dan artikel memetik perkataan ciapan yang membawa erti 'posting' di media sosial. Adapun dapatan lain bagi maksud 'posting' dapat dilihat hantaran media sosial. Terima kasih.

Perkataan “ciapan” bermaksud bunyi yang dikeluarkan oleh anak ayam, burung dan sebagainya. (Kamus Dewan Perdana). Perkataan yang merujuk kepada posting di media sosial ialah “hantaran” atau “twit” (khusus untuk aplikasi Twitter).

Lain-lain04.10.2022
Apa khabar. Adakah kata 'sarkastik' seerti dengan 'bersarkasme'? Contoh ayat: Semua seringkali sarkastik/bersarkasme apabila menulis hantaran (posting) di media sosial. kata 'sarkastik' dan 'sarkasme' mempunyai maksud yang sama,  kiasan atau ironi yg mengandungi unsur-unsur kata yg pedas yg bertujuan utk menyakitkan hati seseorang, sindiran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Sastera25.01.2018
12

Kembali ke atas