Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[han.ta.ran] | هانترن

Definisi : 1. sesuatu yg dihantar (dikirim), kiriman: petani-petani sambilan ini mungkin mendapat ~ drpd anak dan ahli keluarga yg melakukan migrasi; 2. = ~ kahwin = wang ~ wang yg dihantar oleh pihak lelaki kpd bakal mentua utk perbelanjaan perkahwinan, belan­ja hangus; 3. (dlm majlis perkahwinan orang Melayu) hadiah (berupa makanan, pakaian, dsb) yg dibawa bersama wang hantaran: pihak pengantin lelaki membawa tujuh dulang ~; 4. (dlm permainan bola sepak dll) tendangan (balingan dsb) bola ke sesuatu tempat atau kpd pemain lain: ~nya tidak sampai kpd kawannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[han.ta.ran] | هانترن

Definisi : 1 sesuatu yg dihantar; kiriman. 2 = wang ~ wang yg dihantar oleh pihak pengantin lelaki kpd pihak pengantin perempuan. 3 barang-barang spt pa­kaian, makanan yg berupa hadiah yg dibawa bersama wang hantaran oleh pihak pengantin lelaki utk pengantin perempuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hantar
Kata Terbitan : berhantar, menghantar, hantar-menghantar, hantaran, penghantaran, penghantar,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
nopung Kdbarang hantaran daripada pihak keluarga lelaki kepada pihak perempuan.Benda-benda hantaran seperti gong, canang, meriam kecil, kerbau, geran tanah dan seumpamanya yang dipanggil nopung, jelas Ivan penuh sabar. "Semuanya akan diserahkan kepada keluarga pihak perempuan."Debur MenerpaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
musandak Tbhantaran kahwin.Itu bilang, ini satunya bariyan (berian). Jadi manusia itu dia ambil itu kepala buat musandak (hantaran kahwin). Musandak itu manusia baru kau dapat kahwin.Membaca Mitos dan Legenda KadazandusunGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pembulian, *pambulian* Mrpembayaran balik bagi memenuhi sebahagian daripada hantaran belanja perkahwinan yang belum dipenuhi.Daripada pengalamannya itu, Eyat menjadi fasih berbahasa Melayu. Dia pernah berkahwin, tapi jodohnya tidak panjang. Isterinya diambil balik oleh keluarga mentuanya, kerana Eyat gagal menjelaskan pembulian ataupun "membayar balik" hantaran pemberian perkahwinannya.Setulus SarinaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
linapon Mrkerbau yang disembelih pada hari perkahwinan yang dipercayai boleh menolak bala atau membuang sial. Bagi suku kaum Murut ia adalah salah satu hantaran perkahwinan, manakala bagi suku kaum Dusun pula ia tidak termasuk hantaran perkahwinan tetapi wajib dilaksanakan untuk tujuan di atas.Selain daripada menyembelih kerbau linapon yang disembelih untuk hidangan di majlis keramaian itu. Paha kerbau yang menjadi bintang diuntukkan kepada ayah Paring. Itulah keperluan adat bintas dalam masyarakat mereka.Antologi Cerpen Dukanya AbadiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
buru Tbhantaran perkahwinan.Nanak akhirnya mengeluh. Ada rasa kesal. Fasal buru, fasal kahwin, tanah terpaksa dijual. Bukankah bodoh namanya. Pada Nanak tanah sekarang bukan senang nak dapat.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
berian MSbhantaran berupa wang atau harta benda dalam perkahwinan.Engkau menghabiskan wangmu untuk betina-betina itu, sehingga engkau tidak dapat menjelaskan berian yang masih terhutang itu.Antologi Cerpen Dukanya AbadiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
barian MSbhantaran perkahwinan.Jumlah barian itu bergantung kepada kedudukan pihak perempuan dalam masyarakat Iranun. Keluarga masyarakat Iranun terdiri daripada keturunan Datu, Syarif, dan orang biasa serta hamba abdi. Jika kedudukan keluarga pihak perempuan itu tinggi maka tinggilah pula hantarannya.Proses Perkahwinan Masyarakat IranunGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
mengapit damak Tbmenghantar hantaran perkahwinan.Dua tahun bertunang. Baru nak mengapit damak?Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
buli Mr Nbberian (hantaran) yang terhutang.“Kalau dia nak beristeri, janganlah mimpi. Ingatkan dia bulinya belum selesai lagi. Bagaimana nak beristeri kalau buli engkau sendiri belum dapat dia bayar?” bentak Angusi.Antologi Cerpen Dukanya AbadiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pintal-memintal Tbperbincangan akhir tentang hantaran.Acara belum bermula lagi. Pintal-memintal belum kedengaran. Sebentar lagi, Imam Tuk Batil akan berhadapan dengan Turagai. Mereka akan berbincang sebaik-baik mungkin. Mana yang tidak kena, akan dicari jalan penyelesaian.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
12

Kembali ke atas