Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[han.ta.ran] | هانترن

Definisi : 1. sesuatu yg dihantar (dikirim), kiriman: petani-petani sambilan ini mungkin mendapat ~ drpd anak dan ahli keluarga yg melakukan migrasi; 2. = ~ kahwin = wang ~ wang yg dihantar oleh pihak lelaki kpd bakal mentua utk perbelanjaan perkahwinan, belan­ja hangus; 3. (dlm majlis perkahwinan orang Melayu) hadiah (berupa makanan, pakaian, dsb) yg dibawa bersama wang hantaran: pihak pengantin lelaki membawa tujuh dulang ~; 4. (dlm permainan bola sepak dll) tendangan (balingan dsb) bola ke sesuatu tempat atau kpd pemain lain: ~nya tidak sampai kpd kawannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[han.ta.ran] | هانترن

Definisi : 1 sesuatu yg dihantar; kiriman. 2 = wang ~ wang yg dihantar oleh pihak pengantin lelaki kpd pihak pengantin perempuan. 3 barang-barang spt pa­kaian, makanan yg berupa hadiah yg dibawa bersama wang hantaran oleh pihak pengantin lelaki utk pengantin perempuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hantar
Kata Terbitan : berhantar, menghantar, hantar-menghantar, hantaran, penghantaran, penghantar,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Hantaran penyeri majlis perkahwinanNor Affizar IbrahimBerita Harian22.08.2007
Hantaran barang pusaka 1Ramli Jalimin JainiBacaria18.07.1992
'Hantaran, mas kahwin dan belanja hangus warisan tradisi Melayu'TiadaBacaria06.01.1985
'Hantaran' good enough to eatDazman MananNew Straits Times (Life & Times)12.02.2001
Adat Hantaran Yang Berbesa (Kelmarin Yang Hilang)Iman Al-HakimUtusan Malaysia18.04.2006
Raja minta hantaran tangga emasTiadaBacaria12.11.1984
Sirih junjung pelengkap hantaran perkahwinanNor Affizar IbrahimBerita Harian30.05.2007
Sirih junjung bawa hajat - 'kepala' barang hantaranHidayah MohammadBerita Harian18.07.2008
Che Berhah berkongsi ilmu melalui gubahan hantaranFatah SulaimanMingguan Malaysia (Pancaindera)18.02.2001

Kembali ke atas