Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[han.tu] | هنتو

Definisi : 1. ciptaan khayalan manusia yg menakutkan atau menggerunkan; bahasa ~ bahasa yg dipakai oleh pawang; jari ~ jari tengah; kena ~ = dirasuk ~ sakit kerana diganggu hantu; disapa ~ = tersapa ~ = ditegur ~ demam kerana ditegur hantu; 2. ki pengintip rahsia; ~ mata-mata pengintip rahsia bagi polis; 3. ki orang yg sangat jahat (buruk dll): ~ judi orang yg sangat suka berjudi; anak ~ anak yg sangat jahat; rupanya spt ~ rupanya tersangat buruk; 4. yg tumbuh liar, yg tumbuh dlm hutan: kacang ~; limau ~; pisang ~; ~ air hantu yg terdapat di air (di sungai dll); ~ angin hantu yg boleh mengaramkan kapal; ~ aru-aru hantu hutan; ~ bungkus hantu yg berupa mayat berbungkus; ~ bunian siluman (orang halus yg tinggal di hutan); ~ gunung (laut, rimba, sungai) hantu yg menjaga (menghuni) gunung (laut, rimba, sungai); ~ jembalang, ~ puaka, ~ tanah hantu-hantu penunggu; ~ raya hantu peliharaan utk menjadi pengawal (suruhan) tuannya; ~ toyol hantu peliharaan utk disuruh mencuri; takut di~ terpeluk ke bangkai prb mendapat kesusahan kerana takut akan sesuatu yg tidak patut ditakutkan; berhantu ada hantunya, kemasukan (kera­sukan) hantu; menghantu 1. menjadi hantu; 2. ki menimbulkan rasa takut (gelisah, resah, dsb): malam tambah ~; dia bersiar-siar ke luar kota utk melupakan kesibukan kota yg ~; menghantui 1. ki mengganggui (fikiran), mengusik (jiwa): peristiwa ngeri itu terus ~ fikirannya; 2. mempengaruhi (dgn cara menakut-nakutkan): dgn sikapnya yg agresif dia ~ manusia ke arah kekacauan dgn semboyan revolusi proletariat; kehantuan sifat atau perbuatan yg dikaitkan spt hantu: ia disejajarkan dgn sifat-sifat ~, kejelikan, dan kejahatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[han.tu] | هنتو

Definisi : ; burung ~ 1. sj burung malam, jampuk, ~ kuang kuit, Otus scops; 2. sj burung, carik kafan, Strix seloputo; 3. sj burung, ~ ikan, Ketupa zeylonensis; 4. sj burung, ketumbuk, ketampi, ~ kuning, Ketupa ketupu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[han.tu] | هنتو

Definisi : 1 roh yg kononnya jahat lagi menakutkan dan dipercayai terdapat di tempat-tempat tertentu: ~ air; ~ bungkus; ~ jembalang; ~ syaitan. 2 ki orang yg sangat jahat atau sangat buruk. ~ judi orang yg suka bermain judi. berhantu ada hantunya: Rumah itu ~. meng­hantu 1 menjadi hantu atau spt hantu: Kian hari dia kian ~. 2 ki bertambah-tambah (menjadi-jadi) dan menimbulkan rasa takut; gelisah. meng­hantui menyebabkan atau me­nimbulkan rasa tidak tenteram atau gelisah; mengganggu; mengusik: Dia cuba menghilangkan perasaan takut yg ~ fikirannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hantu (kata nama)
1. Dalam konteks jenis
bersinonim dengan pelesit, pontianak, langsuir, afrit, ifrit, jin, toyol, roh jahat, jembalang, penunggu, polong, mambang, kelambai, orang halus, orang bunian, balung, gedembai, syaitan, iblis, puaka, kemamang, majang, penjaga, datuk, penanggalan, bolong, sundal, siluman, serindai, semangat,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan kaki, ketagih, gemar, suka,

Kata Terbitan : berhantu, menghantui,

Puisi
 

Apa benda di tepi hutan,
     Entah hantu entah syaitan;
Tak biasa ribut serta taufan,
     Jangan berani belayar lautan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Burung hantu kesiangan.

Bermaksud :

Tak dapat berbuat apa-apa kerana kehabisan daya.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tengelong[t«.N«.loN]kata namasejenis hantu yang berkepala (manusia) tanpa badan (tetapi mempunyai bahagian-bahagian dalam perut), penanggal; tenggelong.Orang kampong dok sibok pasai depa dok jumpa tenggelong tiap malam.[.ÒAN kAm.poN do/ si.bo/ pA.sAj dE.pA do/ dZum.pA t«.N«.loN ti.jAp mA.lAm]Orang kampung sibuk kerana mereka selalu berjumpa dengan hantu penanggal setiap malam.
tenggelong[t«N.g«.loN]kata namasejenis hantu yang berkepala (manusia) tanpa badan (tetapi mempunyai bahagian-bahagian dalam perut), penanggal; tengelong.Orang kampong dok sibok pasai depa dok jumpa tenggelong tiap malam.[.ÒAN kAm.poN do/ si.bo/ pA.sAj dE.pA do/ dZum.pA t«N.g«.loN ti.jAp mA.lAm]Orang kampung sibuk kerana mereka selalu berjumpa dengan hantu penanggal setiap malam.

Kembali ke atas