Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.nya] | هاڽ

Definisi : 1. tidak lebih drpd, cuma, sahaja: kemanakan hamba ~ seorang saja; dia ~ menjalankan tanggungjawabnya; dia ~ mengangguk; dia ~ seorang perempuan; ~ satu satu sahaja; 2. sekiranya (terdapat atau berlaku sesuatu keadaan dsb yg tertentu sahaja), sekiranya (kalau) ... sahaja: ~ apabila darjah itu tidak banyak mempunyai kanak-kanak baru boleh dijalankan pengajaran berseorangan; kita akan memberikan bantuan ~ kalau dia benar-benar memerlu­kannya; 3. melainkan, kecuali: yg lain bersetuju, ~ dia yg tidak bersetuju. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.nya] | هاڽ

Definisi : 1 tidak lebih drpd; cuma: Anak saya ~ seorang. 2 melainkan; kecuali: Yg lain semuanya hadir, ~ dia yg tidak hadir dlm majlis itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hanya (kata tugas)
1. Bersinonim dengan cuma: semata-mata, sahaja,

2. Bersinonim dengan kecuali: melainkan, selain.,


Puisi
 

Budak-budak menjual pulut,
     Pulut dijual di pagi hari;
Kasih adinda hanya di mulut,
     Kasih tak sampai ke dalam hati.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

cubaan

Bermaksud :

hanya cuba

 

Lihat selanjutnya...(54)


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
esoterik(bkn fahaman, kepercayaan, puisi dll) hanya difahami, diketahui atau dihayati oleh sebilangan kecil orang sahajaKamus Dewan Perdana
elektromagnetbesi lembut atau keluli yg menjadi magnet hanya apb arus elektrik dialirkan melalui dawai yg dililitkan padanya, mis yg terdapat dlm sistem telefon dan loceng elektrikKamus Dewan Perdana
emuburung besar yg tidak boleh terbang yg rupanya seakan-akan burung unta, mempunyai bulu lembut yg berwarna coklat dan boleh mencapai ketinggian sehingga 2 m dan berat sehingga 45 kg dan hanya terdapat di AustraliaKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas