Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.nya] | هاڽ

Definisi : 1. tidak lebih drpd, cuma, sahaja: kemanakan hamba ~ seorang saja; dia ~ menjalankan tanggungjawabnya; dia ~ mengangguk; dia ~ seorang perempuan; ~ satu satu sahaja; 2. sekiranya (terdapat atau berlaku sesuatu keadaan dsb yg tertentu sahaja), sekiranya (kalau) ... sahaja: ~ apabila darjah itu tidak banyak mempunyai kanak-kanak baru boleh dijalankan pengajaran berseorangan; kita akan memberikan bantuan ~ kalau dia benar-benar memerlu­kannya; 3. melainkan, kecuali: yg lain bersetuju, ~ dia yg tidak bersetuju. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.nya] | هاڽ

Definisi : 1 tidak lebih drpd; cuma: Anak saya ~ seorang. 2 melainkan; kecuali: Yg lain semuanya hadir, ~ dia yg tidak hadir dlm majlis itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hanya (kata tugas)
1. Bersinonim dengan cuma: semata-mata, sahaja,

2. Bersinonim dengan kecuali: melainkan, selain.,


Puisi
 

Budak-budak menjual pulut,
     Pulut dijual di pagi hari;
Kasih adinda hanya di mulut,
     Kasih tak sampai ke dalam hati.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

cubaan

Bermaksud :

hanya cuba

 

Lihat selanjutnya...(54)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
alkanaalkaneKumpulan sebatian hidrokarbon tepu yang mengandungi hanya ikatan tunggal antara atom-atom karbon di dalam molekulnya. Alkana tidak larut dalam air, hanya larut dalam kloroform dan benzena, kurang reaktif, tetapi dapat bertindak balas dengan klorin atau bromin dengan kehadiran cahaya. Formulanya, CnH2n+2 .Menengah Atas
hidrokarbonhydrocarbonSebatian organik yang hanya terdiri daripada unsur-unsur karbon dan hidrogen sahaja. Hidrokarbon terbahagi kepada hidrokarbon tepu dan hidrokarbon tak tepu. Contohnya, alkana dan alkena.Menengah Atas
persamaan ionionic equationPersamaan yang hanya melibatkan ion yang bertindak balas.Menengah Atas
komensalismecommensalismHubungan antara dua organisma yang hanya memberikan faedah kepada satu pihak sahaja dan tidak merugikan pihak yang satu lagi.Menengah Rendah
kacukan monohibridmonohybrid crossKacukan pembiakbakaan yang hanya melibatkan satu ciri sahaja.Menengah Atas
enzim intraselintracellular enzymeEnzim yang aktif hanya di dalam sel tempat ia terbentuk.Menengah Atas
organisma uniselunicellular organismOrganisma yang terdiri daripada hanya satu sel. Contohnya, ameba dan paramesium. Lihat RajahMenengah Rendah
gerhana separapartial eclipseGerhana yang berlaku apabila hanya sebahagian daripada permukaan bulan atau matahari terlindung. Lihat RajahSekolah Rendah
aerobaerobicOrganisma yang dapat hidup dan mendapat tenaga hanya dalam keadaan beroksigen.Menengah Atas
bahan tulenpure substanceUnsur atau sebatian yang terdiri daripada hanya satu komponen itu sahaja dengan sifat fizikal dan kimia yang tertentu.Menengah Atas
12

Kembali ke atas