Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.nya] | هاڽ

Definisi : 1. tidak lebih drpd, cuma, sahaja: kemanakan hamba ~ seorang saja; dia ~ menjalankan tanggungjawabnya; dia ~ mengangguk; dia ~ seorang perempuan; ~ satu satu sahaja; 2. sekiranya (terdapat atau berlaku sesuatu keadaan dsb yg tertentu sahaja), sekiranya (kalau) ... sahaja: ~ apabila darjah itu tidak banyak mempunyai kanak-kanak baru boleh dijalankan pengajaran berseorangan; kita akan memberikan bantuan ~ kalau dia benar-benar memerlu­kannya; 3. melainkan, kecuali: yg lain bersetuju, ~ dia yg tidak bersetuju. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.nya] | هاڽ

Definisi : 1 tidak lebih drpd; cuma: Anak saya ~ seorang. 2 melainkan; kecuali: Yg lain semuanya hadir, ~ dia yg tidak hadir dlm majlis itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hanya (kata tugas)
1. Bersinonim dengan cuma: semata-mata, sahaja,

2. Bersinonim dengan kecuali: melainkan, selain.,


Puisi
 

Budak-budak menjual pulut,
     Pulut dijual di pagi hari;
Kasih adinda hanya di mulut,
     Kasih tak sampai ke dalam hati.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

cubaan

Bermaksud :

hanya cuba

 

Lihat selanjutnya...(54)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SYARIKAT BERHAD

Syarikat berhad ialah pertubuhan perniagaan

dengan setiap pemegang saham hanya

bertanggungjawab terhadap saham yang

dipegangnya. Sekiranya syarikat berhutang, orang

yang memegang saham hanya akan hilang wang

yang dilaburkan untuk membeli saham tersebut.

Pihak pemiutang tidak boleh menyaman pelabur

tersebut untuk mendapatkan kembali wang yang

dihutang oleh syarikat berkenaan. Di Great Britain,

dan banyak negara yang lain, perkataan Berhad (Bhd.)

atau Limited (Ltd.) dalam bahasa Inggeris atau

singkatan plc (“public limited company” atau syarikat

awam berhad) yang digunakan selepas nama

sesebuah syarikat menunjukkan bahawa tanggungan

pelabur di dalam syarikat tersebut adalah terhad ke

atas jumlah wang yang telah dilaburkan.

UMUM 
TELEFON KUASA-BUNYI

Telefon kuasa-bunyi ialah peranti komunikasi

yang beroperasi hanya dengan kuasa bunyi yang

bergerak melaluinya. Telefon dan kebanyakan

sistem telekomunikasi yang lain beroperasi dengan

kuasa elektrik yang dibekalkan oleh bateri atau

talian elektrik. Walau bagaimanapun, telefon kuasa-bunyi

tidak mempunyai sumber kuasa luar selain

yang dibekalkan oleh gelombang bunyi.

Telefon kuasa-bunyi hanya dapat beroperasi pada

jarak dekat, biasanya tidak melebihi 25 kilometer.

Oleh sebab tiada penguat digunakan, penutur mesti

bercakap dekat dengan telefon dan dengan suara

yang kuat. Walau bagaimanapun, telefon kuasa-bunyi

mempunyai kebaikan dari segi daya tahan,

boleh diharap, dan menjimatkan.

UMUM 
AMERIKA SYARIKAT

Amerika Syarikat ialah negara yang ketiga

terbesar di dunia dari segi jumlah penduduk dan

yang keempat terbesar dari segi luas kawasan.

Hanya China dan India mempunyai jumlah

penduduk yang lebih ramai daripada Amerika

Syarikat. Hanya Rusia, Kanada dan China mempunyai

kawasan yang lebih luas daripada Amerika Syarikat.

Amerika Syarikat meliputi keseluruhan bahagian

tengah Amerika Utara. Negara ini bermula dari

Lautan Atlantik di timur hingga ke Lautan Pasifik di

barat. Amerika Syarikat termasuklah Alaska yang

terletak di barat laut Amerika Utara, dan Hawaii yang

terletak jauh di Lautan Pasifik. Dalam bahasa

Inggeris, Amerika Syarikat sering dikenali sebagai

U.S ., U.S.A ., atau America .

UMUM 
PLATIPUS

Platipus ialah satu daripada hanya dua mamalia

yang membiak dengan bertelur. Satu lagi mamalia

yang bertelur ialah ekidna atau tenggiling berduri.

Platipus juga sering dikenali sebagai paruh itik

kerana mempunyai muncung yang lebar, leper,

dan tidak berbulu yang menyerupai paruh itik.

UMUM 
UNSURBahan paling ringkas yang mengandungi hanya satu jenis atom atau yang terdiri daripada atom yang sama jenis.KIMIAKonsep
MENANDER

Menander (342?–291? S.M.) ialah penulis drama

Yunani yang mengarang lebih 100 buah komedi.

Karyanya hanya diketahui melalui fragmen

lakonannya, adaptasi plotnya oleh penulis drama

Rom, Plautus, dan Terence dan satu-satunya

lakonan lengkap Dyscolos. Drama ini, yang mula-mula

dipentaskan pada tahun 315 S.M., hanya

dijumpai semula pada tahun 1959.

UMUM 
MOLEKUL

Molekul adalah satu daripada unit asas jirim.

Molekul ialah unsur terkecil sesuatu bahan dapat

dibahagikan dan masih mempunyai sifat-sifat kimia

bahan asal. Jika bahan ini dibahagikan lagi, hanya

atom unsur kimia yang tinggal. Contohnya, setitis

air mengandungi berbilion-bilion molekul air. Jika

titisan ini boleh dibahagikan sehingga hanya satu

molekul air yang tinggal, titisan yang terakhir ini

masih mempunyai kesemua sifat kimia air. Tetapi,

jika satu molekul air ini dibahagikan, hanya atom

unsur hidrogen dan oksigen yang tinggal.

UMUM 
AUTOKRASI

Autokrasi ialah bentuk kerajaan yang hanya

seorang memegang kuasa tertinggi. Pemegang

kuasa ini tidak boleh disekat, menurut undang-

undang, oleh mana-mana institusi atau kumpulan

rakyat daripada melakukan apa yang

dikehendakinya. Walau bagaimanapun, beberapa

pemimpin telah menggunakan

pertanggungjawaban umum dan pilihan raya untuk

menyembunyikan sikap autokrasi mereka.

UMUM 
MONOREL

Monorel ialah landasan kereta api yang hanya

mempunyai satu landasan. Gerabak monorel

bergerak di sepanjang landasan sama ada di atas

atau di bawah. Gerabak yang di atas landasan

mempunyai alat giroskop untuk mengimbangi atau

memandu roda yang mencengkam sisi landasan

untuk menahan gerabak daripada terbalik. (Lihat

Giroskop).

UMUM 
NAFTA

Nafta ialah mana-mana cecair yang hanya terdiri

daripada atom hidrogen dan karbon yang mendidih

di bawah 200°C. Nafta yang diperoleh semasa

penapisan petroleum dicampurkan untuk membuat

petrol. Sesetengah jenis nafta digunakan untuk

melarutkan getah dan untuk mencairkan cat dan

varnis. Yang lain digunakan sebagai bahan

pembersih dan sebagai bahan dalam pembuatan

gas artifisial. Nafta boleh dihasilkan apabila tar batu

arang, iaitu bahan melekit yang dibuat daripada

batu arang lembut disuling. Nafta tar batu arang

digunakan sebagai bahan pelarut dan dalam

pembuatan rebin sintetik (artifisial). Nafta tulen

mudah meletup apabila terdedah kepada api.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas