Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hanya (kata tugas)
1. Bersinonim dengan cuma: semata-mata, sahaja,

2. Bersinonim dengan kecuali: melainkan, selain.,


Peribahasa

Ada wang abang sayang,
     tak ada wang abang melayang.

Bermaksud :

Kasih sayang hanya kerana memandang harta benda. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada wang abang saya, tak ada wang abang payah).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
depression springmata air lekukanGeologiTiadaMata air yang airnya mengalir ke permukaan dari bahan yang telap hanya kerana permukaan itu menganjur ke bawah hingga ke muka air tanah.
depression springmata air lekukanHidrogeologiTiadaMata air yang airnya mengalir ke permukaan dari bahan yang telap hanya kerana permukaan itu menganjur ke bawah hingga ke muka air tanah (Meinzer). Ruj.: Bryan 1919
barotropic instabilityketakstabilan barotropiSainsHidrometeorologiKetakstabilan hidrodinamik yang timbul daripada taburan tertentu kevortisan di dalam aliran tak capah dua dimensi. Ini merupakan ketakstabilan inersia kerana hanya tenaga kinetik yang berpindah antara arus dan gangguan. Ubahan kevortisan (iaitu ricihan) di dalam arus asas mungkin tertumpu dalam ketakselanjaran ricihan angin mendatar (untuk dibezakan daripada ketakstabilan Helmholtz, yang halajunya sendiri tak selanjar) atau mungkin terus tersebar dalam profil halaju lengkung. Suatu keadaan yang perlu diketahui umum untuk ketakstabilan barotropi ialah kevortisan mesti berubah (iaitu hilang) di titik ricihan maksimum.
air-earth conduction currentarus konduksi udara-bumiSainsHidrometeorologiBahagian arus udara-bumi yang disebabkan oleh konduksi elektrik atmosfera itu sendiri. Arus ini diwakili oleh gerakan (ke bawah) cas positif ruang di kawasan bebas ribut-petir di seluruh dunia. Arus konduksi merupakan bahagian terbesar arus udara-bumi dan jauh melebihi sumbangan arus kerpasan dan arus olakan. Magnitudnya lebih kurang lebih kurang 3 x 10-16 amp/cm2, atau lebih kurang 1800 ampere, bagi seluruh bumi. Cerapan variasi menegak arus konduksi yang telah dilakukan menunjukkan bahawa arus konduksi udara-bumi adalah lebih kurang seragam di seluruh troposfera, satu keadaan yang selaras dengan pandangan yang lazimnya diterima, iaitu aliran arus konduksi dari suatu kawasan konduksi bercas positif di bahagian bawah ionosfera ke bumi yang bercas negatif. Hanya di kawasan yang cuacanya terganggu sementara arus konduksi digantikan oleh aliran terbalik. Bukti yang terkumpul menunjukkan bahawa arus konduksi terus wujud hanya kerana akibat ribut petir di sekitar bumi pada setiap masa yang membekalkan cas positif ke ionosfera dan cas negatif ke bumi.
bonded laminated veneer restorationrestorasi venir berlapisPergigianTiadaRestorasi yang menggantikan lapisan permukaan labial gigi yang kurang estetik. Restorasi ini tidak melibatkan pengurangan struktur gigi yang banyak kerana hanya 0.5 mm dipotong. Bahan restorasi yang biasa digunakan ialah komposit dan porselin.
hemizygoushemizigotSains ForensikTiadaKeadaan sel yang mempunyai satu salinan tunggal gen dan bukannya dua salinan seperti kelazimannya. Oleh itu, suatu organisma diploid dikatakan hemizigot untuk gen tertentu apabila hanya satu alel untuk gen tersebut hadir. Contohnya, gen terangkai X pada lelaki adalah hemizigot kerana hanya mempunyai satu kromosom X. Alel hemizigot yang sesuai boleh digunakan dalam aplikasi ujian paterniti forensik.
membrane potentialkeupayaan selaputKejuruteraanPetroleumPerbezaan keupayaan yang timbul dalam arah merentasi selaput semitelap bercas yang berada dalam elektrolit atau cecair yang mengandungi ion bebas. Kehadiran selaput (biasanya pepejal) bercas dalam elektrolid tersebut akan menganggu keseimbangan kadar pergerakan ion-ion kerana hanya ion-ion yang mempunyai cas yang berlawanan dengan cas selaput tersebut sahaja yang dapat lalu menerusi selaput tersebut. Ini menimbulkan perbezaan keupayaan. magnitudnya sekitar 80 peratus, iaitu lebih besar daripada keupayaan persimpangan cecair.
flash newsberita kilatKomunikasiTiadaBerita terbaru yang disiarkan dengan segera oleh media massa kerana kepentingannya. Berita jenis ini amat ringkas kerana kurang maklumat dan hanya maklumat awal diperoleh. Media elektronik seperti radio dan televisyen sangat berkesan untuk menyiarkan berita ini dengan cara menghentikan seketika siaran yang sedang ditayangkan.
utopian socialismfaham sosialis utopiaSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman berasaskan kepada konsep masyarakat yang memiliki alat pengeluaran. Keadaan ini boleh dicapai apabila masyarakat menyerahkan harta dengan sukarela dan ini bermakna setiap ahli masyarakat dapat memiliki harta. Pemikiran ini mengutamakan kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan. Fahaman ini dinamakan utopia kerana hanya berada di peringkat pemikiran semata-mata. Contoh sarjana yang mengamalkan fahaman ini ialah Saint Simon, Charles Fourier dan Robert Owen. Sinonim sosialisme utopia.
complementary goodsbarang penggenapEkonomiTiadaBarang yang penggunaannya diperlukan apabila ada barang lain di gunakan. Misalnya, minyak petrol ialah barang penggenap kepada kereta kerana kereta hanya dapat digunakan apabila terdapat penggunaan minyak petrol.
12345678910...

Kembali ke atas