Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hanya (kata tugas)
1. Bersinonim dengan cuma: semata-mata, sahaja,

2. Bersinonim dengan kecuali: melainkan, selain.,


Puisi
 

Hendak memetik daun palas,
     Buat isi buah berangan;
Berbudi bukan minta balas,
     Hanya untuk kenang-kenangan.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Pasangan jerat sembilan mata,
     pelanduk terjerat terkial-kial,
mata satu (pisau) penyudahnya.

Bermaksud :

Bergotong-royong mengerjakan sesuatu usaha yang berat tetapi yang mendapat faedahnya hanya seorang saja. terkial-kial = bergerak sekuat-kuatnya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah beza antara 'suatu' dan 'sesuatu'? Terima kasih.

Suatu ialah hanya satu, satu: tidak ~ pun; tiap-tiap ~; ~ hari; 2. sl tiap-tiap satu: pd ~ bagai empat puluh helai, pd sehelai empat puluh perkara bunganya; 3. sl pertama-tama, yg pertama: ~ kerajaan dlm dunia, kedua kerajaan kpd keinderaan, ketiga tempat kerajaan dlm bumi;

Sesuatu pula ialah perkara (hal, barang, dll) yang kurang atau belum tentu: kepalanya tunduk ke bumi seperti orang mencari ~ yang hilang; segala ~ segala apa, apa-apa; 

Makna17.10.2016
Tuan, bulan hanya satu, kenapa dia bukan kata nama khas ? sekian, terima kasih! LimBulan mempunyai banyak makna yang menyebabkan ia bukan dalam golongan kata nama khas. Bulan bukan sahaja satelit semula jadi bumi yg bergerak mengelilingi bumi sekali dlm 28 hari, dan bersinar pada waktu malam oleh cahaya yang dibalikkan dari matahari tetapi mempunyai banyak makna yang lain.
Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=bulan untuk makna bulan yang lain.
Tatabahasa13.01.2013
Saya ingin bertanya, bagaimana untuk mengetahui mengenai double " K " dan " G " dalam sesuatu perkataan., Sebagai contohnya keesokan. Kenapa keesokan hanya satu "K", bukannya dua "K" Contoh lain menggalakkan. Sekian ,terima kasih.Penggunaan satu k atau dua k dalam sesuatu perkataan bergantung pada apitan yang digunakan. Kata dasar yang berakhir dengan huruf k yang menerima apitan meN-...-kan akan menghasilkan kata kerja transitif menggalakkan. Tetapi hanya satu huruf k digunakan sekiranya menerima apitan peN-...-an.Tatabahasa24.09.2007
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Depa ialah salah satu unit ukuran panjang. 2. Plat nombor keretanya hanya satu digit sahaja. 3. Penganut agama itu memuja tuhan yang esa. 4. Had umur minimum bagi pemandu kereta ialah tujuh belas tahun. 5. Encik Abu menjadi imam semasa bersembahyang. 6. Permukaan dinding itu mula kopak. 7. Adakah "juru" dan "kilo" tergolong dalam imbuhan pinjaman? Jika tidak, apakah golongan kata bagi perkataan yang terdiri daripada juru dan kilo? Terima kasih.1. Depa ialah ukuran panjang antara kedua-dua hujung tangan yang didepangkan.
2. Plat nombor keretanya hanya satu digit sahaja.
3. Penganut agama itu memuja tuhan yang esa.
4. Had umur minimum bagi pemandu kereta ialah tujuh belas tahun.
5. Encik Abu menjadi imam sembahyang zuhur.
6. Permukaan dinding itu mula terkopak.
7. Juru ialah awalan asing, manakala kilo ialah ringkasan kilogram dan kilometer dan bukan awalan asing.
Tatabahasa29.01.2013
Tuan/Puan, Adakah terdapat perkataan English 'pre-emptive' yang dimelayukan ke dalam bahasa Melayu.Hanya satu data yang berkaitan dengan kata pre-emptive dalam sumber rujukan kami. Perkataan tersebut berfungsi sebagai kata adjektif, diterangkan sebagai done before others have chance to act, dan diterjemahkan kepada beli dahulu. Contohnya, shareholders are given a pre-emptive right to the new stock, pemegang saham telah diberi hak beli dahulu saham baru itu.Penyemakan dan penterjemahan07.09.2015
Apakah yang dimaksudkan dengan bitara, nilai-nilai bitara dan kebitaraan.Bitara bermaksud tiada taranya atau hanya satu-satunya. Kebitaraan bermaksud hal keadaan tiada taranya itu. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku/artikel yang berkaitan.Makna15.04.2011
Perlukah Saya Meninggalkan Ruangan Pada Perenggan Pertama Semasa Saya Menulis KaranganJarak antara perenggan biasanya hanya satu ruang.Lain-lain04.09.2010
Apakah perbezaan antara kata tunggal dan bentuk kata tunggal?Kata tunggal ialah bentuk kata yang mempunyai hanya satu bentuk dasar, iaitu tidak menerima apa-apa imbuhan, misalnya *yu, cat atau buku*. Tatabahasa17.02.2023
Salam Sejahtera, Apakah wujud perbezaan jenis-jenis sijil seperti sijil penyertaan, sijil penghargaan, sijil pencapaian dan sijil pengiktirafan? Atau hanya satu sahaja jenis sijil yang digunakan? Sekiranya wujud, bagaimanakah ia harus digunakan? Terima kasih.Penggunaan sijil bergantung kepada fungsi tertentu sama ada fungsi penyertaan, penghargaan,  pencapaian, pengiktirafan dan lain-lain. Sila rujuk Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) untuk mengetahui makna perkataan http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=penyertaan .Makna29.11.2018
'Seorang budak lelaki bernama Ton memulakan pengembaraan ajaib setelah suatu / sesuatu bencana berlaku.' Dalam ayat di atas, 'suatu' atau 'sesuatu' lebih sesuai digunakan? Apakah perbezaan antara 'suatu' dengan 'sesuatu'? Terima kasih.

Suatu ialah hanya satu, satu: tidak ~ pun; tiap-tiap ~; ~ hari; 2. sl tiap-tiap satu: pd ~ bagai empat puluh helai, pd sehelai empat puluh perkara bunganya; 3. sl pertama-tama, yg pertama: ~ kerajaan dlm dunia, kedua kerajaan kpd keinderaan, ketiga tempat kerajaan dlm bumi;

Sesuatu pula ialah perkara (hal, barang, dll) yang kurang atau belum tentu: kepalanya tunduk ke bumi seperti orang mencari ~ yang hilang; segala ~ segala apa, apa-apa; 

Seorang budak lelaki bernama Ton memulakan pengembaraan ajaib setelah sesuatu bencana berlaku.

Tatabahasa22.07.2013
12345678910...

Kembali ke atas