Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hanya (kata tugas)
1. Bersinonim dengan cuma: semata-mata, sahaja,

2. Bersinonim dengan kecuali: melainkan, selain.,


Puisi
 

Hendak memetik daun palas,
     Buat isi buah berangan;
Berbudi bukan minta balas,
     Hanya untuk kenang-kenangan.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Pasangan jerat sembilan mata,
     pelanduk terjerat terkial-kial,
mata satu (pisau) penyudahnya.

Bermaksud :

Bergotong-royong mengerjakan sesuatu usaha yang berat tetapi yang mendapat faedahnya hanya seorang saja. terkial-kial = bergerak sekuat-kuatnya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
UNSURBahan paling ringkas yang mengandungi hanya satu jenis atom atau yang terdiri daripada atom yang sama jenis.KIMIAKonsep
SHE-OAK

She-oak termasuk 70 spesies pokok renek dan

pokok di kawasan Pasifik Barat, khususnya

Australia. Ia berbeza-beza daripada pokok renek

kerdil yang hanya satu meter tingginya, hingga

kepada oak sungai, yang sehingga 30 meter

tingginya. Peneroka awal menggunakan kayu she-oak

sebagai sirap. She-oak tidak berkaitan dengan

oak Eropah, tetapi kayu kedua-dua pokok ini

adalah serupa. She-oak digunakan untuk pagar

pokok dan tampan angin. Ia juga tahan terhadap air

garam dan boleh ditanam di pantai.

Pengelasan saintifik. She-oak tergolong dalam famili

Casuarinaceae dan genus Casuarina.

UMUM 
KEKEJANGAN

Kekejangan ialah penguncupan satu otot atau

lebih, yang menyakitkan dan tidak dapat dikawal.

Kekejangan mungkin melibatkan sebarang bahagian

otot tubuh. Mungkin hanya satu spasma

(penguncupan otot) yang terjadi, tetapi biasanya ia

diikuti oleh lebih banyak kekejanganan yang

bermula dan berakhir dengan cepat dan mendadak.

Spasma yang teruk mungkin berterusan selama

beberapa jam, malah berhari-hari jika tidak dirawat.

UMUM 
SAMPUL SURAT

Sampul surat ialah lipatan kertas yang digam. Ia

berfungsi sebagai sampul untuk mengisi surat dan

kertas lain yang ingin dipos, atau ia juga bertindak

sebagai pelindung daripada kehilangan atau

kerosakan. Sampul surat diperbuat daripada helaian

kertas tunggal yang dilipat, oleh itu hanya satu

sahaja penutup yang terbuka. Penutup ini digam

supaya sampul surat boleh ditutup setelah surat

atau kertas dimasukkan. Sampul surat yang

berperekat sendiri menggunakan gam yang tidak

perlu lagi dilembapkan untuk dilekatkan.

Mesin yang pertama berjaya membuat sampul

surat telah dipatenkan pada tahun 1849 oleh J.K. Park

dan C.S. Watsen dari New York City. Pada tahun 1898,

John Ames Sherman telah mematenkan mesin

pencetak sampul surat yang telah banyak diperbaik,

mengurangkan kos membuat sampul surat bergam.

UMUM 
KLON

Klon ialah sekumpulan organisma yang seiras

dari segi genetik. Kebanyakan klon terhasil

daripada pembiakan aseks, proses pembiakan

yang menghasilkan organisma baharu daripada

hanya satu induk (lihat Pembiakan).

UMUM 
PNEUMOTORAKS

Pneumotoraks ialah udara atau gas yang

terdapat di ruang antara paru-paru dan dinding

dada. Satu membran yang tipis dan berterusan

dikenali sebagai pleura meliputi bahagian luar

paru-paru dan bahagian dalam dinding dada.

Biasanya bahagian pleura meliputi paru-paru yang

berhampiran rapat pada bahagian dalam dada.

Hanya satu lapisan cecair yang tipis memisahkan

kedua-dua bahagian ini. Kebiasaannya, tiada ruang

udara wujud antara keduanya. Jika udara atau gas

memasuki ruang pleura, kedua-dua bahagian

membran ini akan menolak keluar. Apabila kuantiti

udara dan gas yang banyak terdapat di antara

bahagian pleura pada suatu bahagian dada, paru-

paru di bahagian itu tidak akan dapat

mengembang. Ini akan menyebabkan kesukaran

bernafas dan paru-paru akan menguncup.

UMUM 
AKSIOM

Aksiom ialah kenyataan matematik yang

diandaikan benar. Aksiom dianggap sebagai

kebenaran nyata yang tidak boleh dibuktikan. Satu

contoh aksiom ialah aksiom selari dalam

geometri. Aksiom selari ini menyatakan bahawa

“melalui satu titik yang tidak terletak pada suatu

garisan yang ditentukan, satu, dan hanya satu,

garisan boleh dilukis selari dengan garisan yang

diperuntukkan”.

UMUM 
MOLEKUL

Molekul adalah satu daripada unit asas jirim.

Molekul ialah unsur terkecil sesuatu bahan dapat

dibahagikan dan masih mempunyai sifat-sifat kimia

bahan asal. Jika bahan ini dibahagikan lagi, hanya

atom unsur kimia yang tinggal. Contohnya, setitis

air mengandungi berbilion-bilion molekul air. Jika

titisan ini boleh dibahagikan sehingga hanya satu

molekul air yang tinggal, titisan yang terakhir ini

masih mempunyai kesemua sifat kimia air. Tetapi,

jika satu molekul air ini dibahagikan, hanya atom

unsur hidrogen dan oksigen yang tinggal.

UMUM 
FUNGSI

Fungsi, satu aturan, proses atau kaedah yang menghasilkan satu padanan antara dua set unsur yang dinamakan domain dan julat (atau kodomain) dengan setiap unsur dalam domain dapat dipadankan kepada satu dan hanya satu unsur dalam julat.

MATEMATIKKonsep
TEISME

Teisme ialah kepercayaan kepada dewa atau dewi.

Istilah ini berasal daripada perkataan Yunani, theos ,

bermakna dewa. Teisme memainkan peranan

penting dalam kebanyakan agama, namun berlainan

agama mengandungi pengajaran yang berbeza

tentang tuhan. Penganut agama Yunani dan Rom

purba bersifat politeisme iaitu, mereka menyembah

lebih daripada satu tuhan. Kini, penganut

kebanyakan agama utama bersifat monoteistik .

Mereka menerima hanya satu tuhan.

Perkataan teisme digunakan terutamanya untuk

membicarakan agama yang mempercayai satu

tuhan. Agama tersebut termasuk Islam, Kristian,

Yahudi, dan beberapa bentuk Hinduisme.

UMUM 
123456789

Kembali ke atas