Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hanya (kata tugas)
1. Bersinonim dengan cuma: semata-mata, sahaja,

2. Bersinonim dengan kecuali: melainkan, selain.,


Puisi
 

Hendak memetik daun palas,
     Buat isi buah berangan;
Berbudi bukan minta balas,
     Hanya untuk kenang-kenangan.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Pasangan jerat sembilan mata,
     pelanduk terjerat terkial-kial,
mata satu (pisau) penyudahnya.

Bermaksud :

Bergotong-royong mengerjakan sesuatu usaha yang berat tetapi yang mendapat faedahnya hanya seorang saja. terkial-kial = bergerak sekuat-kuatnya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaMakan kugaul hanya sedikit, Air berkocak di dalam talam; Badan berpeluh mataku sakit, Angkat mengucap di tengah malam.
Kurik Kundi Merah SagaHendak memetik daun palas, Buat isi buah berangan; Berbudi bukan minta balas, Hanya untuk kenang-kenangan.
Kurik Kundi Merah SagaAda sirih ada pinang, Nantikan gambir dengan kapur; Sudah dipilih sudah dipinang, Hanya menanti ijab kabul.
Kurik Kundi Merah SagaPagar buluh anggitnya jarang, Akan pemagar sapi jerasa; Dalam sepuluh jarang seorang, Hanya yang tahu menimbang rasa.
Kurik Kundi Merah SagaTanjung Rhu di hujung tanah, Pokoknya beratur seperti jambangan; Kematian Mahsuri kerana fitnah, Kini hanya tinggal kenangan.
Kurik Kundi Merah SagaHendak mengajar bahasa tidak, Orang bersembang di batas padi; Berpandang ada bertegur tidak, Hanya mengharap di dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaBudak-budak menjual pulut, Pulut dijual di pagi hari; Kasih adinda hanya di mulut, Kasih tak sampai ke dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaBanyak simpang bersimpang siur, Jalan yang mana tempat berhenti; Aku melimpang bukannya tidur, Hanya menenang di dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaTeluk Yong Kemadu Angsa, Tiga dengan Teluk Melati; Ketuk dek tudung haram tak biasa, Hanya menjeling sampai ke hati.
Kurik Kundi Merah SagaSayang di rimba tumbuhnya rotan, Tumbuh menjalar di luar kota; Siang malam jadi sebutan, Adinda seorang hanya tercinta.

Kembali ke atas