Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hanya (kata tugas)
1. Bersinonim dengan cuma: semata-mata, sahaja,

2. Bersinonim dengan kecuali: melainkan, selain.,


Puisi
 

Hendak memetik daun palas,
     Buat isi buah berangan;
Berbudi bukan minta balas,
     Hanya untuk kenang-kenangan.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Pasangan jerat sembilan mata,
     pelanduk terjerat terkial-kial,
mata satu (pisau) penyudahnya.

Bermaksud :

Bergotong-royong mengerjakan sesuatu usaha yang berat tetapi yang mendapat faedahnya hanya seorang saja. terkial-kial = bergerak sekuat-kuatnya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
singleplexpleks tunggalSains ForensikTiadaSatu sistem tindak balas rantai polimerase (PCR) yang berupaya mengamplifikasi hanya satu lokus atau satu fragmen DNA sahaja. Sistem ini digunakan apabila hanya satu lokus per tindak balas diperlukan. Pleks tunggal juga digunakan untuk menyemak kejayaan amplifikasi DNA yang menggunakan multipleks dan primer yang berbeza.
one and only onesatu dan hanya satuMatematikTiadaTiada
monostablemonostabilKejuruteraanTiadaMempunyai hanya satu keadaan stabil.
monandrousmonandrusBiologiMikologiMempunyai hanya satu anteridium berfungsi.
cyclopiasiklopiaPerubatanTiadaAnomali perkembangan dengan hanya satu orbit.
hemizygotehemizigotBiologiGenetikIndividu yang mempunyai hanya satu daripada sepasang alel disebabkan gen trangkai seks dalam jantan ataupun akibat mutasi delesi.
fixationpenetapanBiologiGenetikKeadaan apabila terdapat hanya satu alel untuk sesuatu lokus populasi, disebabkan oleh pemilihan atau hanyutan genetik rawak atau tekanan mutasi.
autotransformerautopengubahTeknikElektrikpengubah yang mempunyai hanya satu set belitan, dengan sebahagian daripada belitannya sekunder dan selebihnya primer. pengubah ini boleh menjadi langkah naik atau turun mengikut kadar sambungan keluar belitan sekunder tersebut.
monocultivationtanaman sejenisGeografiTiadaPenanaman yang melibatkan hanya satu jenis tanaman sahaja.
einkantereinkanterGeografiTiadaSejenis ventifak di mana hanya satu permukaan sahaja di lelas oleh pasir tiupan angin.
12345678910...

Kembali ke atas