Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.pa/] | هاڤق

Definisi : berbau tidak sedap kerana sudah lapuk atau usang (bkn sesuatu) atau sudah lama tersimpan (bkn bahan makanan): bantal usang yg ~; biskut yg sudah ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.pa/] | هاڤق

Definisi : berbau busuk (tidak sedap) kerana sudah lapuk, tersimpan lama dll: tilam yg ~; biskut yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hapak
Rujuk :busuk


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara hapak dengan harum?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, hapak bermaksud berbau tidak sedap kerana sudah lapuk atau usang 
atau sudah lama tersimpan. Contoh ayat, bantal usang itu berbau hapak. Harum pula bermaksud, sedap (enak) baunya, wangi, baik, masyhur, terkenal. Contoh ayat, bunga melati itu harum baunya. Contoh ayat kedua, nama Malaysia semakin harum dalam hubungan antarabangsa.

Makna21.08.2021
rujuk kepada respon DBP pada 31/7/2012 tentang: Biskut susu yang sudah lama tersimpan di dalam tin itu sudah berbau hapak. Soalan: 1. Apakah beza antara hapak dengan tengik? 2. Keropok udang yang (rangup, garing) itu disukai ramai. (manakah jawapan yang lebih sesuai)?

Berdasarkan Kamus Dewan, berikut makna yang diberikan:
Tengik 1. bau atau rasa yang tidak sedap (bau minyak kelapa yang sudah lama disimpan) pering; 2. Kiasan untuk  berbau busuk, terlalu jahat (kelakuan).

·     Hapak ialah berbau tidak sedap kerana sudah lapuk atau usang (berkaitan sesuatu) atau sudah lama tersimpan (berkaitan bahan makanan): contoh ayat: bantal usang yg hapak;  biskut yang sudah hapak.
Rangup 1. mudah pecah atau patah, rapuh. Contoh ayat: dinding zink minyak tar itu akan rangup dilanyak traktor; 2. pecahan:

   Garing ialah keras tetapi rapuh  seperti keropok, biskut kering dan mudah hancur, rangup.
Makna06.04.2014
Biskut susu yang sudah lama tersimpan di dalam tin itu sudah berbau ____________. A. hapak B. tengik Apakah jawapannya?Biskut susu yang sudah lama tersimpan di dalam tin itu sudah berbau hapak.Tatabahasa31.07.2012
Apakah bau yang paling sesuai untuk ikan masin/kering ? Hapak atau Hanyir.Kami cadangkan bau "bacin" untuk ikan masin.Lain-lain14.07.2014
1)penyair itu mendeklamasikan se........ sajak ( seuntai atau serangkap) 2) ikan masin yg sudah lama itu berbau hapak/hanyir....jawapsn mana yg sesuai?1. Serangkap. 2. Hanyir.Lain-lain11.06.2013
Tolong hantarkan senarai kata adjektif yang melibatkan bau (seperti hanyir, hancing, dan sebagainya) bersertakan dengan maknanya.Antaranya ialah busuk, wangi, hapak. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Lain-lain05.10.2008

Kembali ke atas