Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hap.lo.gra.fi] | هڤلوݢرافي

Definisi : (Lin) pelenyapan satu huruf atau satu suku kata serupa yg berturutan dlm tulisan sesuatu perkataan, mis dua huruf s dlm ejaan Inggeris assimilation hanya tinggal satu apabila diserapkan kpd ejaan asimilasi dlm bahasa Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata haplografi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
haplographyhaplografiLinguistikTiadaTiada
haplographyhaplografiKesusasteraanTiadaPenyusutan yang terjadi pada susunan huruf dalam satu perkataan yang sepatutnya diulang tetapi disebut hanya sekali . Contoh: dalam Adat Raja-raja Melayu terdapat kata kedukan sepatutnya kedudukan.
scribal errorkesilapan penyuratKesusasteraanTiadaKesalahan yang berlaku semasa atau dalam proses penyalinan manuskrip. Kesalahan ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti yang berikut: (i) Penyalin berasa dia lebih tahu daripada pengarang. (ii) Kesalahan sebutan bunyi yang boleh menyebabkan kesalahan ejaan dan kesalahan makna. (iii) Lipografi (omission), iaitu tertinggal huruf dalam sesuatu perkataan atau tertinggal sesuatu perkataan dalam ayat sehingga membawa makna yang berbeza. (iv) Ungkapan yang sukar kerana kekunoannya atau kerana sudah tidak lazim digunakan. (v) Haplografi, iaitu menulis satu kali perkataan yang sepatutnya ditulis dua kali. (vi) Tidak mahir dalam sesuatu bahasa asing sehingga tersalah salin atau terubah perkataannya. (vii) Terkeliru dengan gurisan, calaran atau bintik habuk di atas helaian manuskrip sehingga menganggap gurisan atau calaran itu sebahagian daripada huruf. (viii) Perkataan yang hampir sama bentuknya sehingga boleh mengelirukan. (ix) Hilang tumpuan kerana keletihan akibat terlalu lama menyalin tanpa rehat. Kesilapan seperti yang dijelaskan di atas menyebabkan terjadinya beberapa versi manuskrip. Lihat juga kata silap.

Kembali ke atas