Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.pus] | دهاڤوس

Definisi : 1. hilang, lenyap, lesap (tidak terdapat atau kelihatan lagi): parut di badannya itu tidak akan ~ sepanjang hayatnya; selama belum ~ Peringgi dr alam Melayu belum puas aku lagi; 2. (telah) dimaafkan (dosa, kesalahan, dll): dosa akan ~ apabila kita bertaubat dan taubat itu diterima Allah; ~ laut prb melupakan sesuatu perkara yg tidak baik (dibenci dll); menghapus menyapu (utk menghilangkan kotoran): ia ~ air matanya; ~ arang di muka menghilangkan malu; ~ dosa a) membersih­kan diri (drpd dosa); b) mengampuni dosa; menghapuskan 1. menghilangkan dgn me­nyapu: ~ conteng pd dinding; 2. meng­hilangkan, meluputkan, meniadakan, mem­banteras, membasmi: ada beberapa jalan utk ~ penyakit; berjuang utk ~ penjajahan; ~ musuh; 3. menganggap telah hapus, meng­ang­gap telah tidak ada lagi, mengampuni (dosa dll): segala hutangnya dihapuskan apabila ia bersetuju menyerah­kan segala kekuasa­annya; semua barang yg lama lebih baik dihapuskan drpd perjanjian kita; mudah-mudahan Yang Dipertuan akan ~ dosaku; terhapus menjadi hapus, telah dihapuskan: sebilangan besar anak bumiputera ~ akibat perbuatan kejam kaum penjajah; penghapusan perihal (perbuatan, tindakan, dsb) menghapuskan: kaum wanita menuntut ~ poligami; ~ penderitaan atau kekurangan; penghapus 1. alat utk menghapuskan se­suatu; 2. orang yg menghapuskan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.pus] | دهاڤوس

Definisi : 1 tidak kelihatan lagi; hilang (bkn tulisan, parut dll) kerana digosok dsb: Tanda hitam pd pakaiannya tidak akan ~ walaupun dicuci berkali-kali. 2 hilang; lenyap: Sekaliannya akan ~ dr muka bumi ini. 3 telah dimaafkan (bkn dosa dll): ~lah dosa jika Allah menerima taubat kita. menghapuskan 1 menjadikan hapus; menghilangkan dgn menggosok dll: ~ conteng di dinding. 2 menjadikan tiada; meniadakan; menghilangkan; melenyapkan; membasmi (penyakit): Mereka berunding dan mencari ikhtiar utk menghalau dan ~ semua tikus itu. 3 memberi ampun; memaafkan; meng­ampunkan: Mudah-mudahan Allah akan ~ dosanya. terhapus telah dihapuskan; telah lenyap: Mereka percaya bahawa dgn berbuat demikian, dosa mereka akan ~. penghapusan perbuatan, usaha dsb menghapuskan: ~ rumpai dpt dilakukan secara menyemburnya dgn racun rumpai. penghapus 1 orang yg menghapuskan. 2 alat utk menghapuskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hapus (kata kerja)
Bersinonim dengan hilang, lenyap, lupus, luput, lesap, tiada;,
Kata Terbitan : menghapuskan, terhapus, penghapusan, penghapus,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
vanish2. cease to exist, hapus: the species was thought to have ~ed, spesies itu dianggap telah hapus;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
obliteratevt 1. a. destroy completely, (act.) memusnahkan, menghapuskan, membinasakan; (pass.) musnah, hapus, binasa: several little villages were ~d in the bombing raids, beberapa buah kampung kecil musnah dlm serangan pengeboman itu; b. remove all signs of (impression, mark, etc), (act.) menyebabkan [sst] tdk kelihatan lagi; (pass.) tdk kelihatan lagi: the rain has ~d the footprints, hujan telah menyebabkan bekas jejak kaki itu tdk kelihatan lagi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
write~ off, menulis: when he saw the advertisement he wrote off for a catalogue, apabila dia melihat iklan itu, dia menulis utk mendapatkan katalog; ~ so. off, mengetepikan sso: of the five applicants, three can be written off, drpd lima orang pemohon, tiga orang boleh diketepikan; you can ~ him off as a future leader, kamu boleh mengetepikannya sbg pemimpin masa depan; ~ st off, a. cancel st from account, (act.) menghapus kira sst; (pass.) sst hapus kira: the firm has written off thousands of dollars worth of bad debts, firma itu telah menghapus kira beribu-ribu dolar hutang lapuk; b. accept the loss or failure of st, membatalkan sst: our plan had to be written off because of the weather, rancangan kami terpaksa dibatalkan oleh sebab cuaca buruk; c. damage (esp a car) beyond repair, ranap, musnah: four cars were written off in the accident, empat buah kereta telah musnah dlm kemalangan itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas