Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.ram]/[ḥa.ram] | حرام

Definisi : 1. hukum tegahan (dlm Islam) yg di­janjikan ganjaran pahala bagi orang yg mematuhinya dan dosa bagi orang yg meng­ingkarinya: babi ~ dimakan oleh orang Islam; tidak peduli halal ~ tidak mengendah­kan hukum; 2. ditegah (terlarang) oleh undang-undang, tidak sah (di sisi undang-undang): dia ditangkap kerana masuk secara ~ ke negeri ini; kumpulan ~; rumah ~ rumah yg didirikan di atas tanah kerajaan atau milik orang lain tanpa kebenaran, rumah kilat; tanah ~ tanah yg diduduki atau dikerjakan tidak dgn izin kerajaan (tuannya); 3. suci, tidak boleh dikerjakan hal-hal yg tidak menentu; Tanah H~ Mekah dan Madinah; Masjidil~ masjid Mekah; 4. bp sungguh-sungguh, benar-benar, betul-betul: ~, aku tidak tahu-menahu langsung mengenai perkara itu; 5. bp sedikit pun, langsung (tidak), sama sekali (tidak): ia lari terus, ~ tidak menoleh ke belakang; sehingga hampir waktu senja, jejak babi tunggal tidak juga ditemui, malah berbau pun ~; 6. bp tidak ada, tiada (satu antara yg banyak): ~ seorang pun di antara pengunjung kamar itu tahu bahawa mereka sedang dikepung; ~ jadah (zadah) a) (kata makian) anak yg tidak sah (lahir di luar nikah); b) (kata makian secara am) celaka: lori ~ jadah itu bukan kenal jenis makhluk; mengharamkan memandang (menganggap, menyatakan) haram (tidak halal), melarang, menegah: agama Islam ~ penganut-pe­nganutnya minum arak, berjudi dan me­lakukan beberapa perbuatan lain; 2. tidak membenarkan (mengizinkan, melulus­kan, dsb), menetapkan (mengisytiharkan) sbg me­langgar undang-undang, menegah: keraja­an telah ~ penerbitan buku itu; 3. berteguh hati (berazam) utk tidak melakukan sesuatu: dia ~ dirinya drpd memasuki tempat yg terkutuk itu lagi; pengharaman tindakan atau ketetapan me­ng­­haramkan (melarang, menegah, menolak), pelarangan, penegahan: ~ minuman keras adalah atas sebab-sebab moral dan kesi­hatan; beberapa buah negara men­cadang­kan ~ senjata-senjata atom. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.ram]/[ḥa.ram] | حرام

Definisi : 1 ditegah atau tidak dibenarkan oleh agama Islam; tidak halal: Daging babi ~ dimakan oleh orang Islam. 2 ditegah atau dilarang oleh undang-undang; tidak sah: Bapanya ditangkap kerana terlibat dlm kumpulan ~. mengharamkan 1 memandang (menetapkan) haram; mengatakan haram; melarang; menegah: Agama Islam ~ orang-orang Islam meminum arak atau berjudi. 2 melarang drpd melakukan sesuatu; menegah: Kerajaan telah ~ orang ramai membaca majalah itu. pengharaman perbuatan atau hal mengharamkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
haram
Bahasa Asal :Arab
1. Bersinonim dengan ditegah
( dilarang, dicegah, )
(adjektif:)

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan sungguh-sungguh, betul-betul, beriya-iya, benar-benar, sedikit pun, langsung,
(kata tugas:)

Kata Terbitan : mengharamkan, pengharaman,

Puisi
 

Pisau kecil hulunya gewang,
     Jatuh ke kaki haram tak luka;
Dara kecil permainan abang,
     Jatuh hati haram tak lupa.


Lihat selanjutnya...(47)
Peribahasa

Makan masak mentah.

Bermaksud :

Orang yang tidak menghiraukan halal atau haram.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
bastardn 1. illegitimate child or adult, anak /haram, luar nikah, gampang/; (contemptuous) haram jadah; 2. (colloq), (used as term of abuse) keparat, celaka, anak haram, bangsat, (anak) gampang, haram jadah: he’s a real ~, keparat betul dia; 3. (colloq) st difficult, unpleasant, sial betul: this ~ of a job, sial betul kerja ini.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
illicitadj haram: ~ gambling, perjudian haram; ~ intercourse, persetubuhan haram.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
traffickern /pedagang, peniaga/ (haram): a drug ~, pedagang haram dadah; a ~ in illegal arms, pedagang senjata haram.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
trafficvi carry on trade (illicitly) menjalankan /perdagangan, perniagaan/ (haram), /berdagang, berniaga/ secara haram: a jeweller who ~ked in stolen goods, penjual permata yg menjalankan perdagangan barang-barang curi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pirateb. (other business rights), (approp n) haram: a ~ bus service, perkhidmatan bas haram; there are many ~s operating in financial circles these days, kebelakangan ini terdapat banyak syarikat haram yg beroperasi dlm bidang kewangan; ~ /broadcast, radio/, /siaran, siaran radio/ haram; ~ taxi, /kereta, teksi/ sapu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bootlegadj haram: ~ whiskey, wiski haram;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
illegaladj menyalahi undang-undang; (attrib) haram, menyalahi undang-undang: what you did was ~, apa yg kamu lakukan menyalahi undang-undang; ~ publication, penerbitan haram; ~ practice, amalan yg menyalahi undang-undang; ~ activities, kegiatan yg menyalahi undang-undang; ~ immigrant, pendatang tanpa izin; (formerly) pendatang haram.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
scabby2. (sl & derog) contemptible, haram jadah: you ~ cheat, kau penipu haram jadah.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
traffic3. trading (esp illicit), /perdagangan, perniagaan/ (haram): the ~ in drugs must be stopped, perdagangan haram najis dadah mesti dihentikan; the ~ in arms to the Middle East, perdagangan senjata ke Timur Tengah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
son of a bitch n (taboo) anak /gampang, haram/: I never want to see you again, you ~, saya tdk mahu tengok kamu lagi, anak haram.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456

Kembali ke atas